Minggu bila punya kerja entah, aku pun dah lupa.
Tapi masa ni adam ada kerja seni yang dia kena melukis.
Teknik basah atas kering namanya.
Adam memang tak berapa minat mewarna ni.
Lebih-lebih lagi kena guna cat air pulak.
Lagilah dia berat je nak buat.
Maka terpaksalah aku teman dia duduk dan buat sekali sama-sama dengan dia.
Barulah dia nak buat.
Tema lukisan yang dia kena buat adalah Pergi Melawat Taman Rama-Rama kot.
Jadi cikgu dia adalah bagi video contoh apa dia kena lukis dan macam mana dia kena warna tu.
Ha marilah..
Untuk teknik cat basah atas kering, KLIK post ini.
Yang omak ni pun, tangan tidak berseni mana bab-bab melukis ni.
Boleh tahan kayu jugak la tangan hahaha
Hentam je lah labu!
Mula-mula suruh adam warnakan background dulu.
Lepas dah kering, baru warnakan dia punya rama-rama dengan bunga.
Setelah sejam lebih, akhirnya siaplah lukisan dengan teknik basah atas keringnya.
Kira bolehlah tu kan?
Asal nampak rupa rama-rama, bunga, matahari dengan rumput tu.
Muka letih melukis dan mewarna dalam keterpaksaan.
Bila tanya dia, "adam gembira tak buat kerja seni?"
"Tak".
Jujur ha jawapan... adesss
Yang bawah ni pulak lukisan aku.
Lagi horror dari adam punya kan?
Kah kah kah
Jangan gelak tau.
Kalau gelak pun sorok-sorok ye ahahah
+++
Untuk teknik cat basah atas kering, KLIK post ini.
17 Comments
Wow....rama- rama tu ada kaki ye...hehehe...bagus abg...pandaiii...cantik je tu...
ReplyDeleteNampaknya Adam sama dengan maknya, hihi
ReplyDeleteBetul betul jujur jawapan Adam tu. Mujurlah dia nak juga buat omak ada teman.
ReplyDeletehihi gelak kena sorok² eh
Nice lukisan tu
ReplyDeleteOkay lah. Kira berseni jugak lah tu. Syu suka teknik basah atas basah😁.Rindunya nak main warna-warna macam ni.
ReplyDeletemungkin sbb kena lukis bunga kot. kalau kereta mungkin adam happy kot��
ReplyDeletesambil ajar anak kita pun belajar sekali kan.. dan kadang2 jd tarzan sekali.. okay je dua2 lukisan comel
ReplyDeleteMuka dia memang letih! hahaha
ReplyDeleteHasil yang memukau!
Jujur ni Shaz, lukisan Adam lagi lawa hahaha... :P
ReplyDeleteBut honestly, skrg anak2 belajar macam-macam teknik dlm subjek seni kan. Pening kepala jugalah nak bantu kengkadang tu :(
ok la tuuu..ada identiti sendiri..hihihihi
ReplyDeleteLama tak main seni seni ni.. best tuuu.. rindu nak main warna macam ni
ReplyDeleteKalau akak suka mewarna. Tapi dah lama tinggal.dulu pantang nampak dinding kosong je mula la macam2 nak dilukis.
ReplyDeleteAda orang lahir2 je dah ada minat tu dalam diri.a ada yang memang awal2 tak minat,. Jangan la dipaksa. tak jadi punya..hahahh
hehehe
ReplyDeleteadam minat bersukan kut
macam Hans memang tak minat lukis mewarna
tak pernah dapat A subjek nih dari sekolah rendah..hahahaha
tak gelak syaz! tepuk dahi jer hahahaaa ^_^
ReplyDeleteOklah tu.. Dah besar-besar nanti cantiklah lukisannya tu.
ReplyDeleteok la tu.. cantik je.. mama pun bukan pandai juga melukis tapi minat tu ada la
ReplyDeletehaha, jujur betul adam. nmpk sgt dia x minat seni. hehe.
ReplyDeletesama la kita.
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.