Masa Mula-Mula Kahwin Dulu | Throwback Thursday

 Kalau tak silap, masa ni masih duduk di rumah sewa yang kedua.


Dulu masa awal-awal kahwin, aku sempat duduk flat yang zaimi sewa masa dia duduk sorang-sorang kat Pilah dalam 2 minggu je.

Lepas tu, kitorang teringin nak menetap kat Senawang.

Jadi cari punya cari, jumpalah satu rumah 2 tingkat di Taman Matahari Indah.

Apa lagi, terus booked!

Memang masa tu, perabot 1 hapa pun tak ada.

Kitorang beli TV dengan peti ais je.

Mesin basuh pulak zaimi memang dah beli dari dia duduk flat tu lagi.


Tapi nak katanya, sebab baru berdua kan. 

Dengan tak ada perabot bagai, rumah tu terasa sangat-sangat kosong dan sunyi weh..

Jadi mak pun bagilah kucing sekor, Memey nama dia.


Tapi, lama-lama kami pindah pulak ke rumah setingkat je, selang 2 lorong.

Kebetulan kawan kami yang asal menyewa dekat situ nak sambung belajar ke Australia.

Kami pun kenen-kenen, dapat rumah tu hehe..

Selain kosong, rumah dua tingkat ni, berjiran dengan 1 family yang anak lelaki dia kaki motor.

Hari-hari bawak kawan dan motor banyak-banyak, duk godek godek motor.

Malam-malam pun press motor weh..aduuhh..

Paling stress, bunyi kting kting dia campak spana ke lantai, terjaga-jaga dari tidur dibuatnya.

Memang jiran dari neraka la diorang tu huhuk..

Si memey tu sampai trauma, dia sampai sekarang takut kalau dengar bunyi motor, dia macam nak lari menyorok tak tentu arah.

Agaknya masa dia duduk sendirian kat rumah masa kami pergi kerja, diorang press motor, rumah pulak lengang berdengung tak ada perabot karpet semua, bergema rumah tu menyeksa dia.


Tapi sekarang memey dah tak duduk dengan aku dah, sejak mengandung sulung, aku malas nak komited jaga haiwan. Jadi aku bagi mak balik..hehe..

Kenangan zaman gonjeng waktu awal kahwin dulu, manis-manis pahit gittew..

Eheh!

++++++

Siapa terlepas cerpen latest, boleh klik gambar di bawah 😄



Post a Comment

38 Comments

  1. apa ceta memey skrg? kucing pun boleh trauma apatah lg manusia.. hehehe... member jiran dr neraka betul lah tu... nasib x bergaduh jek

    ReplyDelete
    Replies
    1. memey sihat lagi alhamdulillah, duduk kuanta dia sekarang hehehe

      Delete
  2. kenangan kan, pasti akan terus diingati ^_^

    ReplyDelete
  3. Kenangan lama mengusik jiwa. Ada pahit pahit manis okay lah tu. Tak best betul dapat jiran macam tu. Tak tenang nak tidur. Dah lah tidur tu adalah time rehat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul, itu kira pengalaman berjiran paling ngeri pernah dihadapi uhuhu

      Delete
  4. susah2 dulu org tatau kan... now skrg nampak senang org ckp wahh senanggggg dia tu eh.. hahaha ok habis merepek dah

    ReplyDelete
  5. seronok kan bila ingat balik kenangan susah senang masa baru2 kawen.. hehe.. baru nak bina hidup dgn pasangan

    ReplyDelete
  6. Sama la kita.. Memang tak tahan kalau 24jam dok preng preng motor ni. Sekali sekala takpe lagi

    ReplyDelete
  7. Akk pulak masa mula kawen duk nyewa bilik jr, pastu sewa flat, pastu sewa teres, sampailah akhirnya suami dpt beli rumah sendiri, walaupun sederhana je, tulah syurga kami, jiran2 pun baik.
    Kalo dpt jiran dari neraka tu yg sakit jiwa dibuatnya kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yang penting sama2 menghadapinya kan kak azimah. betul tu, stresssss

      Delete
  8. Wah jaman tu dah ada tv leper ek.
    Wak baru2 kahwin dulu tak mampu lagi beli tv
    Dengar radio aje.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe tv penting dalam hidup saya wak. Agaknya dari baby nenek saya dah sua tv kat muka ahahah

      Delete
  9. baru kahwin tinggal di mana saja dgn suami ok ja kan syaz

    ReplyDelete
  10. cabaran hidup dengan jiran2 cemtu.. macam2 ragam kan.. sabar jela. mana2 mesti ada jiran yang sorang dua terpeleot. kalau saya.. jiran sebelah suka parking di ruang rumah saya. x faham betul.. common sense tarak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu satu hal lagi boleh buat hati membara..huhu..dia takkan tak terfikir kita tak suka kan..haih

      Delete
  11. ada jugak kenangan kucing dan pindah2 rumah ni..antara yang paling kita sayang, 'arwah' Mulan..dia dari kita bujang, sampai da kaweh, dari Johor pindah KL, pindah Kedah, then ikut pindah Johor balik...tapi da takde da dia..masa raya, kita balik Sarawak, jiran cakap dia kena langgar...sedih gila masa tu..huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. noooooo ending sedih ni! *nangis*
      kucing ni ibarat famili kan, bila dia mati tu, memang rasa hilang sangat2..

      Delete
  12. so far tak pernah lg dpt jiran dari neraka. alhamdulillah

    ReplyDelete
  13. Whoaa. lme jaga tuuu. huhu..

    ReplyDelete
  14. memang mengganggu bila ada yang suka preess dan baik pulih motor.. kami dulu pun lalui juga.. tapi agaknya ada yang tegur, sekarang dah tak buat dah..

    ReplyDelete
  15. Jiran dari neraka sungguh laaa hehehe. Dulu pon pernah la dapat jiran laguni. KakYa pon gelar jiran dari neraka jugak ..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe term general untuk menerangkan betapa seksa berjiran dengan dia 😁

      Delete
  16. wak dulu baru kawen bini wak (yg itu) kanna tingal 3 bulan o/s Singapore, 6 bulan o/s Jepun.. balik2 trus bersalin anak sulong wak tuhh.. hehehe

    ReplyDelete
  17. biasala syaz..shida mula2 kawen pun mmg rumah kosong je..dah myewa rumah besar..rasa lain bila kosong hahahaa ^_^

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.