Ubat Cacing Anak Dapat Semasa Check Up 3 Tahun 6 Bulan

Beberapa minggu lepas, Ayu ada check up di Klinik Desa Melang Tengah untuk umur tiga tahun setengah pula. Baca cerita Ayu Check Up Umur 3 Tahun. Kalau bawa anak check up rutin di Klinik Kesihatan kerajaan ni, kita kena bawa anak ke sana setiap enam bulan. Vaksin akan diberikan setakat umur setahun setengah. Jadi, selepas dua tahun sehingga enam tahun, anak akan diperiksa tahap perkembangan dia pada setiap kali temujanji, dan akan diberikan ubat cacing.

Selalunya, anak-anak SR, dari adam sampailah masa ayu 3 tahun hari tu, diorang akan dapat ubat cacing jenis cecair tu. Macam ni:


Masa ayu check up tiga setahun setengah hari tu, dia dah tak dapat dah ubat cacing jenis cecair tu. Tapi nurse bagi dia ubat cacing jenis kunyah pulak. Ayu dapat tablet kunyah Champs D-Worms 200mg perisa coklat! Memang teruja la si ayu, sebab ubat cacing tak macam ubat cacing. Ubat cacing macam candy coklat! Sejak nurse tu bagi, dia memang dah tak sabar, sebab paket dia sangat familiar. Macam Vitamin C yang diorang selalu makan tu.


Keluarkan dari paket dia, posing sekejap. Tak sabar-sabar, ayu terus ngap!
Kunyah-kunyah tak sampai seminit, terus habis. Senang betul makan ubat cacing jenis macam ni. Kalau yang cecair tu kena sedut pakai picagari bagai kan. Lepas tu rasa dia pun tak la semenarik D-Worms Champs perisa coklat ni.

SR baru tau yang ada juga ubat cacing Champs, yang SR tau selama ni Zentel tu aje hihih!
Korang bila last makan ubat cacing?

+++

Post a Comment

4 Comments

  1. Masa kecik2 dulu suka makan ubat cacing sebab rasanya manis macam sirap

    ReplyDelete
  2. mcm2 sekarang ni kan.. ayu pun tau yg zintel tu je

    ReplyDelete
  3. ntah tak ingat bila last makan ubat cacing :) ha ha ha ha

    ReplyDelete
  4. macam makan gula gula kan ayu? bagus juga bagi tablet dari cecair. budak budak excited nak makan.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.