Masjid Kampung Laut dipercayai sebagai antara masjid tertua di Asia Tenggara. Tapak asal masjid ini terletak di Kampung Laut, Tumpat Kelantan sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang di Pusat Pengajian Islam Nilam Puri. Masjid ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku pada sekitar kurun ke-18.
Diiktiraf sebagai masjid yang diperbuat daripada kayu paling tua di negara kita, hikayat orang ramai mengatakan Masjid Kampung Laut dibina oleh pendakwah Islam yang tiba ke sini dari sebuah kerajaan yang memerintah Jawa ketika itu, kerajaan Demak. Dikatakan ianya sama generasi dengan ulama terkenal Wali Songo, kumpulan pendakwah Islam dari Jawa ini singgah di Kelantan semasa dalam perjalanan ke Champa. Pada waktu itu, wujudnya hubungan rapat di antara kerajaan Champa dengan kerajaan Demak dari segi ekonomi. Ini membuatkan pendakwah Islam yang singgah di bandar-bandar pelabuhan dapat menyebarkan Islam, sewaktu mereka singgah di pelabuhan.
Sehingga tahun 1966, masjid ini digunakan sebagai tempat beribadat yang utama oleh penduduk di sekitar Kampung Laut. Akan tetapi masjid ini rosak akibat banjir yang melanda Negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966 dan awal tahun 1967. Kerajaan Negeri telah menutup masjid tersebut dan membina sebuah masjid yang baru di tempat yang lebih selamat. Dalam pada itu, usaha untuk menyelamatkan warisan yang bernilai tinggi ini dilakukan oleh Persatuan Sejarah Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dengan cara memindahkannya ke Nilam Puri sehingga sekarang.
Jumpa org jauh
-
balik keja semalam
memang dah set plan nak ngedate ngan org jauh ni
siapa yg follow Mummy Ayu mesti perasan kawan Mummy Ayu ni.. Cik Ecah
geng masa kat Ban...
25 minutes ago
7 Comments
Cantik seni binanya.
ReplyDeleteBiasalah tu Syaz, kalau tempat di kampung halaman sendiri memang tak rasa nak pergi. Itu yang Zaimi tak bawak 😄
Kan kak hahhaha
Deleteingat istana seri menanti je takde paku...
ReplyDeletewahhhh cantiknya masjid tu, berkilat kayu dia. nampak lah terjaga
ReplyDeleteMemang cantik. Eh kenapa dah berkali-kali ke Kelantan pun saya tak sampai lagi ke sini.
ReplyDeleteMang cantik seni bina masjid tu
ReplyDeletetak tahu pun Masjid Kampung Laut ni antara masjid tertua di Asia Tenggara.. cantk binaannya
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.