Ku Menangis

Apa khabar semua di hari Isnin nan indah ini?
Aku doakan semoga minggu ini adalah minggu yang baik buat semua ya!


 Termasuk diri aku jugak.
Sebabnya minggu lepas adalah minggu yang agak menyakitkan hati hahaha

Kerja compiling data banyak sangat minggu lepas, biasalah budak-budak baru habis exam, result baru keluar.

Ya siapa kenal mana-mana pensyarah UiTM tahulah, yang kami ni clerical work banyak kena buat sendiri, tak macam di Universiti lain.

Jadi compile lah data closing the loop.
Atau namanya dikenali sebagai CDL.

Aku kena compile untuk student diploma mikrobiologi.
Untuk diploma mikrobiologi, ada 5 semester.
1 semester ada tujuh subjek.
Untuk setiap subjek ada 7 tab untuk isi.
Dalam setiap tab ada beberapa sel.

Mata memang juling...ku menangis..ahaha

Tiba ketua kata sistem lama tu dah nak mansuh dan akan guna sistem baru kuatkuasa semester lepas ni.

Allahurobbi....
Speechless kitorang.
Kenapa tak bagitau awai awai...

Tapi dah namanya kerja, segalanya ku terima bak kata kumpulan ilusi.
Dan harapnya minggu ni semua baik-baik aja..
AMinn..

Nak ke meeting Pusat Pengajian pulak ni, moga-moga semuanya baik-baik aja 💓

Post a Comment

34 Comments

  1. terus ternyanyi lagu rossa
    "Ku menangis
    Membayangkan
    Betapa kejamnya dirimu atas diriku"

    ReplyDelete
  2. teringat masa bekerja dulu.Sampai ke pagi dok tgk internet dok pusing pusing masa nak key in data peperiksaan berasaskan sekolah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha samalah kak, mulai semester covid ni pun kami dah ada sistem yang canggih macam tu untuk exam, kadang2 terlelap tunggu dia pusing haritu hehehe

      Delete
  3. banyak nyaa tu kerjaa compile data pelajar . Semoga minggu ni baik-baik jaa yaa 🥰

    ReplyDelete
  4. jangan menangis jangan merungut kak.,
    rejeki harus disyukuri., dlm zaman ekonomi skrg x menentu., huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik wak *lap air mata
      Mari bersama kita potong rumput heheh

      Delete
  5. Cabaran bekerja ni macam tu la..kan? Kadang orang tengok kerjanya duduk je tapi orang tak tahu yang letih tu adalah perasaan dan mental kita.

    Tengok pulak orang yang kerja buat rumah, buat bangunan, badan nya letih tapi dia boleh kerja sambil tersenyum dan ketawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak, masing2 ada cabarannya yang tersendiri ;)

      Delete
  6. Comel la meaw tu nangis pon comey

    ReplyDelete
  7. stress betul la kalau mcm ni.. dah la sakit mana tenung screen lama2 kan

    ReplyDelete
  8. semoga dipermudahkan segala urusan...bab2 key-in data ni mmg juling biji mata kalau dah banyak...mungkin sistem bari lg mudah..sabaq ye..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sis, saya sangat berharap sistem baru lebih memudahkan :)

      Delete
  9. KERJA APA PUN MMG SUSAH KAN UP TO DATE REDA TENANGKAN HATI JANGAN NANGIS

    ReplyDelete
  10. ketua tu pun bgtau lah awal-awal... hampeh sungguh...
    sabar lah na, jangan menangis lama-lama ye

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi ketua tu pun baru tau dari ketua punya ketua punya ketua :P
      semua sebab PKP sebenarnya, wujudlah sistem2 baru yang lebih sesuai untuk bekerja atas talian, tabah je la kami hehe :)

      Delete
  11. Oh... Syaz ni pensyarah UiTM la ye? Cawangan mana?

    ReplyDelete
  12. Guru adalah satu profesion yang mulia. Dan kerjanya tak pernah habis. Dua orang anak saya cikgu, saorang mengajar di UKM dan saorang di UM. saya sangat fahamlah. Saya sentiasa berkata.. Siapalah kita tampa Guru. Cerialah selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih Pak Idrus atas kata-kata semangat, betul tu, memang terasa benar kerjanya tidak pernah habis, tapi life must go on dan happy happy ;)

      Delete
  13. baca tajuk terus nak nyanyi lagu..nak menangis juga dengar kisah tu. aduhaii bertabahlah. Semoga dipermudahkan urusan siapkan segala kerja akak tu. Aamin

    ReplyDelete
  14. *hulur tisu* . bertabahlah. ini semua Cobaaannnnn... haha

    ReplyDelete
  15. Semoga dipermudahkan semua urusan Syaz

    ReplyDelete
  16. Oh, sis lecturer UiTM ke? UiTM mana tu? Saya alumni UiTM di sini..hehe

    ReplyDelete
  17. tabah dan bersabar ye syaz..nama pun kerja, nk xnk kena buat walaupun berhuhuhuu selepas itu..shida pn pernah stress smpai amik cuti ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, redha dan syukur sebab masih ada kerja ;)

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.