Dinosaur Encounter Dalam Zoo Melaka | Throwback

Assalamualaikum!

Dinosaur telah pupus kira-kira 65 juta tahun dahulu pada akhir Zaman Cretaceous, selepas hidup di Bumi selama kira-kira 165 juta tahun. Ala... Rasanya fakta ini, semua orang tahu kan. Tak perlulah SR nak cerita panjang lebar. 

SR nak throwback kenangan SR dan keluarga ke Zoo Melaka January 2022 yang lepas. SR ada up cerita yang SR ke Zoo Melaka tu sebelum ni <Klik Sini> tapi SR sengaja tak masukkan kisah kami ke seksyen Dinosaur Encounter yang terdapat dalam Zoo Melaka.

Jom throwback sama-sama dengan SR walaupun belum hari Khamis! Selalu SR buat Throwback Thursday, tapi SR ada banyak sangat entry draft yang ala-ala throwback, SR cuba untuk publish semua secepat mungkinlah! Haha!
😁

Okey, let's!

Dinosaur Encounter ni berada dalam pagar Zoo Melaka, maksudnya, jika nak pergi ke pameran dinosaur yang ada di Ayer Keroh, Melaka ini, pengunjung kena masuk ikut pintu utama Zoo Melaka. Guna tiket yang sama. Cuma kalau tengok gambar di atas, ada macam bilik kecil tu kan, dalam tu ada tempat untuk tengok video / main game (maafkan SR sebab tak pasti, sebab tak pergi!) dekat situ ada bayaran dikenakan.

Kami tak. Kami terus turun tangga untuk ke pameran sahaja.


Ingat tak pada entry SR ke Zoo Melaka tu, SR ada cakap yang SR annoyed dengan staf yang asyik suruh ambil gambar? Haa gambar kami sekeluarga dekat atas tu, antara gambar yang kami dipaksa bergambar. 😂

Hujung-hujung dia dah letak dekat rak, SR belilah jugak. Terpaksa.

Okey berbalik pada cerita, masa kami sampai ke sini, hari tengah panas ya amat. Matahari dah tinggi. Jadi, SR dan zaimi ambil keputusan untuk ambil jalan yang pendek sahaja.



Ada banyak replika dinosaur yang ada dekat sini. Besar-besar! Ikut skala asal saiz dinosaur tu pun ada. Ada juga dinosaur yang boleh bergerak, dan nampak sangat realistik, ditambah pula dengan bunyi ngauman yang dikeluarkan.

Agaknya, kalau ada bau yang keluar dari mulut, dan air liur meleleh-leleh, lagilah nampak betul-betul macam hidup. 

Lagilah menggelupur anak bongsu SR!

Hahaha!


Ayu takut sebenarnya masa jalan-jalan dalam tu. Terutama bila kami lalu sebelah dinosaur yang bergerak dan berbunyi. Ada sekali zaimi dukung dan suakan dia dekat sikit dengan dinosaur tu, terus dia menjerit dan menangis. Memang jalan pun laju semacam!


Adam aje lah yang berani nak pose untuk bergambar di sebelah T-Rex yang bergerak dan berbunyi tu. Amir pun takut juga. Walaupun tak menangis, tapi dia tak nak datang dekat. 



Hari yang panas dan berbahang, anak-anak pun ketakutan, kami teruskan perjalanan dekat route yang pendek tu sahaja. 

 

SR memang tak hafal nama-nama dinosaur ni semua. Dari kecil, SR memang tau nama T-Rex aje. Haha! Tapi adam tahu pula nama-namanya. Manalah dia baca agaknya. Tak payah tengok signage pun dia tau. Hairan SR.


SR ajak anak-anak dan zaimi naik untuk jalan atas jejambat ni. 


Mungkin ada yang macam pernah tengok atau masih cam dengan jejambat tu kan? Kot-kot pernah pergi ke Zoo Melaka sebelum ni?

Ya, dulu kawasan yang telah dijadikan sebagai tapak pameran dinosaur ni dikenali sebagai Savannah. Dulu, dekat bawah jejambat ni ada diletakkan kuda belang, antelop dan zirafah, yang menghuni kawasan Savannah Zoo Melaka ketika itu. Jadi, pengunjung yang datang, boleh jalan di atas jejambat, sambil melihat haiwan-haiwan yang SR sebut tadi dengan lebih dekat.

Tapi sekarang, jejambat yang sama jugalah kita kena lalu untuk tengok dinosaur.



Panas memang tak boleh bawak bincang.
Jadi kami tak berlama-lama, dalam 30 minit, kami dah keluar dari kawasan tu. Insyaallah ada rezeki boleh pergi lagi nanti. Tak jauh pun dari Senawang. Tak boleh solat jamak pun! Haha!



Dekat bahagian depan, ada patung dinosaur yang boleh ditunggang untuk bergambar. Adam dan ayu aje yang bergambar. Amir sampai ke sudah dia tak nak.


Itulah cerita SR ke Dinosaur Encounter dalam Zoo Melaka ni. Pada yang minat dengan dinosaur, mesti rasa teruja kan nak pergi ke sini? 😊

Nanti kalau nak ke sini, pakailah kasut. Sebab jalan dia banyak mendaki. Kalau pakai selipar, sakit tumit!

Ada sesiapa yang pernah ke sini? Atau merancang nak ke sini? Kongsilah dengan SR!

Post a Comment

9 Comments

  1. Dah mcm2 pembaharuan Zoo Melaka. wahh mkn menarikk ada dinosur..seronok.anak2 dpt tgk dinosur kan
    ciknur sekali.ada msk.zoo melaka ni masa.ank2 kecik he hee

    ReplyDelete
  2. Tak sampai lagi. Tunggu anak-anak sedara besar sikit. Yang sorang tu minat betul dinosaur. Beraninya Adam.

    ReplyDelete
  3. banyaknya dinoso takut juga kan ayu nmpk real

    ReplyDelete
  4. Wah! Takyah tengok Jurassic Park

    ReplyDelete
  5. Wow.. Lamanya tak ke Zoo Melaka.. Ada Dinosour rupanya ehh.. Hahaha.. Haritu g taman buaya je.. kt dalam Johor punya... Nanti nak singgah Zoo la.. rindu pulak.. Kahhhh..

    ReplyDelete
  6. wah..seronoknya. tapi tu la..panas... sesekali ok la plus pakai topi...

    ReplyDelete
  7. Hahahaha sama lah kita, tau T-Rex je sebab nama dia pendek. Cantik lah taman dinosaur ni. Semoga dapat sambutan

    ReplyDelete
  8. dulu pernah pergi taman dinosaur macam ni dekat JB, best jugak..

    ReplyDelete
  9. aida yg lalu tiap hari depan zoo melaka pun lom singgah sini, SR.
    bertangguh. and zoo ni tiap weekend full house tau.
    kereta parking penuh memanjang :)

    in shaa Allah dlm masa terdekat ni ajak anak-anak.
    gi pagi-pagi kot. exercise kaki dlm zoo.

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.