Kejadian ni berlaku 10 tahun lepas.
Zaman baru habis belajar.
Senang cerita, zaman menganggur.
Jadi dah namanya menganggur, banyaklah masa yang terluang kat rumah.
Masa tu tiba-tiba sangat suka makan cupcake yang icing tebal-tebal.
Asalnya selalu beli je dekat bakeri kat pekan Semenyih tu, tapi adik aku bagi idea untuk buat sendiri.
Dia memang suka baking ni, walaupun masa tu dia baru tingkatan 3 kalau tak silap.
Maka dengan berbekalkan duit mak bagi sebab sadisnya masa tu tak ada pendapatan selain harap cheque nuffnang yang beberapa bulan sekali baru kunjung tiba 😂, kami pun belilah barang-barang.
Dah namanya buat sendiri, icing tu kami siap buat macam-macam warna!
Tunggu oven bunyi ting! je, ready nak hias!
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Ting!
Ha apa lagi, keluarkanlah cupcake yang dah siap bakar dari oven.
Nak katanya amatur, tinggi rendah kejadiannya hahaha
Ada yang terlebih-lebih keluar dari cup, ada yang pendek je tak capai surface cup pun.
Ah persetankan, dengan penuh keyakinan dan darah muda, kami pun hias!
Halah halah.. habis sweet la rasa masa ni, rindu dekat pakwe yang jauh di pantai timur tanah air 😂
Tengoklah kemenjadian rupanya, tapi masa tu sangat yakin cupcake aku ni cantik dan boleh ada market hahah!
Ada hasil tangan aku (yang terburuk rasanya aku punya, confirm!), ada adik-adik aku buat.
Horrornya cupcake aku ni hahaha
Masih tak dapat berhenti gelakkan diri sendiri.
Eh jangan tak tau, masa ni, siap ada cita-cita nak jual tau.
Nak ambil order.
Oh em ji nasib baik tak jual, kalau tak berdarah mata baca review buyer nanti.
Antara sebab terbit rasa nak jual tu, sebab kawan-kawan dekat Facebook masa tu sangat supportive (ke sebab jaga hati ke apa tak tau la hahaha)
Why korang why?
😂😂😂😂
Mungkin disebabkan itulah aku tak jadi baker, tak berseni langsung sebenarnya kah kah kah!
Ok sekian gelakkan diri sendiri.
Betullah kata orang, sesuatu perkara yang kita rasa biasa-biasa, suatu masa nanti, akan jadi kenangan yang bisa buat kita ketawa bila teringat semula 😁
30 Comments
Paling comel cupcake "emaK" pakai tudung hijau brooch merah tu..heheh
ReplyDeleteAhahah gigih buat masa tu :))
Deleteok la tu.. asalkan sedap :)
ReplyDeleteUntuk sendiri makan, nak kata sedap, boley la ahaha
Deletecolourful !! kreatif, mcm2 design..
ReplyDeletehehehe ;)
DeleteAt least mencuba untuk buat yang terbaik.. itu pun kejayaan kan.
ReplyDeletebetul tu sis, tak sangka dapat juga merasa buat cupcake sendiri masa ni ;)
DeleteOk jugak tu. Baik dari zumal yang tak tahu terus
ReplyDeletehehe senang je, follow je resipi sebijik tet tet haha
DeleteHehehe comel2 ja semua :)
ReplyDeletecomot-comot pun ya jugak haha
DeleteWalaupun cupcake ni ada yang tenggelam timbul tapi nampak comel-comel juga.
ReplyDeleteCuba lagi laaa... jangan putus asa. haha
hahaha malas dah nak mencuba
Deletehahahahaha mampu gelakkan juga... takpe yang penting kita pernah cuba
ReplyDeleteudah kita ada bakat di tempat lain kan
hahaha geli hati kan
DeleteIni baru dikatakan pengalaman baru. Janji kita berani mencuba satu perkara yang baru kan.. :)
ReplyDeletehehe.. berani masa tu je, sekarang dah tak berani hahaa
Deletexcantik xpa asal sedap rasanya ok je
ReplyDeleteBetul, nasib baik sedap, pandai adik saya bancuh adunan hihik
DeleteHi Syaz, tq sudi singgah blog saya yg bersawang... mmg try utk update blog...Insya allah.. TQ kasi semangat...
ReplyDeleteterima kasih datang sini jugak ;)
Deleteini yg dikatakan berani gagal! last2 abis juga ditelan semua kek cawan tu kan? hehehehe
ReplyDeleteHabis selamat semuanya, sebab kalau tak habis, nanti mak marah hahaha
Deletehahaaa... sori tergelak, teringat cupcake sndiri, teruk lagi dari ni arr, sebab mmg tak berbakat melukis.
ReplyDeleteHihik I feel you
DeleteMasa ni cupcake trending. Tapi saya mampu makan je. Tak minat baking. Anyway, ok la tu ada usaha. Mana ada orang first time buat terus pandai. Ke ada? Haha
ReplyDeletebetul jugak kan hahaha
DeleteHehehe baru2 buat biasalah la Syaz. Kena asah lagi bakat tu bagi power skill hehehe. Sekarang ni camne dah makin ok lom. Harap2 dah 10 tahun ni menjadik cantik la cupcake Syaz ..
ReplyDeleteMalangnya, selama 10 tahun langsung tak cuba buat dah hahaha
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.