Jumaat lepas, masa tengah on the way pergi makan dengan mak abah, dalam perjalanan tu terserempak dengan 'Bumblebee'.
Abah pun apa lagi, terus suruh adam dan amir posing lah dengan Bumblebee tu kan.
Sebenarnya Bumblebee tu macam maskot untuk satu produk program perkembangan minda kanak-kanak, kalau tak silap nama dia Grolier kot?
Entahlah tak ingat sangat, sebab tak berminat.
Eheh..
Ha posing jangan tak posing.
Memang teruja la adam amir, nak nak si Bumblebee tu duk pegang-pegang kepala dia la kan.
Lepas settle tangkap gambar, kami pun pergilah makan.
Nanti next entry boleh cerita pasal makan-makan tu pulak 😉
Lepas tu, masa balik, aku dan zaimi suruh mak abah dengan anak-anak tunggu kat foyer je, sebab penat jugak nak pusing-pusing mall tu nak naik semula ke parking di tingkat empat.
Jadi, masa tengah tunggu lift, aku pun nampaklah suit Bumblebee tadi tersusun dekat tepi fire hose sebelah lif tu.
Aku pun sajalah tangkap gambar.
Bila masuk kereta, sajalah tunjuk dekat amir.
Saja nak gurau-gurau, aku pun kata kat dia,
"Amir, tengok ni Bumblebee dah mati"
Gais..
Sekali amir jadi sangat tak keruan.
Dia keep on tanya apa yang jadi kat Bumblebee tu sampai hancur macam tu. Dia memang tak puas hati langsung dengan jawapan-jawapan yang kitorang bagi hahahaha
Macam nak menangis dah dia, agaknya sebab teringat baru je si Bumblebee tu pegang-pegang kepala bahu dia semua tadi kan.
Jadi abah la kena pujuk dia, bagitau benda betul, kata orang yang dalam Bumblebee tu pergi mandi, sebab tu dia bukak baju.
Tanya pulak, mana bilik mandi la apa la
😂😂
Aduh, tak sangka amir overthinking pasal tu.
Silap betul aku gurau macam tu dengan dia.
Lepas abah dah pujuk-pujuk, terus dia tertidur dalam kereta..
Amir..amir..
Itulah kisah Bumblebee dan Amir yang sebenarnya tersakiti di sini kikiki..
30 Comments
haha. Kesian, fikirkan nasib Bumblebee.
ReplyDeletehahaha tu lah, tak keruan dia
Deletehahaaa... bubble mandi. bebudak selalu fikir perkara yg kita tak duga 🤣
ReplyDeleteitulah hehehe
Deletehahahaa! Kesian Amir kena sakat ya.
ReplyDeletekikiki.. :P
Deletehahahha comel je kecik-kecik dah overthinking.. lepasni kena berjaga-jaga lah ye kalau nak gurau pun heheh..
ReplyDeletetu la aiman, kena pilih2 topik untuk bergurau hehehe
DeleteHuhu.. Kesian pun ada rasanya hehe
ReplyDeletebetul, kesian pulak tengok dia masa tu hihi
DeleteKesian Amir
ReplyDeletehuhuhu betul tu wak kesian dia
DeleteCaring betul dia kat bumblebee ek.. hehehe
ReplyDeletekan! tak sangka omak hehe
Deletesian amir prihatin sgt kat wira dia tu
ReplyDeletebetul kak PI, prihatin benar dia hehe
Deletebudak2 punya imaginasi, kita pun tak kalah
ReplyDeletehahaha kan atie!
Deletehahahah itulah kan sapa suruh gurau gitu, kan... udahla dia suka bumbblebee tu... salah emaknya lah ni heheheh
ReplyDeletekalau mcm si aiyan pun sama je gayanya mcm amir, dia suka tanya tanya dan tanya tak boleh gurau lain sikit lepas tu menjawabla bila dia tak puas hati dgn jawapan kita
itulah kak dana, sama lah amir dengan aiyan ni ha..nyosal omak eh cakap camtu hahahaha
Deleteplot twist rupanya hahahah
ReplyDeletehahaha pening omak!
DeleteAloloooo.... kesian Amir. Anak-anak memang polos sangat pemikirannya kan.
ReplyDeletesangat2.. dia berkerut2 memikir nasib malang bumblebee tu haha
Deleteadoi la..jenuh nak layan soalan2 dia yer.
ReplyDeletetau tak pa hahaha
Deletedengan bdk2 jgn main2 wooo dia punya fikir smpai diluar kotak ..jenuhhh nk mnjawab ^_^
ReplyDeletetau takpe hahaha!
DeleteOhh amir yang sebenarnya tersakiti. tersusun elok je suit bumblee tu ha..
ReplyDeletehihi tu yang dia marah sangat tu
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.