Mangsa pencemaran bau tumpahan bahan kimia Senawang

 




Ya kamilah antara mangsa.
Rumah sebelah tu je.
🥺


Ya kami mangsa pencemaran bau bahan kimia bocor di kilang plastik Senawang semalam.

Huru-hara kami lari, balik semula lepas 5jam berkurung dalam kereta di area mydin.  jiran kata dah kurang, tapi malam tadi masih kuat bau. Mungkin yang lekat dalam rumah.

Lari lagi.

Check in hotel pukul 12 tengah malam.

Tengahari ni balik semula, bau masih ada dalam rumah. Luar rumah dah tak ada bau. 

Jadi anginkan rumah dalam kepala pening-pening lagi laki bini.

Doakan kami.



Nasib baik anak-anak ok je.
Cuma batuk-batuk masa dekat rumah.
Duduk hotel walau tak sampai 12jam, happy je dapat mandi bath tub.


Updated: Ada yang tanya bau dia macam mana.

Bau dia macam petai+ petrol + berak + hamis + masam + payau.

Effect pada kami, mual, pening, sesak nafas, pedih mata, kabur mata, jantung laju.

Post a Comment

13 Comments

  1. Sekali berpengalaman begini. Masa tu saya kecil lagi. Gas beracun dari kilang. Kilang tu dalam 6,7 kilometer dari rumah, tapi bomba sudah beredar ke tempat yang selamat..ingat lagi, dulu naik motor, Abang saya bawak, 3 orang naik motor tanpa helmet, jauh juga ke tempat tuju yang selamat.

    ReplyDelete
  2. Bahaya pencemaran kimia ni. Nasib baik sempat keluar rumah.

    ReplyDelete
  3. Allahu, akibat pencemaran ni habis satu taman jadi mangsa. Moga semua yang terlibat baik baik je. Aaminn...

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya baik baik aje dan dapata selesai dengan cepat

    ReplyDelete
  5. Syafakillah Syaz... semoga baik-baik aje ya... dulu masa dok selalu masuk production line pun dah rasa sesak nafas kalau dok hidu chemical berterusan... kalau rasa tak sedap badan terus pergi check-up ya Syaz...

    ReplyDelete
  6. semoga tak ada apa yang serius.

    ReplyDelete
  7. moga syaz n fmili selamat semuanya hati2 dgn situasi

    ReplyDelete
  8. Hati2 ye...stay safe sekeluarga!

    ReplyDelete
  9. Dapat tahu pasal ni dari whatsapp kawan-kawan.
    Ramai yang muntah-muntah pening kepala masa tu.
    Ya Allah kesiannya.

    ReplyDelete
  10. kalau dah bau macam tu mmg bole pening dan pusing bijik mata, silap2 bole pengsan. seminit dua pon takkan tahan. Syukur lah bermalam di hotel, takur juga kalau effect apa2 kalau terlalu lama menyedut udara tercemar tuh

    ReplyDelete
  11. Aduhai..kesiannya..kalau shida mesti dah pening fensan aper @_@

    ReplyDelete
  12. Allah.. Semoga baik-baik sahaja ye Syaz..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.