Adam 7 | Throwback Thursday | 6 April 2020

Pejam celik, tiba-tiba, anak yang dahulunya diteran keluar secara induced, yang masuk ward sebab jaundice, yang menyebabkan aku belajar selok - belok menjadi emak walaupun kekok, dah 7 tahun usianya.

Dah sekolah, dah besar panjang.
Dah pandai jaga adik, dah boleh diminta pertolongannya.

Hari jadi untuk ke tujuh tahun ni jatuh pada musim PKP.
Tapi mak tetap tempah kek untuk adam, itu janji mak pada anak-anak mak, kek mesti kena ada 💓



Mak ingat nak tulis panjang untuk entry berkaitan hari jadi adam zuhairi yang ke tujuh tahun ni.
Tapi, tak terluah sebab mata mak dah berair.
Mak sebak, tapi mak gembira, semua ada.

Adam sangat istimewa, anak sulung pastinya sangat berhikmah.
Kerana menjaga dan menyayangimu adam, mak dan ayah bertambah mudah untuk uruskan adik-adik.
Segala tanda tanya dan ketidakpastian dalam sesuatu perkara, semuanya berlandaskan pengalaman membesarkan adam.
Adam ibarat denai yang kami tebas, untuk berjalan bersama adik-adikmu menelusuri laluan yang sama, tapi lebih mudah meredah, kerana adam dah 'pimpin' mak dan ayah buat kali pertama.



Besarlah harapan mak dan ayah agar Allah lindungi adam dalam setiap perkara, dan moga didikan kami cukup untuk adam bawa bersama langkah-langkah seterusnya hidupmu ini, nak.



+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++



Dah namanya birthday, lepas potong kek, adik ayu lah orang yang paling bersemangat waja makan kek abang dia 😂


Itu je lah sambutan birthday Adam Zuhairi yang ke tujuh.
Dah settle makan kek, diorang sambung main berkhemah bersama si nopal dalam rumah dengan kelambu yang ayah zaimi bagi kat diorang 😂



Itu ajelah kerja diorang masa PKP, apo laie nak dibuek selain main hahaha

++++++++++++++++++++++++++++++

I love you adam, yang pertama, paling istimewa 💓



Post a Comment

28 Comments

  1. Happy belated birthday adam..sebaya la dengan anak aunty yg sulung tuh..😍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tenkiu aunty, kirim salam kat anak aunty ya :D

      Delete
  2. Amboi! Ultraman tu... letak la lilin.. baru la 'fire'... hehe

    ReplyDelete
  3. semoga membesar jd anak soleh, penyejuk mata ayah ibu..

    kek ultraman..hehe..

    ReplyDelete
  4. Halaman pertama,digarisan permulaan.Sebuah pengembaraan baharu alam keibu bapaan.

    ReplyDelete
  5. Happy birthday Adam Zuhairi..Semoga jadi anak yg soleh

    ReplyDelete
  6. Terbaik & Happy Besday Adam, pandai jge & layan adik2...cantik kek, watak ultraman

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, aah masa ni dia nak sangat kek design ultraman tu hehe

      Delete
  7. Umi Lya nak ucapkan selamat hari lahir Adam. Semoga membesar sihat sempurna jadi anak soleh ibu ayah. Moga Adam sentiasa dalam lindungan dan redha Allah SWT. Aamin aamin Ya Mujib.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih umi lya atas doa dan ingatan pada adam :)Amin ya rabbal alamin

      Delete
  8. Dah sekolah dah yer Adam.Cucu Bunda Aadam jugak, Aadam Nuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama nama adam ya, semoga cucu bunda pun sihat2 selalu ;)

      Delete
  9. Happy birthday Adam. Semoga diberkati selalu

    ReplyDelete
  10. happy belated birthday Adam🎂🎂

    ReplyDelete
  11. semoga jadi anak soleh.. aset ibu ayah ke syurga =)

    ReplyDelete
  12. Happy belated befday adam :)
    moga menjadi anak yg soleh dan taat pada mak dan ayah :)

    ReplyDelete
  13. happy belated birthday Adam..moga jadi anak yg soleh ye!!
    betul, anak sulung ada tempat yg istimewa dlm hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sangat istimewa, dia lah little helper, dia lah yang kadang2 kena marah..huhuk

      Delete
  14. Alhamdulillah.. Happy belated birthday Adam..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.