Mak sent gambar ni beberapa hari lepas.
Mak kata, gambar ni masih dia simpan dalam purse dia.
Hahaha
Adeh, kalau tak silap gambar ni masa darjah 1.
Ke darjah berapa entah pun tak pasti.
Yang pasti dalam lingkungan 1993-1996.
Sebab aku masih sekolah di SK Bukit Bandaraya.
Masa ni kan, aku kawan dengan Sharifah Amani tau.
Kira geng semeja.
Hahaha
Tapi masa tu aku tak tau dia anak orang terkenal.
Kakak dia Leya pun ada kat sekolah tu, dia pengawas.
Sampailah satu hari, amani cerita, dia pergi berlakon.
Aku macam 50-50 nak percaya ke tak.
Sampailah satu hari aku tengok cerita Selubung kot, dia dengan Leya berlakon jadi anak orang arab kot.
Baru lah aku percaya 😂
Lepas aku pindah sekolah, memang tak contact dah dia.
Ye lah budak kecik masam macam aku tu manalah reti nak ambik no telefon kenapa sangat.
Sekarang aku tak rasa lah dia ingat kat aku ni dah.
Ok berbalik pada gambar.
Sumpah, aku mati-mati ingat muka aku 'biasa' masa tokey tu snap gambar ni.
Duk bayang muka aku macam yang aku selalu pandang kat cermin la kan.
Rupanya...hampeh.
Yang hairan tu, mak tak tegur, tokey tu pun tak suruh aku senyum ke apa ke.
Maka jadi lah gambar berwajah masam tu.
Aduh segan bila fikir gambar ni tampal kat semua borang rekod kat sekolah 😂
15 Comments
hahahahah comel apa, teringat zaman kecik akak pun gambar lebih kurang gini
ReplyDeletewahhhh kawan artis ye dia zaman dulu-dulu, kalau tahu sampai sekrang jadi kwn kan hehehe
comel laaa walaupun masam.. tapi kita rasa Sy Amani mesti ingat kat awak
ReplyDeletecomel..hehe..BBNU..
ReplyDeleteTeringat sis bergambar pakai pinafore macam tu lah.
ReplyDeletehehehe... comel...
ReplyDeleteAlalalala....!
ReplyDelete(Uncle suka budak sekolah pakai pinafore!)
boleh ah...mintak job ngan sh amani hahaha..buat kabel
ReplyDeleteHahahaa..aduihhh maaf kan shida tergelak skejap..
ReplyDeletebaca ayat "Ye lah budak kecik masam macam aku tu manalah reti nak ambik no telefon kenapa sangat."
adoooi laaaa syaz!
Mengimbau nostalgia lalu jika melihat gambar² lama.. 😃
ReplyDeletechomel jeew.. yg oenring dh berjaya bagi cucu2 kat emak tuuh..
ReplyDeleteps. mak masih simpan gmnr syaz sorg je dlm pursd? anak tunggal ke nih? hehehe
halah halah... knp sendu jer muka ni syaz?? chubby sungguh ye... x sangka syaz pakai pinafore g sekolah... jarang tgk org kt semenanjung pakai pinafore
ReplyDeletetu la zaman dulu pic snap sekali saja. nasib la kalau time tu masam mencuka. Oh! Dulu tembam ye masa kecik2?
ReplyDeleteWah... Kawan retis. Teringat anak sedara tengok gambar saya masa sekolah rendah pastu dia tanya nape x pakai tudung. Haha. 90an tu biasa je pakai skirt g sekolah
ReplyDeletewow class mate ! tapi tul la kan, zaman2 dulu mana kita nak keep contact... habis kuat mampu minta alamat nak hantar kad raya jer hehe
ReplyDeleteComel apa masa zaman sekolah ni. Ada gak kenangan. Wahh sekelas dengan artis rupanya. Mungkin ingat lagi tu kalau sebut kenangan zaman sekolah :)
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)