Awie


 Harini rasa lemau melampau.
Tak sedap badan.

Cuma rehat rehat je kat rumah, marathon layan video muzik Awie 😂

Dari kecik sampai sekarang memang minat nau dengan Awie ni ha.


Dari dia rambut panjang muda belia lagu Sejati,
rambut pendek Sembilu dan Di Ambang Wati,
Jadi Bob KP dalam baik punya cilok dan filem filem Afdlin Shauki,
Masuk pulak zaman dia jadi Husin karya Mamat Khalid,
Awie berlakon jadi Sani Joned dekat Astro Ceria pun aku layan,
Apatah lagi video video konsert Awie yang ada kat Youtube sampailah Konsert Romantika dengan Erra Fazira February 2020 haritu.
















Memang minat habislah, menarik benar seorang Awie dekat mata seorang Syazni.

Awie je tak minat kat aku

Hahahahahahaha!

Ok lah gais.

Selamat berhujung minggu semua 😊

PS: Adam tanya, "Mak, kenapa Awie ni suka nyanyi jerit jerit?"

😑

Post a Comment

46 Comments

  1. Ingat lagi peristiwa kumpulan dia dan Search kena gam. Hangat berita tidak dapat keluar TV.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..sejarah negara dah jadi cerita tu kan :)

      Delete


  2. Kak limah oiii..tak tengok Akademi Fantasia kerrrr

    Ini semua poyoooooooooooo (Awieee ) XD

    ReplyDelete
  3. zaman remaja dengar lagu awie...
    ada satu lagu saya suka bernafas dlm lumpur..
    tu awie yg nyanyi kan...

    ReplyDelete
  4. suara dia mmg mantap! suka dgr lagu2 dia..dulu and sekarang... hmmm atie suka anak2 buah dia kristal tapi tak kekal lama plak band tu.. hmm... anyway.. get well soon kak syaz :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan, tapi band2 rock memang selalu jadi kes pecah gabung ni hehe..
      Tenkiu atie ;)

      Delete
  5. Suara laki saya kalau karok sebijik mcm awie.. Kalau dia nyanyi lagu ukays ka selalu kata eh apehal awie nyanyi lagu ukays🤣

    ReplyDelete
  6. Erra: abang awie, apa bezanya klcc dgn awak?
    Awie: klcc tinggi, ai pendek
    Erra: salah, teka lagi
    Awie: klcc mahal, ai murah
    Erra: salah, teka lagi
    Awie: tak tahu tak tahu

    Erra: klcc milik orang malaysia, tapi u milik ai.,

    https://www.youtube.com/watch?v=6H57ig2HxQ8

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihi ni antara favorite clip saya tentang awie dan erra, diorang sangat secocok kan, cuma jodoh tak ada (mana tau jodoh diorang akan sampai juga suatu hari nanti 😘😘😘)

      Delete
  7. Me too minat awie...dulu masa jadi PR selalu jumpa asie..cuma zaman tu blom ada hp canggih nak amik gambar macam sekarang...album lama dulu mana ntah..bawah katil kot..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa lagi SA, korek balik album tu tepek kat blog gambarnya. Bestnya, teringin nak jumpa awie jugak.. huhu 😁

      Delete
  8. Suara awie sedap. Suka lagu nur nilam sari dan senja nan merah. Kalo dengan wings, album teori domino tu saya boleh layan dulu, non stop. killer album. TAk payah stop, rewind, dengar je all the way. Hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap suara dia kan, dia tak payah sebut perkataan bermaksud pun, dia baru nyanyi part "ohh.. ohh.. mengapa aku...", baru sebut ooh je dah sedap hahaha

      Delete
  9. Konsert Wings Online hari tu tengok tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat uncle, masa tu balik rumah mertua kalau tak silap.. harap2 ada lagi 😭😭

      Delete
  10. Sama..sisyat pun suka awie n lagu2 dia. Bila dengar je lagu die otomatik mulut ikut nyanyi jugak 😅.
    Biasalah..org lahir tahun 80an mng cmni rasanya 😅

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kann.. dia jerit kita pun ikut jerit sama hahaha

      Betul2, artis fav sebab sezaman. Membesar dengan awie (kelakar pulak ayat ni)

      Delete
  11. nice flashback..sy pun hampir lupa awie pernah kurus lol

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha dia pernah kurus and very handsome 😆

      Delete
  12. Awie ni dari menyanyi, berlakon semua best kan

    ReplyDelete
  13. Awie memang seorang legend...

    ReplyDelete
  14. Ahaha..boleh tahan ye, marathon layan video Awie.. ni mmg die hard fan Awie ni..

    ReplyDelete
  15. Awwwie (sebut gaya awie)..kalau awie minat kat akak tu dah masuk citer lain kak..hihi
    suara awie ni tak pernah berubah. maintain sampai sekarang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makin tua makin sedap suara dia kan hehe, kalau dia minat akak, muka akak masuk urtv la hahahah

      Delete
  16. Nasib baik anak tak dibagi nama Awie. Hehe

    ReplyDelete
  17. sha pernah pergi konsert wings dekat Melaka.. mini konsert rasanya.. Tapi lepas tu insaf.. hahaha.. Punyalah ramai manusia bersesak-sesak..

    ReplyDelete
  18. Wah ni betul2 peminat awie ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha salah seorang dari berjuta peminat awie

      Delete
  19. hahah awie zaman dulu dgn skrg dh lain.. tak kesampaian jodoh dgn erra. erra pun baru nikah semalam

    ReplyDelete
  20. jarang Awie nyanyi lagu di penjara janji secara live,selama ni aku cukup meragui kebolehan vokal dia utk lagu tu, tapi hari tu nampak kat RTM dia nyanyi utk program XKRISTAL tu, memang padu amat, part korus dia tapau,,boek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa sebab dia dah banyak kali tewas dengan lagu tu, banyak video dia nyanyi tak lepas kan lagu tu haha! Jadi dia pun dah practice sungguh2 masa persembahan tu 😁

      Delete
  21. shida pun suka juga awie tp xminat mendalam mcm syaz..biasae2 je..shida sndri xtahu nk minat sape..sbb ape..tau dah xde org minat kite pn hahahaaa ^_^

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.