Redeem Robux Roblox RM50 Sempena Hari Jadi

Kisah ini sambungan dari kami pergi makan di TCRS sempena hari jadi amir tadi.

Tak pastilah dengan anak-anak reader sekalian, tapi anak-anak lelaki SR memang terjebak sungguh dengan permainan interaktif yang dipanggil Roblox ni. 


Ringkasnya, Roblox ni adalah satu tempat untuk anak-anak ni main banyak jenis game. Ha gitulah. 

Roblox ni percuma, hanya download sahaja dekat tablet atau apa-apa peranti. Tapi, dalam Roblox, ada matawang tersendiri, namanya Robux. 


Haaa di sinilah yang menjadi idaman dan igauan serta diimpikan oleh anak-anak yang bermain Roblox ni. Diorang nak guna Robux tu untuk beli skin kepada watak utama diorang tu dan sebagainya. Masalahnya timbul, sebab diorang budak kecil. Diorang tak ada duit nak beli Robux tu. 

Samalah kisahnya dengan anak SR si amir ni haaa...

Tapi dia bijak, bila zaimi tanya, amir nak apa untuk hadiah birthday, dia memang tak ada jawapan lain selain robux. Disebabkan diorang berdua beranak dah berjanji, jadi masa birthday dia hari tu, zaimi belikan dia kad untuk redeem robux. Kad redeem robux tu boleh dibeli di 7-Eleven. 

Ada dua nilai harga, RM50 dan RM125.


Zaimi belikan yang RM50 aje. Itu pun memang dah cakap siap-siap, inilah sekali sahaja ayah belikan. Lepas ni tak beli lagi robux ni. 


Tapi amir punyalah seronok. Macam bulan jatuh ke riba.

Dapat redeem 90 ribu robux dengan nilai RM50 tu.




Habis dicium ayahnya sebab terlalu happy. 

Sejujurnya SR tak dapat selami apa yang anak-anak seronok sangat main Roblox tu. Bila SR tengok di skrin, nampak macam watak utama game tu asyik berjalan sahaja ke sana ke mari. Sekejap-sekejap bentes pokoklah, lompat atas bumbunglah.

Tak macam seronok masa zaman kita main Farmville! Hahaha!



Memang sampai aje rumah, tak tunggu lama, terus dia gores kad robux tu, dan masukkan redeem guna akaun roblox dia.


Birthday kan...

Kita kasilah can.

Adam berair mulut aje tengok adik dia dapat robux. Terus korek tabung dia, kira duit dia ada berapa, sebab nak beli juga. Hahaha...

Tengoklah dulu zaimi bagi izin ke tidak.
Hehe...
 

Post a Comment

1 Comments

  1. Lupa nak ucap Selamat Birthday Amir. Seronok lain macam dapat apa yang dia suka. Birthday kan, kita layan apa yang dia minat :)

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.