#throwback
Assalamualaikum wbt...
Cuaca sehari dua ni, memang enak. Sejuk dan sangat calming. SR memang lemau. Sampai zaimi ajak SR dan anak-anak keluar dari rumah untuk menghilangkan lemau! Kalau tak, memang asyik melayan bantal!
Setelah seharian berjalan, baru SR ada rasa nak semak entry apa yang boleh ditulis 😂
Jadi hari ni SR nak sematkan di blog SR ni kenangan kami meraikan hari lahir putera kami yang kedua, Amir, yang pejam celik sudah pun masuk 7 tahun umurnya 2022 ni.
Sehari sebelum tu kami dah raikan dengan makan-makan di The Chicken Rice Shop. Tapi macam tak lengkap pula birthday anak-anak kalau tak ada kek. Bagi SR lah. Jadi, kami belikan lah juga sebiji kek hari lahir buat amir dari King's Confectionary outlet yang ada di Giant Senawang juga.
Rasa macam baru aje sambut hari lahir dia yang ke enam, masa tu siap kami tiup-tiup belon dan deko-deko! Boleh tengok di entry ini. Masa tu saja sambut agak meriah sebab anak-anak banyak habiskan masa di rumah sahaja sebab PKP kan. Memang nak bagi anak-anak happy.
Alhamdulillah, tahun 2022 ni anak-anak dah kami bawa jalan agak merata-rata. Jauh ada, dekat pun ada. Jadi Untuk birthday amir kali ni, kami sambut kecil-kecilan sahaja. Kami lima beranak aje.
Topi birthday tu memang dah ada sejak sambut birthday adam yang pertama rasanya. Hahaha! Memang masih elok, tiap kali ada birthday, kalau teringat mesti pakai.
Bergambar kenangan tiga beradik. Birthday sesiapa pun, wajib kena ambil gambar tiga beradik!
SR dan zaimi agak malas masa tu sebab bak kata Samsul Debat, SR tengah pakai baju binatang dekat rumah. Hahaha. Zaimi pun taknak juga join bergambar, sebab masa makan di TCRS dah bergambar.
Kek tu SR dan zaimi beli yang cotton candy, dalam dia kek span coklat. Icing dia memang sedap, memang standard kek keluaran King's. Kek span pula memang tekstur dia sedikit dry berbanding butter kan, jadi tak boleh expect lebih.
Tapi kek King's ni menarik sebagai kek birthday anak-anak sebab rupa dia tu, mesra mata kanak-kanak kan. DIorang jadi tertarik nak makan sebab rupa dia sangat meriah dengan warna-warna!
Kalau tak silap SR, King's juga ada menerima tempahan kek customizable.
Itu sahajalah cerita SR untuk kali ni.
See you!
13 Comments
HB Amir.. Semoga membesar dengan sihat dan menjadi anak yang Soleh.
ReplyDeleteComelnya tiga beradik ni. Wajib gambar bersama, nanti jadi kenangan indah bila mereka dewasa.
ReplyDeleteBaju binatang...baju kelawar 😄
hepi besday adik amir ituuu., amir nk tmbh adik lg tak., aminn ;p
ReplyDeleteHappy birthday adik amir
ReplyDeleteHappy birthday Amir!! kami pun mcm tu syaz... props birthday mmg recycle... lepas pakai simpan balik utk kegunaan org lain dan di masa yg lain jugak.. hehehe
ReplyDeleteHappy birthday, Amir. Nampak sedap keknya. Kita pun topi2 party ni suka recycle.
ReplyDeletehpbday amir anak soleh sht sjhtra sukses dunia akhirat
ReplyDeletesaya tak pernah celebrate hari jadi anak anak. memang dari saya kecil keluarga saya tak amal budaya ini...
ReplyDeleteHBB buat abang Mir, moga jadi anak yang soleh dan berjaya dunia akhirat
ReplyDeletehappy 7th birthday little hero.. moga jadi anak yg soleh
ReplyDeleteHappy birthday Amir.. Cantik deco kek tu..
ReplyDeleteHappy belated birthday Amir
ReplyDeleteHappy birthday Amir, semoga membesar dengan sihat dan ceria.
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)