#throwback
Assalamualaikum wbt...
Bila dah selalu pergi ke mana-mana bawa anak-anak, sesekali berjalan berdua dengan suami sahaja, SR rasa kosong. Zaimi pun cakap perkara yang sama. Bukanlah tak suka berjalan berdua sahaja, tapi rasa tak lengkap.
Samalah kisahnya masa SR dan zaimi pergi jalan-jalan berdua sekejap di esplanade Kuantan ni. Duduk-duduk ambil angin di tepi Sungai Pahang yang lebar ni.
Suasana nyaman aje dekat sini walaupun cuaca agak terang dan matahari yang terik. Tapi disebabkan angin yang tak putus bertiup, tak terasa panasnya. Patutlah ramai juga orang duduk-duduk di tepi sungai ni.
Masa ni saja tinggalkan anak dalam sejam dua dekat emak dan abah. Nak bagi can anak-anak dan emak abah SR mengulit satu sama lain tanpa SR dan zaimi. Haha! Kasi canlah.
Bergambarlah sekeping dua dekat tepi sungai, dan bagi nampak ada menara Kuantan dekat belakang. Duduk borak-borak sambil tengok ada beberapa bot bawa pelancong lalu di hadapan kami.
Tapi, bila tengok semakin ramai orang datang bawa anak-anak, jadi syahdu pulak. Haha! Rata-rata yang datang bawa anak-anak tu sebab nak main basikal, skuter dan beca yang ada disewakan di situ.
Jadi, untuk menghilangkan rasa tak lengkap tadi, kami decide untuk pergi makan. Zaimi ajak SR ke East Coast Mall. Mula-mula macam tak tahu juga nak makan di outlet yang mana. East Coast Mall ni besar sangat, punya banyak restoren yang ada. Fikir punya fikir, akhirnya kami pilih untuk makan di Nando's.
Sama macam The Chicken Rice Shop di Giant Senawang tu, di Nando's ni pun kena order guna QR code. Jadi masing-masing orderlah apa nak makan. SR ambil ayam seketul, zaimi pula ambil wrap rasanya.
Tak berani makan banyak-banyak, sebab emak SR dah masak, tak makan apa dia masak nanti, kami yang MASAKK! ahaha!
Bila tengah makan, dan berada di kedai makan, kurang sikit rasa kosong tanpa anak-anak tu. Perasaan kosong tu datang bila tengah jalan-jalan dekat tempat lain je. Especially outdoor. Kalau dalam mall ke, supermarket ke, kedai makan ke... ELok pulak tak tacing! Haha!
Ada sesiapa perangai macam SR ke?

12 Comments
Cantik Esplanade Kuantan.
ReplyDeleteDapatlah makan dengan tenang ya, tu yang tak tacing. Haha
sesekali jalan2 berdua-duaan ya syaz
ReplyDeleteBerdua tp teringat anak2 he he kan rasa lain
ReplyDeleteAuummmmm...!
ReplyDeletePernah juga bercuti berdua dengan husband tinggal anak. Aduhh, kat airport mangis ingat anak, touchdown terus call hahaha.
ReplyDeleteSesekali memang kena jalan2 berdua
ReplyDeleteIngat2 kenangan masa mula2 kenal dulu
nampak lengang je benteng tu biasa ramai yg lepak2
ReplyDeleteDekat je rupanya menara dan esplanade Kuantan. Pernah singgah dan ambil gambar disini. Rindu pula nak pergi Kuantan. Bagi kami yang dah biasa berdua memang terasa kekosongan itu tapi itulah bahagia cara kami :)
ReplyDeletecantik nye esplanade.Tiap kali balik umh mak di kuantan tak pernah lg pergi hehe next time balik wajib pegi
ReplyDeletetak boleh nak imagine sangat sebab takde anak tapi kat part tak berani makan kenyang sebab kat rumah mak dah masak tu saya faham. hehe
ReplyDeleteDah mak abah kasi can honeymoon...rasa kosong pulaðŸ¤
ReplyDeleteNaluri ibu kan...pasti teringat anak
Ex husband SA dulu orang Pahang...tapi x pernah sekali pun SA dapat explore Kuantan...tunggu SA kawen nanti la..bleh ajak uncle dania explore banyak tempat
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)