Monday, December 21, 2020

Raikan Hari Lahir Mak ke 60 dengan BR!

 Esok, 22 Disember adalah birthday mak aku yang ke 60!

Alhamdulillah..

Tapi tak dapat nak raikan bersama-sama, jadi masa balik Kuantan sabtu lepas, terus je sambut.

Kebetulan adik aku Nana memang dah menetap kat Kuantan juga lepas dia kahwin bulan 8 hari tu.

Adik lelaki je yang tak ada.

Tak apa, ada rezeki nanti kita kumpul makan sama-sama!

|ENTRY INI PENUH GAMBAR|

Jujur cakap, kami 1 family tak pernah merasa ice cream cake Baskin Robbins sepanjang hayat kami.
Tak pernah!

Aiskrim dia pernah lah makan, dalam cup kecik tu kan.

Jadi aku fikir, memandangkan mak dah masuk Golden Series ni, why not kita semua rasa dan dapat pengalaman makan Kek Aiskrim Baskin Robbins.

At least, mak dan abah dapat pengalaman tu 😀

Jadi, pagi-pagi lagi dah deal dengan nana, suruh dia dengan Hafis pergi beli, buat surprise sikit hehe!


Masa sampai, masing-masing teruja tengok kotak polisterin dia cantik, dia lekat dengan pelekat ada gambar Spongebob dan kawan-kawan.


Dalam kotak tu dia ada letak ais kering.
Ada bagi lilin jugak, siap dengan kaki lilin tu lagi hahaha

Apa lagi, kita minta birthday girl la yang bukak sendiri kotak kek dia kan hehehe


Ayu beria nak pakai eyeshadow, mak layankan je lah ahaha




Tu ais kering dia tu.
Siap ada peringatan yang ais kering tu bahaya, kena buang betul-betul.


Masa ni, stok yang ada dekat Mega Mall Kuantan tu tak banyak nana kata, jadi aku suruh dia ambil yang Scoop-It.

Nak yang cute kononnya.
Bolehlah, cuta la kan ada ais krim tergolek atas tu?
Ahaha!


Abaikan laki aku yang dah tergolek kat ruang tamu tu 😜
Dia ada bagi pemegang, jadi senang nak tarik kek tu keluar.







Seperti biasa, adik ayu memang terlebih prihatin la kan,
sibuk je dia hahaha!

Gambar dengan boyfriend dia wajib lah ada kan hihik!


Masa ni tak perasan yang kotak tu dah terpusing, jadi muka Squidword pulak yang menghadap kamera.





Tak kisahlah, asalkan happy hihi!

Lepas tu, pakat bergambar dengan nenek ikut kluster pulak!

Mula-mula, kluster cucu esah!








Settle kluster cucu esah, cluster anak perempuan esah pulak!





Seterusnya, kluster menantu lelaki esah!




Menantu lelaki mak dua-dua orang pantai timur, sorang Kelantan, sorang Pahang.

😁

Seterusnya kluster famili anak sulung!



Dua keping je yang jadi, yang lain semua bergegar-gegar sebab memasing bergeraklah, gelaklah hahaha

Seterusnya, kluster keluarga anak bongsu + ayu penyibuk!







Anak menantu mak abah memang sihat-sihat belaka ahahaha!




Cucu pakat nyanyi dekat nenek diorang.
Masing-masing memang dah aim je kek aiskrim tu ha!


Ayu merajuk konon sebab nenek peluk amir masa ni hahaha




Ingat eloklah tu agaknya perangai dia tu!


Zoom in Ice Cream Cake Baskin Robbins Scoop-It.

Disebabkan kami noobies, ini first time kami enjoy makan kek ni, tak sempat ambik gambar lepas kek tu dah potong haha!

Bagi sesiapa yang dah biasa, mungkin dah tau, tapi janganlah judge kami..
Kami sekadar berkongsi cerita untuk bacaan anak-anak suatu hari nanti hehe..

Bila potong, memang kek ni 100% aiskrim, takde kek pun.
Dia bentukkan aiskrim jadi kek.

Yang belah dalam, perisa coffee, ada kacang-kacang sikit, yang atas tu mint.

Seronok makan aiskrim ramai-ramai.
Paling best bila tengok mak happy, anak cucu duduk kumpul makan borak ramai-ramai kat ruang tamu.
💖

Itulah saja cerita tentang harijadi mak aku yang ke 60, dan pengalaman pertama kami semua makan Ice Cream Cake Baskin Robbins tu hehe..

Tak apalah, berkongsi rezeki sekali sekala 😘

Ok cuba teka, siapa yang dapat cone yang atas kek tu?

And nope, ini bukan paid review.

30 comments:

  1. pernah sekali, eh dua kali makan kek BR ni. Masa sambutan birthday cousin2. memang 100% aiskrim! Sedap!!!

    btw, Cik TK asyik dok menengok spongebob, squidward dan patrick tuu.. comel!

    dan selamat hari jadi kepada mak kak Syaz ya!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih 😘
      Comel kan kotak dia hahaha

      Delete
  2. Selamat Hari Lahir buat mak sis. Seronok betul dapat celebrate ramai-ramai. Meriah :)

    ReplyDelete
  3. PC pernah makan BR ni sekali betul. Itu pun sebab ada sambutan hari lahir rakan sekerja dulu..masa zaman masih bekerja. Bos unit kawan PC belanja. PC yang unit lain ni dapatlah rasa sesudu dua.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe lama dah ya? Kenangan buat PC tu 😉

      Delete
  4. Selamat hari lahir untuk Mak Syaz..comel gambar Spongebob & friends...seronok berkumpul ramai-ramai..

    ikut cluster..hehehe..

    ReplyDelete
  5. Replies
    1. Hihi mak saya pencen awal haritu wak,dah sediakala pesara kerajaan dah 😆

      Delete
  6. Alhamdulillah. selamat hari lahir untuk mak akak. semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan, dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan dan diberikan kesihatan yang baik oleh Allah SWT. AAminnn..
    meriah sambutannya..cucu cucu semua tak sabar nak makan kek. Kek BR ni cara saya scoop je. nak potong pun tak rupa kek dah. hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih fiza atas doanya ❤️❤️😘
      Betul2, memula potong, lepas tu memang tak ada rupa dah, last2 adik akak scoop2 kan je masuk piring masing2 😂

      Delete
  7. hepi bestday buat mak syaz....bestnya kek aiskrim tu..:)

    ReplyDelete
  8. dap2 ..kek BR. pernah makan, tapi x gemar sgt sbb cepat cair. kena makan cepat2.
    cone tu..mesti la Ayu kan...?
    happy birthday to ur mom, semoga sentiasa dirahmati Allah...

    ReplyDelete
  9. Happy Birthday Aunty Sweet 60.
    Mak Kak pun first time adik belikan cake BR ni awal bulan ni untuk birthday.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe happy belated birthday untuk mak akak juga ya 😉

      Delete
  10. Happy birthday Aunty, moga always sihat .....

    ReplyDelete
  11. khamis ni birthday mama ammi pulak... tgklah balik somban kang barulah cari kek

    ReplyDelete
    Replies
    1. Happy birthday in advance for your mom sis ammi 😊

      Delete
  12. ciksun pun tak pernah makan kek aiskrim BR ni..makan aiskrim dia pernah la tu pun last makan entah tahun bila ek? hahahaha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi samalah, jarang sangat makan baskin robbins ni, sayang duit huhuk

      Delete
  13. sha pun tak pernah cuba kek BR ini.. teringin juga tapi jauh sangat.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hihihi saya pun excited terlebih sebab pertama kali cuba 😆

      Delete
  14. Shida pun rasanya pernah makan sekali je kek BR ni..sedap!
    sebab bila befday kdg2 selalu mkn kek biasa pun jemu kan..
    pastu xhabis haha order smpai 3 4 kg punya saiz ^_^

    Selamat HAri Lahir mak syaz!
    eeee ayu tu sibuk jeee ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia memang nyibuk je kat mana2 hahaha

      Tu la, selalu kek biasa, mesti tak habis, kena simpan dalam peti hehe, yang ini sekali harung je selesai

      Delete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot

Ads