Ke Pantai Saujana Port Dickson

Sejak PKP bermula 18 Mac yang lepas, memang tak ada adalah outing kami 1 famili ke mana-mana. Kami ni boleh tahan patuh arahan kerajaan tu, plus takut juga terjangkit wabak Covid19 yang masa tu semakin lama semakin
meningkat tu.😅

Jadi setelah lama mereput di rumah, balik kampung haritu pun mereput saja di rumah parents masing-masing, maka semalam kami terasa nak bawa anak-anak tengok dunia sekejap. Why not kan?

Settlekan WFH apa yang patut, dalam 4++pm kami clock out, dan berdesup pergi ke Port Dickson (PD). Jarak PD dari rumah kami pun taklah jauh mana, dalam 30 minit dah sampai, lagipun traffic lancar je petang semalam.

Adam amir dan ayu memang sangat excited lah kan, bising je dalam kereta duk bergurau sesama sendiri.

Dalam 5pm kami dah sampai PD, pemandangan dari dalam tingkap kereta sangat menimbulkan perasaan terharu..agitcheww

Terharu rasanya dapat tengok laut kat PD tu, berkilau-kilau kena panahan cahaya matahari. 

Sampai area Pantai Saujana tu, nasib kami baik sebab ada parking dekat. Pakai topeng, sanitize tangan, terus terjah pasir pantai!




Anak-anak memang happy gilerr sangat-sangat, terutamanya amir. Dia memang tak sabar-sabar, terus pergi tepuk-tepuk air laut.




Sebab masih PKPP, mak memang tak plan nak kasi anak-anak mandi, jadi memang tak bawa baju spare. Geram je diorang nak berendam, tapi zaimi kata biarlah dulu. Nanti lepas-lepas ni baru mandi-manda. Harini enjoy view dan angin dulu.



Adik ayu pun seronok main korek-korek pasir dengan abang-abang dia.
Mula-mula dia geli-geli jugak nak pegang pasir tu, tapi tengok abang-abang dia rileks je, dia pun memberanikan diri.




Omak pun, walau tengah menikmati keindahan laut dan pantai, tetap nak tegur jugak budak-budak tu kalau dah terlebih-lebh sangat mainnya kikiki

Sebab dah pesan, taknak kotor-kotor baju, amir yang overexcited duk baling-baling pasir kat kepala adam dan ayu, memang kena 'haipp' la ahaha

Ya saya mak jenis conventional, tak selembut Hanis Zalikha 😅





Indahnya pemandangan, tak mungkin seindah yang di dalam gambar.
Subhanallah.


Photo by adam, tak sempat nak posing dia dah snap.
Nak cepat main pasir 😏




Topeng muka budak-budak tu memang yang jenis acah-acah je, kain nipis sangat. Beli kat carboot ada brother jual masa kat Balok haritu.

Saja lah kasi pakai, konon diorang pun nak merasa pakai topeng.
Pergi tempat less crowded bolehlah, kalau tempat crowded ke, kedai ke, memang takkan bawak lagi setakat ni. Biarlah dulu. Nanti-nanti boleh pergi.


Dan yang terpaling best, zaimi belanja coconut shake.
Ya rasa dia tersangatlah sedap, syahdu gilers dapat sedut hahahah

That's all 😘









Post a Comment

24 Comments

  1. Bagus lah patuh arahan. Daripada berdegil pasti susahkan banyak pihak.

    ReplyDelete
  2. Seronok jalan-jalan ambil angin pantai.
    Comelnya face mask kanak-kanak tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seronok! Comel kan, tapi tak ikut spec hehe

      Delete
  3. bestnya dapat pergi tepi pantai... best duduk dekat dengan PD, comel je 3 beradik tu ber mask

    ReplyDelete
  4. Lama tak nampak laut dan pantai. Anak-anak sejak pkp sampai sekarang dalam rumah. Kalau minta nak jalan-jalan bapak dia bawa jalan-jalan duduk dalam kereta je. Semua dah lama rindu teringin nak pergi mall sebenarnya. Tapi tula mall selalu je crowded. Kita ke pantai jela! Haaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Ailee, rindu nak pergi mall jugak, tapi tak berani, itu yang ke pantai tu hehe

      Delete
  5. Anak2 akak masih belum dibawa keluar.Rasa nak bawa ke pantai juga. tapi sini ada satu pantai je yang dekat. Rasanya rami orang tertumpu kat pantai tu. Risau jugak nak bawak pergi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau masih sesak, baik tak pergi dulu :)

      Delete
    2. last kak ana ke PD dua minggu sebelum PKP pertama , rindu sangat deruan ombak laa ni :)

      Delete
    3. Dapat kena angin 10 minit pun dah syukur :D

      Delete
  6. Wah seronok jalan2 hehehe..teringin jugak nak pergi pantai PD. Duk sebut ja nak pergi tapi tak sampai2 lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa kata kalini, sebut terus start kereta, jalan ;)

      Delete
  7. Adik beradik sedondon mask doremon! Olololo...!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha beli corak sama, supaya tak berebut :D

      Delete
  8. shida pun sehngga skg masih patuh..duduk rumah, setakat ni belum lagi ke mana-mana.

    ReplyDelete
  9. dah lama x berjalan... sekali dapat kuar jalan jalan mmg seronok sgt ler.

    ReplyDelete
  10. Adoi.. Bestnya kalau dapat ke laut..
    sha pun nak bawa anak-anak ke laut juga nanti..

    ReplyDelete
  11. cantik semua pic ampak hepi semua nikmati keindahan pantai PD

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.