Ubi Badak Rebus Cicah Gula

Macam biasalah, anak-anak ni, kalau ayah yang buat sesuatu, kesan dia lebih mendalam agaknya.
Malam tadi, zaimi rebus ubi badak yang ayah dia bagi masa balik kampung haritu, ajak anak-anak makan, cicah dengan gula.


 


Punyalah suka masing-masing.
Sekali sekala makan makanan kampung.


Kalian kenal ke ubi badak?
Adakah rasa dia macam badak?
Entahlah sebab tak pernah pulak makan badak 😜

Ubi badak ni ada banyak nama, mungkin lain tempat, lain namanya.

Ubi badak (nama saintifiknya Dioscorea alata[4], adalah spesies ubi yang tumbuh bawah tanah dan boleh di makan. Ia juga dikenali dengan nama Ubi kendudukUbi kelebangUbi ularUbi tiangUbi teropongUbi nasiUbi butungUbi lilinUbi merahUbi menjangan, ubi sekok, atau Ubi manis.[5] Ia memiliki warna ungu terang. Ia kadang-kala dikelirukan dengan ubi stela (Ipomoea batatas). Ia berasal dari tropika Asia, D. alata telah dikenali sejak zaman silam. - Wikipedia
Ya aku copy paste dari wikipedia je, maleh nak olah ayat ahaha

Tapi, orang putih panggil ubi badak ni sebagai Purple Yam.
Gitteww..



Jujurnya aku pun jarang sangat makan ubi badak ni. 
Sebab tak biasa makan kot.
Tapi semalam, terasa nak membaca sikit berkenaan Dioscorea alata ni, terjumpalah artikel online yang menceritakan kebaikan ubi badak ni.

Antaranya:

- Tinggi dengan khasiat, sebab dia ada unsur karbohidrat, kalium dan vitamin C. Disebabkan dia berkanji, semestinya dia mengenyangkan.

- Kaya dengan antioksidan.

- Boleh bantu kawal gula dalam darah (wow tak sangka!)

- Boleh bantu turunkan tekanan darah.

- Boleh mengawal simptom asthma.

- Menyihatkan perut.

- Ubi yang versatil. Boleh masak macam-macam ikut selera, boleh rebus, boleh buat stew. Gittew.



Itu sahaja cerita berkenaan ubi berwarna ungu ini.
Selamat berhujung minggu semua 😉
+++


Post a Comment

30 Comments

  1. Mcm ubi keledek ke..byk khasiatnya..

    Nmpk anak2 suka..

    ReplyDelete
  2. ubi badak..purple yam kah? shida xpernah mkn dan first time dgr..Allahhh ^_`

    ReplyDelete
  3. Tak pernah jumpa yang gini.. Selalu makan yang dah jadi kerepek je.. Itupun dha susah nak jumpa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan, ini pun tak tahu ayah mertua dapat kat mana haha

      Delete
  4. SEDAP UBI NI KALAU BUAT KUIH TALAM CANTIK UNGU

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh ye ke kak? Sedap tu kuih talam yang purple tu ;)

      Delete
  5. bagus la budak2 suka. banyak khasiatnya tu. Kalau anak-anak sayadiaorang tak suka.kalau buat kerepek baru makan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa nak kena cuba buat kerepek jugak ni hehe

      Delete
  6. Ini kena lawan dengan air kopi o panas. Baru mantap!

    ReplyDelete
  7. Nampak sedap, rase macam keledek ke? atau memang keledek.

    sedapnye ubi cicah gula, ingat kecik2 dulu, mkn ubi cicah kelapa + gula.besttt..



    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa.. rasa dia ada jugaklah macam keledek :D

      Delete
  8. Teringat semasa bebudak dulu..ni lah antara makananya buat minum petang

    ReplyDelete
  9. Buat pengat pun best ubi badak ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan wak, tak teringat pulak pasal pengat ubi

      Delete
  10. Pernah makan ubi warna ungu ni sedap..sy panggil ubi ungu ja hehehe sbb warna dia ungu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Samalah hehe.. ubi badak tu suami yang perkenal nama dia

      Delete
  11. kak ana tengok macam keledek ungu kan syaz, kan main sedap ye makan anak2 bagus pandai makan menu2 ibunda macam ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, tak sangka suka pulak budak2 tu hehe

      Delete
  12. walaupun saya hantu segala tok nenek cucu cicit ubi.. yang purple ni sy kurang gemar. tapi kalo dh terhidang..makan jeee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe.. yang terpaling saya suka adalah ubi kentang :D

      Delete
  13. Sedap ni. Suka makan kalau rebus macam ni. makan macam tu je pun dah sedap kan.

    ReplyDelete
  14. tak pernah makan ubi ni. tapi dia sama ke macam ubi purple yang dari Cameron tu. kalau yang tu, akak suka...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Adalah sikit2 rasa dia, tapi saya memang tak pandai sangat bezakan rasa ubi2 tersebut hahaha

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.