Macam biasalah, anak-anak ni, kalau ayah yang buat sesuatu, kesan dia lebih mendalam agaknya.
Malam tadi, zaimi rebus ubi badak yang ayah dia bagi masa balik kampung haritu, ajak anak-anak makan, cicah dengan gula.
Punyalah suka masing-masing.
Sekali sekala makan makanan kampung.
Kalian kenal ke ubi badak?
Adakah rasa dia macam badak?
Entahlah sebab tak pernah pulak makan badak 😜
Ubi badak ni ada banyak nama, mungkin lain tempat, lain namanya.
Ubi badak (nama saintifiknya Dioscorea alata[4], adalah spesies ubi yang tumbuh bawah tanah dan boleh di makan. Ia juga dikenali dengan nama Ubi kenduduk, Ubi kelebang, Ubi ular, Ubi tiang, Ubi teropong, Ubi nasi, Ubi butung, Ubi lilin, Ubi merah, Ubi menjangan, ubi sekok, atau Ubi manis.[5] Ia memiliki warna ungu terang. Ia kadang-kala dikelirukan dengan ubi stela (Ipomoea batatas). Ia berasal dari tropika Asia, D. alata telah dikenali sejak zaman silam. - Wikipedia
Ya aku copy paste dari wikipedia je, maleh nak olah ayat ahaha
Tapi, orang putih panggil ubi badak ni sebagai Purple Yam.
Gitteww..
Jujurnya aku pun jarang sangat makan ubi badak ni.
Sebab tak biasa makan kot.
Tapi semalam, terasa nak membaca sikit berkenaan Dioscorea alata ni, terjumpalah artikel online yang menceritakan kebaikan ubi badak ni.
Antaranya:
- Tinggi dengan khasiat, sebab dia ada unsur karbohidrat, kalium dan vitamin C. Disebabkan dia berkanji, semestinya dia mengenyangkan.
- Kaya dengan antioksidan.
- Boleh bantu kawal gula dalam darah (wow tak sangka!)
- Boleh bantu turunkan tekanan darah.
- Boleh mengawal simptom asthma.
- Menyihatkan perut.
- Ubi yang versatil. Boleh masak macam-macam ikut selera, boleh rebus, boleh buat stew. Gittew.
Itu sahaja cerita berkenaan ubi berwarna ungu ini.
Selamat berhujung minggu semua 😉
+++
UPDATE: KLIK UNTUK CARA REBUS UBI BADAK
30 Comments
Mcm ubi keledek ke..byk khasiatnya..
ReplyDeleteNmpk anak2 suka..
Itulah, tak sangka diorang suka :)
Deleteubi badak..purple yam kah? shida xpernah mkn dan first time dgr..Allahhh ^_`
ReplyDeleteAah shida, purple yam hihi
DeleteTak pernah jumpa yang gini.. Selalu makan yang dah jadi kerepek je.. Itupun dha susah nak jumpa..
ReplyDeleteKan, ini pun tak tahu ayah mertua dapat kat mana haha
DeleteSEDAP UBI NI KALAU BUAT KUIH TALAM CANTIK UNGU
ReplyDeleteOh ye ke kak? Sedap tu kuih talam yang purple tu ;)
Deletebagus la budak2 suka. banyak khasiatnya tu. Kalau anak-anak sayadiaorang tak suka.kalau buat kerepek baru makan
ReplyDeleteRasa nak kena cuba buat kerepek jugak ni hehe
DeleteIni kena lawan dengan air kopi o panas. Baru mantap!
ReplyDeleteBetul tu, 10 markah untuk uncle!
DeleteNampak sedap, rase macam keledek ke? atau memang keledek.
ReplyDeletesedapnye ubi cicah gula, ingat kecik2 dulu, mkn ubi cicah kelapa + gula.besttt..
Haa.. rasa dia ada jugaklah macam keledek :D
DeleteTeringat semasa bebudak dulu..ni lah antara makananya buat minum petang
ReplyDeleteKlasik kan menu ni hehe
DeleteBuat pengat pun best ubi badak ni
ReplyDeleteAah kan wak, tak teringat pulak pasal pengat ubi
DeletePernah makan ubi warna ungu ni sedap..sy panggil ubi ungu ja hehehe sbb warna dia ungu.
ReplyDeleteSamalah hehe.. ubi badak tu suami yang perkenal nama dia
Deletekak ana tengok macam keledek ungu kan syaz, kan main sedap ye makan anak2 bagus pandai makan menu2 ibunda macam ni :)
ReplyDeleteitulah, tak sangka suka pulak budak2 tu hehe
Deletesedapnya ubii
ReplyDeleteyumss
Deletewalaupun saya hantu segala tok nenek cucu cicit ubi.. yang purple ni sy kurang gemar. tapi kalo dh terhidang..makan jeee..
ReplyDeletehehe.. yang terpaling saya suka adalah ubi kentang :D
DeleteSedap ni. Suka makan kalau rebus macam ni. makan macam tu je pun dah sedap kan.
ReplyDeleteBetul3 hehe
Deletetak pernah makan ubi ni. tapi dia sama ke macam ubi purple yang dari Cameron tu. kalau yang tu, akak suka...
ReplyDeleteAdalah sikit2 rasa dia, tapi saya memang tak pandai sangat bezakan rasa ubi2 tersebut hahaha
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)