Apa khabar semua di hari Isnin nan indah ini?
Aku doakan semoga minggu ini adalah minggu yang baik buat semua ya!
Termasuk diri aku jugak.
Sebabnya minggu lepas adalah minggu yang agak menyakitkan hati hahaha
Kerja compiling data banyak sangat minggu lepas, biasalah budak-budak baru habis exam, result baru keluar.
Ya siapa kenal mana-mana pensyarah UiTM tahulah, yang kami ni clerical work banyak kena buat sendiri, tak macam di Universiti lain.
Jadi compile lah data closing the loop.
Atau namanya dikenali sebagai CDL.
Aku kena compile untuk student diploma mikrobiologi.
Untuk diploma mikrobiologi, ada 5 semester.
1 semester ada tujuh subjek.
Untuk setiap subjek ada 7 tab untuk isi.
Dalam setiap tab ada beberapa sel.
Mata memang juling...ku menangis..ahaha
Tiba ketua kata sistem lama tu dah nak mansuh dan akan guna sistem baru kuatkuasa semester lepas ni.
Allahurobbi....
Speechless kitorang.
Kenapa tak bagitau awai awai...
Tapi dah namanya kerja, segalanya ku terima bak kata kumpulan ilusi.
Dan harapnya minggu ni semua baik-baik aja..
AMinn..
Nak ke meeting Pusat Pengajian pulak ni, moga-moga semuanya baik-baik aja 💓
34 Comments
terus ternyanyi lagu rossa
ReplyDelete"Ku menangis
Membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku"
memang ternyanyi lagu tu hahaha
Deleteteringat masa bekerja dulu.Sampai ke pagi dok tgk internet dok pusing pusing masa nak key in data peperiksaan berasaskan sekolah tu.
ReplyDeletehahaha samalah kak, mulai semester covid ni pun kami dah ada sistem yang canggih macam tu untuk exam, kadang2 terlelap tunggu dia pusing haritu hehehe
Deletebanyak nyaa tu kerjaa compile data pelajar . Semoga minggu ni baik-baik jaa yaa 🥰
ReplyDeleteterima kasih ayu.ju ;)
Deletejangan menangis jangan merungut kak.,
ReplyDeleterejeki harus disyukuri., dlm zaman ekonomi skrg x menentu., huhuhu
baik wak *lap air mata
DeleteMari bersama kita potong rumput heheh
Cabaran bekerja ni macam tu la..kan? Kadang orang tengok kerjanya duduk je tapi orang tak tahu yang letih tu adalah perasaan dan mental kita.
ReplyDeleteTengok pulak orang yang kerja buat rumah, buat bangunan, badan nya letih tapi dia boleh kerja sambil tersenyum dan ketawa.
betul tu kak, masing2 ada cabarannya yang tersendiri ;)
DeleteComel la meaw tu nangis pon comey
ReplyDeleteahaha comel kan :D
Deletestress betul la kalau mcm ni.. dah la sakit mana tenung screen lama2 kan
ReplyDeletesakit mata plus sakit kepala sekali hehe
Deletesemoga dipermudahkan segala urusan...bab2 key-in data ni mmg juling biji mata kalau dah banyak...mungkin sistem bari lg mudah..sabaq ye..
ReplyDeletebetul sis, saya sangat berharap sistem baru lebih memudahkan :)
DeleteKERJA APA PUN MMG SUSAH KAN UP TO DATE REDA TENANGKAN HATI JANGAN NANGIS
ReplyDeletebaik kak PI, dah tak nangis dah hehe ;)
Deleteketua tu pun bgtau lah awal-awal... hampeh sungguh...
ReplyDeletesabar lah na, jangan menangis lama-lama ye
hihi ketua tu pun baru tau dari ketua punya ketua punya ketua :P
Deletesemua sebab PKP sebenarnya, wujudlah sistem2 baru yang lebih sesuai untuk bekerja atas talian, tabah je la kami hehe :)
Oh... Syaz ni pensyarah UiTM la ye? Cawangan mana?
ReplyDeleteKolo Pilah uncle ;)
DeleteGuru adalah satu profesion yang mulia. Dan kerjanya tak pernah habis. Dua orang anak saya cikgu, saorang mengajar di UKM dan saorang di UM. saya sangat fahamlah. Saya sentiasa berkata.. Siapalah kita tampa Guru. Cerialah selalu.
ReplyDeleteTerima kasih Pak Idrus atas kata-kata semangat, betul tu, memang terasa benar kerjanya tidak pernah habis, tapi life must go on dan happy happy ;)
Deletebaca tajuk terus nak nyanyi lagu..nak menangis juga dengar kisah tu. aduhaii bertabahlah. Semoga dipermudahkan urusan siapkan segala kerja akak tu. Aamin
ReplyDeleteAMinn..moga dipermudahkan urusan AMN juga ;)
Delete*hulur tisu* . bertabahlah. ini semua Cobaaannnnn... haha
ReplyDelete*sretttt* hembus hingus :P
DeleteSemoga dipermudahkan semua urusan Syaz
ReplyDeleteterima kasih CP! ;)
DeleteOh, sis lecturer UiTM ke? UiTM mana tu? Saya alumni UiTM di sini..hehe
ReplyDeleteHi ALumni! hehe.. negeri sembilan sis ;)
Deletetabah dan bersabar ye syaz..nama pun kerja, nk xnk kena buat walaupun berhuhuhuu selepas itu..shida pn pernah stress smpai amik cuti ^_^
ReplyDeleteitulah, redha dan syukur sebab masih ada kerja ;)
DeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.