Kedai Emas Kuala Pilah Yang Ada Jual Beli Online

 


Dekat post aku tentang Charms dan Rantai Tangan Kanak-Kanak hari tu, aku ada cerita yang aku selalu cuci mata tengok barang kemas dekat channel telegram kedai emas. Ada yang tanya, channel telegram tu apa link nya? Sebab nak join cuci mata, dan mungkin juga cuci beg duit?
Ahaha!
Personally, aku memang sekadar mencuci mata, tapi ramai je yang dah pernah berurusan beli emas dari kedai dia. Selain boleh pos, boleh juga pergi ke kedai tu sekadar pick up barang yang dah dibayar awal-awal secara online. Sebab kalau walk in, kedai emas dekat Kuala Pilah ni kebanyakannya memang penuh orang beratur panjang di luar kedai tau. Sebab of course beli emas secara face to face ni lagi feel lah kan. Tapi, ada juga pilihan untuk beli emas tu secara online dah sekarang.

Untuk kedai emas di Kuala Pilah yang ada channel telegram untuk tengok koleksi emas yang dia ada dan sekaligus buat pembelian, aku subscribe channel Kedai Emas Nur Jannah Kuala Pilah, boleh klik untuk ke channel tu.



Setakat ni, aku mampu lagi mengawal nafsu.
Hahahah!

Sekadar mencuci mata buat hilang stress, dan ambil tahu tentang nama design emas yang terkini. Oh dan yang bagus tentang kedai emas ni, satu pastinya sebab dia di Kuala Pilah. Emas Kuala Pilah memang murah dari tempat lain dalam Malaysia ni, sebab tu lah orang sentiasa penuh dan ramai di kedai-kedai emas Kuala Pilah ni. Kedua, channel dia juga akan selalu update harga emas semasa.


Cuma untuk beli online ni, memang kena betul-betul pastikan yang kita berurusan dengan staf dia. Kadang ada scammer yang menyamar jadi staf tu, dan dia akan suruh transfer ke akaun peribadi dia. Kena hati-hati la. Sebab kalau staf kedai emas tu, semestinya dia akan minta kita transfer duit pada akaun kedai emas tu.

Kedai emas Nur Jannah ni aku tak pernah beli lagi, tapi kawan aku ramai je yang beli secara online dan pick up. Kalau kedai emas yang aku pernah beli emasnya secara online adalah kedai emas CT Gold, kedai tu lokasinya dekat Tampin. Masa PKP punya pasal lah ni, entah kena serang angin apa entah, terasa nak beli rantai tangan baru sangat sangat sangat! Tanya kawan, dia recommend kedai emas kawan dia. Kedai tu ada jual secara online jugak. Maka terbeli. Hukhuk.. tak apalah, orang cakap beli emas tak rugi kan. Huuu..

Oh ya kedai emas CT Gold tu pun ada channel telegram juga, dekat sini.



Yang ini aku pernah beli online, dan memang selamat tiba di rumah. Dan emas dia pun emas betul ye hehe. 

Dan satu lagi channel yang aku selalu cuci mata adalah Aisyah Gold. Yang ini memang aku selalu sangat tengok, sebab dia rajin sangat update. Bolehlah tengok untuk tau design terkini.


Dekat sinilah yang aku dengan ayu selalu tengok rantai tangan dan charms macam-macam design tu.




Sesiapa nak cuci-cuci mata, bolehlah join usya sekali. Tapi bagi aku, nak beli barang kemas emas ni, sebaiknya pergilah ke kedai emas tu terus. Tambahan pula sekarang dah boleh rentas negeri untuk ke Kuala Pilah ke, Kelantan ke kan. Lagi feel kalau beli kat kedai, boleh pegang-pegang, boleh acu dekat tangan, dekat jari. Tiba-tiba bajet 1K jadi 2K ahahaha!

Sebab tu marhaen macam aku ni, cuci mata dekat channel telegram tu je. Kalau pergi kedai, risau jahanam duit simpanan weh. Iman nipis. Huuu..

Oh ya, aku hanya cerita tentang channel telegram kedai emas ya. Sebarang isu yang timbul kalau kalian berurusan dengan mereka ini (jika ada nauzubillah), aku tidak bertanggungjawab ya.
😀

Selamat mencuci mata gais!

Post a Comment

11 Comments

  1. Selalu gak cuci mata kat channel kedai emas .. Bukan nak beli sekadar cuci mata. KakYa biasa kalau nak beli tak suka sangat bli online. Nak tengok jugak hingga puas hati baru beli ..Hehehehehe..

    ReplyDelete
  2. last gi kedai emas 2016 kot..pastu ehhh apa tu kedai emas??

    ReplyDelete
  3. Nasib la Akak mmg x suka barang kemas..ada pun buat syarat je..hahahaha

    ReplyDelete
  4. bersinar2 tgk post ni..eheheheh, org perempuan mesti suka ni

    ReplyDelete
  5. ummi suke barang kemas tp tak pernah join telegram..hehe.selalu usha kat shoppee je..tq rekemen join telegram.boleh join lepas ni..

    ReplyDelete
  6. cantiknya emas menghias diri

    ReplyDelete
  7. Terima kasih atas perkongsian lepas ni MRs. A pun nak join la telegram tu untuk cecuci mata hiks!

    ReplyDelete
  8. Seram nak cuci mata pun. Seram tengok harga emas sekarang. Huhu...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.