Sampling Projek Tahun Akhir Semester Mac 2022 | Throwback Thursday

Assalamualaikum...

Minggu pertama ramadhan 2022 yang lalu, SR dan zaimi ada bawa pelajar projek tahun akhir kami masuk ke dalam hutan yang ada dalam UiTM Kampus Kuala Pilah ni. Masuk untuk ambil sampel yang mereka nak kaji untuk thesis mereka.

Kenapa masuk hutan bulan puasa?

Kisahnya pelajar ni semua, dari bulan Mac dah ada di kampus. Tapi nak dijadikan cerita, seorang demi seorang pula mereka ni terkena jangkitan Covid-19 masa tu. Jadi, masa ni, memang dah tangguh tiga, empat kami untuk sampling. Itu yang gagahkan juga untuk masuk dan ambil sampel. 

Memang dah pesan siap-siap pada pelajar ni semua, untuk bawa apa yang patut. Always refer back to your method. Apa yang akan digunakan ketika proses mengambil sampel. Berapa banyak nak guna. Semua tu kena prepare.



Untung mereka ni, hutan dalam kampus aje. SR dulu masa sedang buat projek tahun akhir degree, kena naik bot untuk ambil sampel di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Masa master pula, siap kena naik jip dan bermalam lagi.

Student SR dua orang, student zaimi pun dua orang. Kebetulan dapat student perempuan semuanya untuk semester ni. Perempuan bukan sebarang perempuan, perempuan lasak tau diorang ni! Kagum SR!


Disebabkan hutan yang menjadi tapak kajian mereka hanya dalam Kampus Kuala Pilah ni sahaja, jadi jalan kaki tak sampai 10 minit dari depan pejabat polis bantuan tadi, dah sampai. Tak berlengah lama, mereka terus turun lereng bukit untuk masuk ke dalam hutan.



Dah jumpa site yang okey, terus mereka mulakan kerja. Keluarkan barang-barang dan mulakan pencarian.




Antara sampel student SR. Seorang buat projek mencari cacing, seorang lagi pula siput.





Bulan puasa kan, bila matahari memancar, terasa seksa jugalah SR kehausan haha!

 

Alhamdulillah, ada sampelnya.
Sekarang ni pun, sebenarnya pelajar-pelajar ni dah siap dah writing thesis, tinggal nak viva aje lagi bulan 7 ni.

Oh ya, masa SR dalam hutan tu, zaimi tunjuk dekat SR sesuatu. Nak tau apa? Haa.. tengok bawah. Sarang kelulut.

 

Ada kelulutnya duk keluar masuk sarang. Busy sungguh nampaknya.

Buah hutan



SR paling lemah yang ni lah. Nak panjat semula ke atas lepas siap sampling. Sakit lutut oi!

Itulah cerita SR ikut pelajar pergi sampling dalam bulan puasa... Hehe...

Post a Comment

6 Comments

  1. Wahhh menarik. Walaupun kutip caving dengan siput je tapi syok jugak keluar masuk hutan except part nak panjat bukit tu lah haha

    ReplyDelete
  2. Memang mencabar sebab puasa, walaupun hutannya dekat.
    Adeh..cacing tu. Suka masuk hutan tapi akak kalah bab cacing2 ni.

    ReplyDelete
  3. gigih dan mencabar juga pergi sampling bulan puasa..sampai atas dari lereng bukit, mesti rasa nak berbuka..erk hahaha

    ReplyDelete
  4. hutan xsemak senang nak cari bahan kajian

    ReplyDelete
  5. wow! menarik nyer.
    tapi tu la, bab naik bukit tu tak menarik ha ha ha ah ha...
    lutut da longgar hu hu hu :)

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.