Kenangan Syawal 2020 | PKPP

Sejak PKP diisytiharkan, memang kami antara golongan yang skema patuh. Memang tak rentas negeri, rentas daerah pun tidak. Maka, memang lama sangat tak jenguk mak abah. Puasa dan raya sendiri, memang janggal. Rindu memang tak tertahan.

Anak-anak pun sama, rindu dengan tokwan dan nenek, rindu juga dengan tok ayoh dan tokma diorang.

Jadi, bila PKPP ni, kerajaan abah Malaysia umum dah boleh rentas negeri, peluang ni of course kami tak sia-siakan!

Jadi, bincang punya bincang, aku dan zaimi sepakat untuk balik belah aku dulu, lepas tu baru balik belah dia. Lagipun boleh jadi sejalan kan.

Bertolak dari hari Khamis, sampailah hari ahad kami di Balok.
Anak-anak memang sangat happy, nenek dengan wan pulak rajin melayan, mandikan, suapkan makan, berkepit je lah dengan nenek dan wan diorang tu 😚

Jadi pagi semalam masa nak bertolak ke Kota Bharu, sedikit touching la semua orang, terutamanya mak aku. Sedih nak berpisah dengan ayu, sebab ayu memang sangat rapat dengan dia, hari-hari video call, bila dah jumpa depan-depan, berkepit pulak 4 hari, tu yang meleleh air mata.

Insyaallah, ada rezeki kami pasti balik lagi mak, abah..
Sayang mak dan abah, hanya Allah yang mampu membalas segala budi 💓




Alamak tuan tanah tutup mata pulak hahaha


Disebabkan PKPP, anak-anak tak dapatlah wan dia bawak pergi pantai.
Jadi antara aktiviti diorang adalah bergambar hahaha
Ni salah satu gambar yang abah aku snap masa sesi fotografi cucu-cucu oleh tok wan 😁
Nak pulak ikut arahan tu, kalau aku yang suruh punyalah banyak cengkadak!

Jadi, itulah kenangan raya tahun 2020 ni bersama mak abah, hanya bersua muka pada raya ke 18.
Oklah kan, bak kata orang putih better late than never, gittew..


Jadi rentas negeri diteruskan ke Kelantan pulak.
On the way tu, berhenti singgah tengok laut di Rhu 10.
Selalu kami akan turun lepak atas pasir, tapi sebab PKPP ni, kita ambil angin dari tingkap kereta je la ya anak-anak!

Terima kasih sudi singgah dan baca 😉

Post a Comment

0 Comments