Cruise Tasik Putrajaya

 Rentetan dari entry kami menginap di Shaftsbury Stellar Hotel Putrajaya haritu, kiranya ini entry sambungan dari staycation kami la ni.

Let's cekidot! 😁


Sesudah checked in hotel petang Jumaat tu, kami pun terus menuju ke Dataran Putrajaya, sebab nak bawak anak-anak naik cruise. Sebabnya, walaupun dah lama selalu gi mari je kat Putrajaya ni, sekali pun tak pernah naik cruise kat tasik Putrajaya ni haha!

Jadi why not kan?

Let's!

|Entry ini banyak gambar|

Masa nak pergi tu pun dah 5 lebih, sebab solat asar apa dulu semua kan, tapi jarak tasik ni dengan hotel kami menginap tu tak jauh mana, dalam 5 minit je dah sampai.

Cari parking lah payah sikit dekat dataran tu, kena round 2 3 kali jugak, kebetulan dapat parking betul-betul depan tangga yang sebelah pintu masuk nak naik cruise tasik ni.

Masa turun seronoklah, masa naik lepas dah selesai urusan cruise, melepek!


Zaimi yang mendapat mandat untuk beratur beli tiket.
Kawasan sekitar kaunter tiket tu penuh la jugak orang, tapi rata-rata semua masih patuh SOP..
Alhamdulillah bagus rakyat Malaysia!


Sekitar kaunter tiket tu, ada kedai-kedai jual cenderamata, tshirt, kiosk jual air dan makanan ringan pun ada. Selain Cruise Tasik Putrajaya ni, ada juga tempat sewa basikal dan buggy.
Nampaklah ramai yang sewa basikal tu pusing-pusing tasik.

Plan asal, kami nak naik Perahu Dondang Sayang.
Kiranya memang masa tengah dalam perjalanan ke Putrajaya ni, otak aku memang membayangkan yang aku akan naik Perahu Dondang Sayang.
Gigih kan duk imagine, ye lah sebab orang kata, sebelum nak buat sesuatu, molek kita bayangkan dulu, baru senang nak bergerak ke arah itu..gittew..


Cute dan klasik kan?
Kan?

Tapi itulah, kita hanya merancang.
Uhuks..

Trip petang tu tinggal yang cruise besar je.
Itu pun boleh mula naik pukul 6.45 petang. 
Tiket dah siap beli dari 6.10 lagi.

Maka lepaklah dulu tepi pintu masuk tu.


Pintu masuk dia berhadapan dengan kedai baju sebelah kaunter tiket tadi, kena turun ke bawah dan masuk ikut lorong yang ada gerbang tu.

Maka kami pun menunggu la sampai tiba giliran.




Untuk pengalaman naik cruise punya pasal, sanggup berpanas menunggu 😂

Lepas 6.45, staf dia bunyikan loceng, maka kami pun masuklah untuk ke jeti bersama-sama dengan penumpang lain.


Lorong nak ke jeti tu cantik, dengan lampu-lampu semua.
Tapi tak sempat nak bergambar, sebab terkocoh-kocoh nak naik bot cruise lah katakan!


All aboard!

Disebabkan ini first time, makanya aku tak sangka pulak yang kat dalam bot tu, dia susun kerusi banquet je. Tapi dia dah susun ikut jarak SOP lah.


Permulaan cruise tu bergerak, ada staf brief berkenaan safety dan tempat-tempat yang cruise tu akan lalu nanti.

Lepas siap, dia benarkan penumpang untuk keluar ke dek depan dan dek belakang untuk tengok pemandangan.

Apa lagi, semua pakat keluar lah ke dek!

Yang penting adalah kita kena sentiasa awasi jarak kita dengan penumpang lain, sebab masing-masing bila dah boleh keluar ke dek, teruja sangat-sangat, termasuklah kitorang hahaha!


Kami ke dek belakang dulu, sebab kat depan ramai sangat.
Memang seram nak lepaskan ayu atas dek tu, sebab palang cruise tu memang tak berapa nak selamat kalau biarkan ayu pegang macam abang-abang dia buat tu.

Cruise tu gerak agak laju jugak, kalau jatuh haih.. tak dapat nak bayang!



Amir pun ada masa nak berdukung jugak..






Seronok, berangin je.

Tapi takkan nak merasa dek belakang je?
Teringin jugak nak tengok dek depan.

Jadi bila dah ramai yang pergi depan tadi mula bergerak ke belakang, ada yang dah duduk balik kat kerusi kat dalam, kami pun geraklah ke dek depan pulak.


Singgah bergambar dengan kapten dulu.
Tapi kapten haram tak layan, kapten pun dah letih bawak bot 1 hari kan..huhu



Kat dek depan ni lagilah seram, terasa la bot tu gegar-gegar.
Ahahaha




Abang-abang seronok, pengalaman baru kan.
Tapi tak adalah diorang tengok dan menghayati bangunan ke jambatan ke, diorang seronok menghayati air tu berombak je, dan seronok sebab ada atas bot tu 😊


Dah penat dah berdiri atas dek, masuklah semula ke dalam.
Sebab ayu pun dah rimas orang asyik dukung dia, jadi dekat dalam tak ramai orang, kami pun beranilah lepaskan dia sekejap.





Adam tak puas lagi nak pergi dek, jadi zaimi suruh aku pergi dengan adam je, ayu dan amir duduk lah dalam je sementara nak sampai semula ke jeti.


Teringin pulak nak ada gambar sorang-sorang atas cruise ni, jadi mintak tolong adam tangkapkan.
Nasib baik hasilnya ok ahahah!


Pandai dah anak mak tangkap gambar ye 😀


Sampai semula ke jeti, dah maghrib.
Dapatlah aku tangkap gambar pemandangan Masjid Putra dari tasik.
Cantiklah pulak.




Turun dari cruise, bergambarlah depan bot sekali.
Sementara tunggu queue untuk ambil gambar yang official photog tangkap sebelum boarding tadi.
Buat kenangan, sebab entah bilalah nak repeat pulak kan.


Inilah gambar dari photog tu, hentam lah labu..
Itu je lah hasilnya.
Musim covid ni, gambar mesti ada mask.
Dengan mata aku pandang ke mana entah.
Kira ok je lah, lagi pun dia dah siap print pun gambar ni.
Adalah jugak kenangan gambar berlima kan 😎



Ingat nak posing kat lorong ni, tapi adik ayu dah tak bagi kerjasama, laju je dia lari ke hujung lorong tu.
Risau pulak dia terjatuh dekat air belah sana.



Singgah beli air kat kiosk.
Lepas tu memanjatlah tangga yang tinggi tadi.
Longgar lutut!



Melepaskan lelah naik tangga sekejap sebelum gerak balik hotel.
Abang-abang je yang tak reti penat, banyak betul tenaga.


Adam tanya kenapa ada dua masjid duduk sebelah sebelah?
Hahah

Kenalah bagitau dia, yang satu tu bukan masjid, tapi ofis Perdana Menteri.
Excited dia, dia bayangkan PM Muhyidin ada dalam tu tengah taip kat komputer dia kata hahaha!



Ayu dah lalok, letih dia naik tangga agaknya.
Amir sibuk tanya ayah dia, bulan sabit in english apa?
Bila ayah dia ajar, dia tak boleh sebut pulak.
Sebab amir pelat R.
R dia macam Lisa Surihani, sebab tu dia susah nak sebut kih kih..

Lepas tu kami pun bergerak balik ke hotel.

Sekian kisah kami naik Cruise Tasik Putrajaya.
Ehee 😁

Post a Comment

39 Comments

  1. cantik tempat ni. dulu selalu g solat jumaat ikut jalan terowong situ :)

    ReplyDelete
  2. pernah naik juga sekali dlu. wahh bestnya kalau dapat bawa ank2 nanti

    ReplyDelete
  3. Untung dapat naik lewat petang sebab view cantik. Kalau jalan2 ke sini nanti nak pilih waktu lewat petang la naik cruise ni..Boleh ambik gambar cantik2.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe boleh kak, malam2 sini lampu2 buat kawasan dia bertambah cantik

      Delete
  4. Uncle ni selalu tenok cruise ni... naik je tak pernah... huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa lagi uncle, ajak aunty naik, pastu selfie 1 hihi

      Delete
  5. cantikya banner! baru eh? hehehe

    ReplyDelete
  6. seronoklah anak2 kan..shida tak pernah lg naik cruise teringin juge nk naik hahaa..ni kalau sebut kat husben..dia kata..saya terpengaruh hahahaa ^_^

    ReplyDelete
  7. Cantiknya pemandangan di tasik Putrajaya

    ReplyDelete
  8. Wak tak pernah lagi naik cruise putrajaya ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nanti boleh try naik bila2 wak pergi sana tau ;)

      Delete
  9. wahh, best jg...cantik photo masjid...tak pernah naik cruise ni, selalu dtg Putrajaya waktu siang..view malam cantik..

    ReplyDelete
  10. best kalau dapat sewa basikal pusing2 tasik tapi kalau bawa family macam ni, naik cruise tu pun best boleh relak2 juga.

    btw jemput singgah ke my new blog https://www.tiarasaphire.com/2020/08/telefilem-luluh-2020.html

    ReplyDelete
    Replies
    1. ramai yang sewa basikal kat sana, tak pernah cuba lagi, tapi memang nampak sangat best!

      Delete
  11. seronoknya naik cruise sekeluarga..kalau ke sana setakat ronda2 saja

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun sama, selalu ronda2 saje, tiba2 teringin hehe

      Delete
  12. best, tapi tang menunggu lama dan turun naik tangga tinggi tu serem pulak heheheh
    almaklum tak minat dgn tangga
    cantik pemandangan tapi masa yang gelap tu takde lampu macam sayang lak... kalau siang mesti macam2 gambar boleh ambil kan... kami lagilah tak pernah naik cruise tu, lagi jakun hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha samalah kak, memang jakun jugak kikiki.. dan tangga tu memang super seram..ketar lutut!

      Delete
  13. dari dulu teringgin nak try cruise tapi tak pernah ada kesempatan..huhuhuh bestnyaa!!! jealous tgk gmbr2 ni smua

    ReplyDelete
  14. Eh murah je nak naik cruise ni. Selalu tengok orang post. Lepasni boleh la pergi jugak. Cantik view sunset dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, selama ni saya pun ingat harga dia hala, rupanya masih mampu lagi hehe

      Delete
  15. Last datang masa pre wedding 2013. Haha..lama betul kan. Teringin nak naik cruise ni. Harap dapatlah nanti one day.

    ReplyDelete
  16. bestlah.. tak pernah baca lagi pasal cruise nie walaupun dah tahu.. nk plan naik jugak..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.