Pejam celik, tiba-tiba, anak yang dahulunya diteran keluar secara induced, yang masuk ward sebab jaundice, yang menyebabkan aku belajar selok - belok menjadi emak walaupun kekok, dah 7 tahun usianya.
Dah sekolah, dah besar panjang.
Dah pandai jaga adik, dah boleh diminta pertolongannya.
Hari jadi untuk ke tujuh tahun ni jatuh pada musim PKP.
Tapi mak tetap tempah kek untuk adam, itu janji mak pada anak-anak mak, kek mesti kena ada 💓
Mak ingat nak tulis panjang untuk entry berkaitan hari jadi adam zuhairi yang ke tujuh tahun ni.
Tapi, tak terluah sebab mata mak dah berair.
Mak sebak, tapi mak gembira, semua ada.
Adam sangat istimewa, anak sulung pastinya sangat berhikmah.
Kerana menjaga dan menyayangimu adam, mak dan ayah bertambah mudah untuk uruskan adik-adik.
Segala tanda tanya dan ketidakpastian dalam sesuatu perkara, semuanya berlandaskan pengalaman membesarkan adam.
Adam ibarat denai yang kami tebas, untuk berjalan bersama adik-adikmu menelusuri laluan yang sama, tapi lebih mudah meredah, kerana adam dah 'pimpin' mak dan ayah buat kali pertama.
Besarlah harapan mak dan ayah agar Allah lindungi adam dalam setiap perkara, dan moga didikan kami cukup untuk adam bawa bersama langkah-langkah seterusnya hidupmu ini, nak.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Dah namanya birthday, lepas potong kek, adik ayu lah orang yang paling bersemangat waja makan kek abang dia 😂
Itu je lah sambutan birthday Adam Zuhairi yang ke tujuh.
Dah settle makan kek, diorang sambung main berkhemah bersama si nopal dalam rumah dengan kelambu yang ayah zaimi bagi kat diorang 😂
Itu ajelah kerja diorang masa PKP, apo laie nak dibuek selain main hahaha
++++++++++++++++++++++++++++++
I love you adam, yang pertama, paling istimewa 💓
.jpg)







Happy belated birthday adam..sebaya la dengan anak aunty yg sulung tuh..😍
BalasPadamTenkiu aunty, kirim salam kat anak aunty ya :D
PadamAmboi! Ultraman tu... letak la lilin.. baru la 'fire'... hehe
BalasPadamahahah haritu pkp, kedai lilin tutup :D
Padamsemoga membesar jd anak soleh, penyejuk mata ayah ibu..
BalasPadamkek ultraman..hehe..
Amin terima kasih atas doa ;)
PadamHalaman pertama,digarisan permulaan.Sebuah pengembaraan baharu alam keibu bapaan.
BalasPadamItulah sebetulnya pc :)
PadamHappy birthday Adam Zuhairi..Semoga jadi anak yg soleh
BalasPadamTerima kasih cikgu :)
PadamTerbaik & Happy Besday Adam, pandai jge & layan adik2...cantik kek, watak ultraman
BalasPadamTerima kasih, aah masa ni dia nak sangat kek design ultraman tu hehe
PadamUmi Lya nak ucapkan selamat hari lahir Adam. Semoga membesar sihat sempurna jadi anak soleh ibu ayah. Moga Adam sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT. Aamin aamin Ya Mujib.
BalasPadamTerima kasih umi lya atas doa dan ingatan pada adam :)Amin ya rabbal alamin
PadamDah sekolah dah yer Adam.Cucu Bunda Aadam jugak, Aadam Nuh.
BalasPadamSama nama adam ya, semoga cucu bunda pun sihat2 selalu ;)
PadamHappy birthday Adam. Semoga diberkati selalu
BalasPadamTerima kasih, amin ya rabbal alamin
Padamhappy belated birthday Adam🎂🎂
BalasPadamterima kasih :)
Padamsemoga jadi anak soleh.. aset ibu ayah ke syurga =)
BalasPadamAmin ya rabbal alamin
PadamHappy belated befday adam :)
BalasPadammoga menjadi anak yg soleh dan taat pada mak dan ayah :)
Tenkiu shida! Amin ya rabbal alamin :)
Padamhappy belated birthday Adam..moga jadi anak yg soleh ye!!
BalasPadambetul, anak sulung ada tempat yg istimewa dlm hati...
Sangat istimewa, dia lah little helper, dia lah yang kadang2 kena marah..huhuk
PadamAlhamdulillah.. Happy belated birthday Adam..
BalasPadamThank you aunty sha ;)
PadamSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.
Disclaimer: Unauthorized Use of Photos
All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.
Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran
Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.