Monday, March 1, 2021

Last Seen October 2020

Harini masuk office, sebab ada mesyuarat pasca peperiksaan.
Memang lama sangat dah WFH, jadi masuk office harini rasa janggal.


Aircond tak berapa nak sejuk.
Bilik memang berhabuk semacam lah.
Labah-labah kecik pun lalu lalang 2 3 ekor atas meja.

Tengok kalendar atas meja, abandoned pada bulan Oktober 2020.
Memang lepas tu tak ada masuk office dah sampailah hari ni haa.

Kiranya selain cuti bersalin, PKP juga adalah penyebab office aku ni ditinggalkan lama tak berbuka, tak berpenghuni.

Siap aku skodeng bawah meja, kot ada labah-labah besar dah bersarang hahaha!

Sebab ada sekali dulu, masa tengah jaga exam.
Tiba-tiba ada budak jerit.
Ingatkan kenapa, rupanya tiba-tiba ada labah-labah sebesar pinggan dah landing baik atas riba dia.
Rupanya labah-labah tu selama ni lepak dalam lubang meja yang kebetulan budak tu duduk masa exam tu.

Aku memang terkejut gila, ikut hati nak lari keluar hahaha!

Nasib baik masih mampu rationale sebagai ketua pengawas dekat bilik kuliah tu.

Kebetulan ada polis bantuan kat luar, aku panggil dia masuk dan tolong apa patut.

Tapi boleh nampak pakcik tu pun macam geli, dia ambil tong sampah yang ada dekat tepi pintu, dia hentak je labah-labah tu yang tengah berlari dengan 8 kaki dia tanpa hala tuju.

Budak-budak lain pun boleh nampak dah cemas memasing masa tu hahaha!

Maka tamatlah riwayat labah-labah besar tu.
Siap pakcik polis tu lempar mayat bangkai labah-labah besar tu sejauh mungkin ikut tingkap.

Sadiskan?
Kau bangun tidur mamai-mamai, jatuh atas ribaan seorang gadis sunti.
Ditolak sampai jatuh atas lantai, kena hempap dan henyak sampai mati, lepas tu dilempar ke bawah dari tingkat enam.

Ok jauh sangat dah cerita aku ni, jauh betul aku flashback.
Hahaha

Selamat bekerja pada yang bekerja ya ๐Ÿ˜

PS: Pada top commentator yang bertuah di last entry, yang belum contact saya boleh contact ya.
Tapi kalau taknak pun takpa.
Terima kasih sekali lagi atas kunjungan selalu ๐Ÿ˜„ 

24 comments:

  1. Selamat bekerja ๐Ÿฅฐ

    ReplyDelete
  2. jd ketua pengawas kena cool..hehe..selamat kembali ke pejabat..

    ReplyDelete
  3. Sadis sungguh bila membayangkan jadi labah2 yang mamai tu..haha

    ReplyDelete
  4. Labah-labah besar pinggan? Isshhh...issshhh...seramnya!

    ReplyDelete
  5. Selamat bekerja.. Lepas ni dah start kelas fizikal ke

    ReplyDelete
  6. besar labah2 mungkin sesungutnya beracun tu

    ReplyDelete
  7. alamakkk labah2 ke????
    lama gak ako tglkan opis sejak bln 3 2020... erkk dsh sethn rupa nya x msk opis!!
    aissh tapi nasib baik dgr citer makcik cleaner slalu je tlg lap2 kat opis ako... alhamdulilah.. cuma ada aritu member call kbtulan dia dtg opis, kasut baju sweater semua dah berkulat... ermmm nampak gaya mmg kena dtg ois gak kemas brg2 mana yg kena buang dah tu....

    ReplyDelete
  8. waduhhhh last bulan 10, nasib la siang je dekat opis kan kalau malam... mau ada yang meneman heheheh.. maklum dia dah jadi penghuni bilik tu sejak 4 bulan lepas heheheh...

    ngeri jugak baca kes labah-labah gergasi tu

    ReplyDelete
  9. Boleh pula bayangkan labah-labah tu sebagai orang. Hahaha :)

    ReplyDelete
  10. Selamat kembali bertugas seperti sediakala ya Syaz.

    ReplyDelete
  11. omggg!!!! nasib labah2 .. klu lipas ka kumbang ka, aduhh sakit juga otak nakkkk setelkan

    ReplyDelete
  12. saya masa pkp tahun lepas tu cume 2-3 kali jer terpaksa ke pejabat. salah satu dr nye kerana paip kat atas siling pejabat bocor, habis banjir dalam opis.. satu keje nak kene mengemas..

    ReplyDelete
  13. Lama tu tak jengah office. Mujur labah labah kecil melintas. kalau yang besar masa exam tu, mahu lagi sadis ceritanya.

    Kak Syaz, hadiah dah sampai. Alhamdulillah...Terima kasih kak Syaz :)

    ReplyDelete
  14. labah2 sebesar pinggan??? kalau ammi mau ammi dah takleh nak jawab peksa dah tu hahahha gigil takleh nak tulis

    ReplyDelete
  15. Kalau kena gigit labah2 ni ada peluang jadi spiderwoman!

    ReplyDelete
  16. kalau saya semasa masih bekerja dulu, hari pertama kerja selep[as cuti panjang... take sometime juga nak sesuaikan diri. Tambahan pula hendaknya ada benda benda baru berlaku dalam kerja.

    ReplyDelete
  17. Seram. Nasib baik bukan penunggu.

    ReplyDelete
  18. besar gila labah-labah tu tapi kesian betul nasib hidup dia hahaha

    ReplyDelete
  19. nasib baik jalan ke opis ingat lagi hahahah #gurau
    labah2 apa besar sgt tu? sy try imagine saiznya ;-)

    ReplyDelete
  20. Takziah kepada si labah labah.. Lorh.. hahaa.. Ehh.. sy dh bg details rituu. hehe.. sedang menanti hadiahhh jugak ni.. hoho

    ReplyDelete
  21. 8 Mac shida pulak masuk keje..yeay!!!!

    ReplyDelete
  22. kan...
    cuma cuti pkp ni kita sihat.
    tak mcm bersalin, bulan pertama kena jaga2 :)
    baki 2 bulan baru la sihat.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot