Assalamualaikum!
SR dengan anak-anak berborak lama juga dengan emak dan abah SR malam tadi. Rindu pula sebab dah lama tak bersua wajah. Insyaallah bulan puasa nanti, kalau ada rezeki, kalau tak ada sesiapa yang terkesan dengan Covid-19, harapannya nak balik ke Kuantan.
Hari ni rasa nak kongsikan beberapa gambar kami masa ke Pantai Batu Hitam beberapa bulan lepas. Kami ke sini sebenarnya untuk naik ATV yang adik SR buat sewa tu. Boleh baca dekat sini bagi sesiapa yang nak main ATV di pantai Kuantan.
Masa anak-anak tengah main di gigi air, SR perasan yang ada bayang-bayang anak-anak sekali dengan langit. Dah macam pantai-pantai yang popular dengan sky mirror pulak! Apa lagi, terus tangkap gambar!
Mungkin perasaan SR je kot eh?
Tapi tak kisahlah, pada mata SR masa tu, nampak macam ala-ala sky mirror pulak. Kih kih kih...
Bila kena dengan kedudukan untuk ambil gambar, kira jadilah tu. Tapi bila SR bergerak ke belakang sikit, dia taklah jadi macam gambar asal tu haa.
Yang penting, anak-anak memang seronok bila jumpa pantai. Tak dapat berendam, dapat celup-celup kaki pun budak bertiga tu dah happy sangat 😁
Hari ni SR belanja gambar-gambar ajelah ya.
Tengah rushing nak menaip benda lain pulak.
Hahahah!
STay safe people!
Doakan SR dapat balik jenguk emak dan abah bulan puasa ni ya!
16 Comments
Memang macam sky mirror la.. syhhh.. jangan bagitahu orang lain, nanti silap2 masuk PBH kena bayar pulak, hihi.
ReplyDeleteCantik Syaz gambar yang 1st & 2nd tu. Mmg nampak ala-ala sky mirror gitu..
ReplyDeleteCanggih kamera Syaz... tak perlu tertonggeng2 dah dapat gambar sky mirror....
ReplyDeletecantik....laut terbentang luas bagai tiada sempadan
ReplyDeleteSubhanaAllah indahnya pemandangan. Ni kalau viral ni hah gerenti ramai orang lah pulak yang menyerbu
ReplyDeleteMcm.sky mirror kat kuala selangor
ReplyDeletecantik ootd syaz
Cantik. Selalu ke rumah kakak ipar di Tanjung Lumpur. Tak pernah lagi ke Pantai ni rasanya.
ReplyDeletegambar tepi pantai tak pernah tak cantik, rindu nya dengan pantai
ReplyDeleteAaah lah macam sky mirror. Cantikkk sungguh
ReplyDeleteNampak cantik pantai ni.
ReplyDeleteCantik bersih pantai sana.
ReplyDeleteAda gambar tengah lompat tak?
ReplyDeleteCANTIK SEMUA PIC
ReplyDeletecantik2 gambar...seronok tak ramai orang..
ReplyDeleteCantiknya pemandangan keindahan pantai ni
ReplyDeleteLama tak bawak keluarga jenjalan..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.