Melaram Tudung Omak

 Salam Jumaat gais.

Sesungguhnya aku dah tepu sangat duduk rumah ni.

Tak keruan dah.

Huhu..


Jadi dalam ketepuan tu adalah juga teringin beli tudung baru, maka bershopee lah kitew.

Beli dua helai, alhamdulillah kain best gila, cantik pulak tu!

Nak pakai je yang entah bila..sobs

Jadi, aku acu lah sehelai kat kepala.
Dah si kecik ni nampak, dia pun nak jugak.
Dia suruh pakaikan yang sehelai lagi kat kepala dia.

Layan kan ajelah..haha




Sampai ke harini, dia kata ni tudung ayu.
Ah sudah.
Suka hati kamu je tukar hak pemilikan tudung tu pada namu kamu ye!

Ayu...ayu..

Oh ya, pada yang berminat untuk beli mini novel pertama aku, boleh je nak order hehe..
Order dibuka sepanjang tahun, penerbit akan cetak bila ada order, dan terus pos berdesup ke rumah anda bila order masuk 😊




Dan ada yang tanya, ada isbn tak?

Ada..
Isbn: 978-967-18756-1-2

Terima kasih pada yang support, aku akan terus cuba membaiki gaya penulisan.
Terima kasih kerana sudi baca karya penulis amatur ini 😊


Post a Comment

52 Comments

  1. comey ayu melaram tudung baru mamanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha memang suka nak pakai, apa yang saya pakai

      Delete
  2. Comel pakai tudung tu.. hehe.. Tahniahhhh. ada bukuuuu.. nice betul jim. Wowwwwwe

    ReplyDelete
  3. cantiknya cik mek molek bila bertudung! dah abis baca novel tu. Boleh buat drama jam 7 tu. mana tahu lps ni jd penulis skrip plak? Tahniah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe saya minnkan dulu, tenkiu abamkie sebab sudi baca :D

      Delete
  4. Cantik tudung tu, nampak lembut jew warna pastel dia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kain dia pun senang bentuk, tak panas dan murah kikiki

      Delete
  5. Ayu yang ayu(cantik dalam bahasa jawa)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi kembanglah ayu bila baca komen ni bila dia besar nanti

      Delete
  6. Huk aloh comelnyaaa dia... hehehe..

    ReplyDelete
  7. pasni bole cube baju omak ngan mekap omak pulak yer dek...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebenarnya make up omak tu memang hari2 dia kerjakan hahahah

      Delete
  8. Comelnya model kecik mengayakan tudung.
    Betul lah musim pkp ni walau ada pakaian /tudung baru pun tak de ke mana boleh pergi sangat pun.

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah, yang lama pun dah memanggil2 dah dari dalam laci tu hahaha

      Delete
  9. ala, kak syaz boleh pakai time online class :) hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha aah kan, tapi kadang mlas nak on video haha

      Delete
    2. time tu la nak on video, nak tunjuk make up and tudung baru :)

      Delete
  10. Wah.... Comel budak tecik tu... Cubit pipi cikit boleh.... Hihihi

    ReplyDelete
  11. Sesuai pula tudung itu dengan baju Ayu. Hehe terus jadi hakmilik budak kecil itu.

    ReplyDelete
  12. ahh sudah jadi milik ayu terus. Ayunya ayu bertudung omak eh.
    Semoga novel akak terlaris dipasaran.. Aaminnn

    ReplyDelete
  13. comel di kecik tu siap bergaya.. mummy blh dah
    mula carikan tudung2 kanak tu..

    ReplyDelete
  14. comel ayu..cantik tudungnya..takpe, buat koleksi dulu, nanti boleh melaram gi school..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe tu la, ada gak rasa geram nak shopping lagi ni ha

      Delete
  15. Anak pempuan mmg cmtu.. suka apa yg mak pakai... tp bila dh besar sikit dia akn tkr ikut taste sendiri dh... hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. nervous juga nak tau taste dia, macam manalah agaknya haha

      Delete
  16. tentulah dapat kepuasan bila bershopee . sambil2 release stress.. mama sokong

    ReplyDelete
  17. Ala comelnya.. Tinggal tak de spek je lagi.Kalau ada spek dah sama macam cikgu bedah.hahah

    ReplyDelete
  18. Halah.. halah.. comelnya Ayu dengan tudung baru.. hehehe..

    ReplyDelete
  19. Comel AYu..dgn gaya tudung dia gitu heheee ^_^

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.