Rezeki SR Hari Ini

 Assalamualaikum semua!

Sungguh SR tak sangka, dalam SR tak habis-habis lagi menyotong di pejabat sampailah ke hari ini, rupanya hari ni ada dua rezeki SR datang dari dunia blogging.


Terkejut, tapi semestinya gembira dan bersyukur sangat-sangat!
SR memang tak sempat nak menjengah blog hari ni. Entry pertama pagi tadi yang SR upload gambar supplement Blackmores itu pun, sambil-sambil masa tunggu ayu gosok gigi, sementara mandikan anak dara SR yang sorang tu haa.

Sibuk sikit sebab hari ni, SR siapkan tugas menyemak format untuk proceeding paper student degree. Dah namanya tengah semak dan edit format, memang tak boleh bersambil. Nanti lupa tengah edit bahagian mana, atau pun risau juga kalau ada terlepas pandang mana-mana bahagian kan.

Jadi, dalam 3 lebih tadi, baru selesai. Lega dapat strikethrough satu item dari to-do list!

Makanya, barulah terkedek-kedek klik laman web blogger.com.

Seperti biasa, bahagian pertama SR akan check adalah bahagian comments, lepas tu baru SR check bahagian earnings selalunya. Walaupun earnings nya..... Okey, tak payah kenang kesedihan itu. Hahaha!

Berbalik pada comments, memang teruja dan terkejut sangat bila terbaca komen dari Mamapp dan CCL!

Luar biasa betul kejadian ini!

Tak sangka SR boleh menang dua giveaway dalam hari yang sama. 

Untuk blog CCL, SR mendapat tempat ketiga dalam Giveaway 2022 : Happy 1st Anniversary CCL & Husband


Manakala untuk blog Mamapp pula, SR meraih tempat untuk hadiah saguhati dalam Giveaway Mamapipie & Jomjalan


Alhamdulillah, terima kasih sekali lagi kepada CCL dan Mamapp!

Details pun SR baru saja boleh emelkan, aduh...maafkan SR sebab lewat perasan kemenangan hihih..

Senyumlah SR drive balik rumah petang ni gais!

+++


Oh ya, GA SR sendiri pun masih berjalan lagi, tapi masanya dah nak habis!
Ada 2 hari lagi!

Siapa yang belum join, klik banner dia atas ya😁

Post a Comment

16 Comments

  1. tahniah..2 sekaligus, rezeki2..

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah
    Tahniah dapat hadiah
    Murah rezeki SR

    ReplyDelete
  3. tahniah syaz... rezeki ramadhan tu :)

    ReplyDelete
  4. Wah, tahniah Syaz!
    Rezeki di balik mendung di hati. Alhamdulillah.

    ReplyDelete
  5. Wahhhh.. tahniah, Syaz... Rezeki berganda!

    ReplyDelete
  6. Wah.. Tahniahhh...Bestnya..... eh sy belum join.. t try kalau sempat rini.....

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah. Rezeki ramadan tu. Tahniah.

    ReplyDelete
  8. alhamdulillah rezeki mmg x salah alamat di bulan puasa ni

    ReplyDelete
  9. congrats..wah memang senyum lebar la, sekali dua menang GA..best best!

    ReplyDelete
  10. Alhamdulillah . Tahniah . Murah rezeki Syaz di bulan Ramadan

    ReplyDelete
  11. Nak menyemak kerja tu memang tak leh tinggal. kena focus dah settlekan.
    Alhamdulillah..rezeki menang GA :)

    ReplyDelete
  12. Alhamdulillah.. Tahniah Syazni..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.