Laman Warisan Seni Kampung Laut, Kelantan | #throwback

Assalamualaikum wbt...

Kisah masa balik ke Kota Bharu beberapa minggu yang lepas. Ada kami singgah ke Laman Warisan Kampung Laut. Selalunya orang ramai terutamanya pelancong, kalau ke sini, untuk mencari serunding. Orang tempatan gelar sambal daging.

Tapi SR dan famili ke sini sebab nak tengok Masjid Lama Kampung Laut. Masjid ni istimewanya sebab dia dibina tanpa paku.


Masjid Kampung Laut dipercayai sebagai antara masjid tertua di Asia Tenggara. Tapak asal masjid ini terletak di Kampung Laut, Tumpat Kelantan sebelum dipindahkan ke lokasi sekarang di Pusat Pengajian Islam Nilam Puri. Masjid ini dibina tanpa menggunakan sebarang paku pada sekitar kurun ke-18.

Diiktiraf sebagai masjid yang diperbuat daripada kayu paling tua di negara kita, hikayat orang ramai mengatakan Masjid Kampung Laut dibina oleh pendakwah Islam yang tiba ke sini dari sebuah kerajaan yang memerintah Jawa ketika itu, kerajaan Demak. Dikatakan ianya sama generasi dengan ulama terkenal Wali Songo, kumpulan pendakwah Islam dari Jawa ini singgah di Kelantan semasa dalam perjalanan ke Champa. Pada waktu itu, wujudnya hubungan rapat di antara kerajaan Champa dengan kerajaan Demak dari segi ekonomi. Ini membuatkan pendakwah Islam yang singgah di bandar-bandar pelabuhan dapat menyebarkan Islam, sewaktu mereka singgah di pelabuhan.

Sehingga tahun 1966, masjid ini digunakan sebagai tempat beribadat yang utama oleh penduduk di sekitar Kampung Laut. Akan tetapi masjid ini rosak akibat banjir yang melanda Negeri Kelantan pada penghujung tahun 1966 dan awal tahun 1967. Kerajaan Negeri telah menutup masjid tersebut dan membina sebuah masjid yang baru di tempat yang lebih selamat. Dalam pada itu, usaha untuk menyelamatkan warisan yang bernilai tinggi ini dilakukan oleh Persatuan Sejarah Malaysia dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kelantan dengan cara memindahkannya ke Nilam Puri sehingga sekarang. 



Sewaktu SR dan famili ke sini, masjid ni masih beroperasi sebagai surau. Ada orang yang naik dan bersolat di ruangan solat. Ada kemudahan tandas dan kolah untuk wudhu' disediakan.

Berdekatan dengan masjid ini, ada bazar yang menjual hasil laut seperti serunding tu. Sesiapa yang nak bawa balik buah tangan, bolehlah singgah dan beli.




Kami bergambar di luar sahaja. Rasa macam tak molek pula nak naik and play tourist sebab ada orang tengah solat dalam tu. Ramai juga. Haha!


Kami tak naik solat dekat situ sebab kami dah solat dekat rumah. Tak jauh pun jaraknya tempat ni dengan rumah mertua SR rupanya. Zaimi aje yang tak pernah bawak! Huh!

Hahaha!


Lepas dah tengok-tengok masjid dari luar, kami pun berjalan ke jeti di sebelah masjid. Dari jeti tu, boleh nampak kawasan Aeon Kota Bharu nun di seberang sana.




Seterusnya sesi bergambar sajalah. 
Sebab tak boleh nak berlama-lama sangat masa ni, MIL SR ada dalam kereta. Asalnya Ma nak ikut sekali, tapi dia tiba-tiba pening pula. Jadi tunggu saja dalam kereta dengan adik ipar SR. Agaknya sebab sebelum tu dia dah letih berjalan dengan anak-anak SR di Pengkalan Kubur.





Sesiapa yang nak ke Kelantan, bolehlah masukkan Laman Warisan Kampung Laut ni sebagai salah satu tempat untuk dikunjungi.

😁

Post a Comment

7 Comments

  1. Cantik seni binanya.

    Biasalah tu Syaz, kalau tempat di kampung halaman sendiri memang tak rasa nak pergi. Itu yang Zaimi tak bawak 😄

    ReplyDelete
  2. ingat istana seri menanti je takde paku...

    ReplyDelete
  3. wahhhh cantiknya masjid tu, berkilat kayu dia. nampak lah terjaga

    ReplyDelete
  4. Memang cantik. Eh kenapa dah berkali-kali ke Kelantan pun saya tak sampai lagi ke sini.

    ReplyDelete
  5. tak tahu pun Masjid Kampung Laut ni antara masjid tertua di Asia Tenggara.. cantk binaannya

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.