Sepagi di Pantai Batu Feringgi | Family Trip Ke Pulau-Pinang 2022 | Throwback

Assalamualaikum wbt...

Hari tu SR dah kongsikan cerita SR ke Kampung Agong yang terletak di Penaga, Pulau Pinang. Cantik sangat Kampung Agong tau! Hari ni, SR nak kongsikan cerita ringkas SR dan keluarga ke Batu Feringgi pula keesokan harinya.


Kenapa keesokan hari? Petang yang balik dari Kampung Agong tu, tak ronda-ronda dekat Pulau Pinang ke?
Okey bestie, ni aku nak habaq.

Petang tu, kami sampai hotel dalam pukul 2.30 petang walaupun bertolak dari Kampung Agong dalam pukul 1 petang. Sebab jalan jem.

Petang tu pulak, lepas mandi dan rehat-rehat semua, kami pun pergi cari Nasi Kandar. Tapi tak dapat berjalan mana dah lepas tu sebabnya;

1 - Hujan tak berhenti-henti
2 - Jem serata-rata dek oii...

Sampai rasa nak senyum pun takdak mood dah kami lima beranak. Kami sangkut jem dekat Georgetown dan dekat area Padang Kota. Dah lah hujan, tak boleh turun... Makanya balik sajalah ke hotel dan berehat.

Kawan SR yang orang Penang memang dah bagitahu, kalau ke Penang, kena bersedia mental untuk hadap jem. Hihi!

Esoknya, pagi-pagi lagi kami dah angkut beg pergi ke Batu Feringgi. Jujurnya sebagai pelancong, aku tak tau pantai mana yang best dan sebagainya. Hanya ikut yang waze hantarkan. Jadi, kalau ikut yang waze arahkan, dia bawa kami ke pantai yang ada banyak motel-motel dan medan selera. Tapi medan selera tu banyak yang buka malam sahaja. 

Masa dalam perjalanan ke pantai ni, kami nampak aje ramai orang yang parking tepi jalan dan turun (ya, turun!) untuk ke pantai-pantai. Tapi kami stick untuk ikut waze.

Kami pun cari parking, tukarkan baju anak-anak dan kasi diorang berendam dalam sejam macam tu. Sebabnya kami plan nak berjalan lagi petang tu kan.


Pasir di Batu Feringgi ni jenis longgar. Nak berjalan dari parking ke laut, lenguh jugaklah! Hahaha! Nampak sangat kaki tak fit!


Lepas anak-anak tukar baju, zaimi pergi cari breakfast. SR pun tangkaplah gambar anak-anak sambil duduk dekat tembok bawah pokok. Masa ni, hidung SR dah terbau yang tak enak dah. Macam bau longkang pun ada, bau tong sampah pun ada. Tapi disebabkan SR tak tau nak alih ke mana, SR tunggu ajelah dekat situ. Sebab dia tak ada sampah ke apa tu, bersih aje. Cuma bau tu lah.






Anak-anak memang literally melompat kegembiraanlah sebab dapat mandi laut. Sepatutnya kalau sempat, nak mandi lepas makan petang semalamnya tu. Tapi hujan, tu yang postpone ke pagi ni.


Bila zaimi dah sampai semula, dia bawak tikar. Bentanglah dekat-dekat dengan pokok yang SR tumpang berteduh tadi. Letak barang-barang. Lupa sekejap bau yang kurang menyenangkan tu. Sebab SR dan zaimi ikut anak-anak sampai ke gigi air. 

Anak-anak aje yang berendam, kami celup-celup kaki gitu-gitu aje. SR malas nak berbasahan. Hahaha!


Ada ramai pengunjung yang main parasailing. Tengok macam best tau! Tapi nak cuba main parasailing ni memang SR tak berapa nak beranilah uolls!


Pantai dia jenis semakin menurun ke bawah. Tidak selandai dan serata Pantai di Port Dickson, atau di Pantai Batu Hitam Kuantan. Jadi, kena berhati-hati sedikit, tambahan pula pantai dia jenis longgar kan. Tapi best, ombak dia manja-manja aje.


Ayu sempat pow ayah dia set main pasir tu. Ayah pula memang tak bolehlah say no kan dekat princess dia yang seketul ni. Senyum sampai ke telingalah si ayu!



Adam dan amir pun join main sekali sambil-sambil berendam.

















Lepas mandi, SR dan zaimi ajak anak-anak duduk untuk makan dekat atas tikar. Mula-mula macam nak abaikan bau yang tak best tu, tapi, dengan tak semena-mena, dalam jarak beberapa meter dari tikar kami, ada seekor kucing datang dan melabur.

Yang paling tak boleh blah, ada seorang anak pengunjung lain yang berteriak, "Mak! Todia kucin tu berak berkilat! Awat taik dia macam ada darah? Mak! Kucing tu berak keluaq darah!"

SR pandang zaimi, zaimi pandang SR.

Memang bau dah tak best, ada pulak scene tambahan tu. Terus kami bungkus aje balik nasik kami dan balik ke hotel. Nak siap-siap ke destinasi seterusnya pula.

Potong betoi!

Anyway, pantai dia cantiklah! Batu Feringgi cantik! Kucing tu dengan budak tu aje yang merosakkan suasana! Hahaha!

Kalau ada rezeki ke Penang lagi, SR dan zaim i nak cuba ke pantai yang tepi-tepi jalan tu pula.

Oh ya, area yang SR pergi ni, pada waktu malam, dia ada uptown. Memang meriah, penuh dengan orang! Cuma kami tak turun masa tu, sebab dah penat. Lalu sini pun sebab zaimi nak cari mesin atm sebenarnya. 

Till soon, Batu Feringgi!

+++

Cuba teka selepas tu kami ke mana pula?


Keyword; Penang travel updates, Beach activities in Batu Feringgi, Best places to visit in Batu Feringgi, Penang tourism, Local events in Batu Feringgi, Accommodations in Batu Feringgi, Penang travel tips, Batu Feringgi attractions, Exploring Penang

Post a Comment

18 Comments

  1. Adoiii...yang kucing punnnn🤭
    macam takda tempat lain...Berkilat pulak tu🤣

    Seronoknya dapat hidu bau ombak dan main pasir kalau tak diganggu bauan yang tak diingini la...hihihi

    ReplyDelete
  2. kucing pun saja dengki taknak bagi orang lepak tepi pantai. sabar jelaa..haha

    ReplyDelete
  3. cabaran kat pantai terbuka mcm tu lah .. last pegi sana dalam 4,5 tahun lepas, tido di lone pine & hard rock, pantai cantik, pasir pun cantik.

    ReplyDelete
  4. Bestnya pergi pantai boleh mandi-manda, main parasailing. Pantai area saya bahaya, tak selamat untuk mandi.

    ReplyDelete
  5. Skrol2 sampai ke bawah ingatkan ada gambar2 emak dan bapaknye melompat

    ReplyDelete
  6. lepas tu ke bukit bendera? hihi.. teka je.. tp dlu pegi penang mmglah jem x boleh ampun... sampai sebelum balik tkr hotel yg paling dkt dgn airport sbb takut jem x sempat nk kejar flight

    ReplyDelete
  7. cantik view pantai di Penang

    ReplyDelete
  8. The kids look sooooooo happy!
    Naik Bukit Bendera ke esoknya SR?

    ReplyDelete
  9. Potong semangat untuk makan.
    Lepas itu agaknya pergi ke Padang Kota.

    ReplyDelete
  10. Jem tu memang takyah cita la kat sana... huhu

    ReplyDelete
  11. Syokkkk!!! Bila lah nak sampai sana.. huhu

    ReplyDelete
  12. cantikknya pantai..best tapi masuk bab kucinn tu, alahai.. pi padang kota pekena pasemboq kot? he he he...

    ReplyDelete
  13. Lawanya pic tepi pantai, biruu langgit. Tersimpan kenangan ciknur dan family kat bkt feringgi sblm tsunami melanda dulu.
    memang pantainya menurun agak bahaya kan . Sb akan dalam bila turun.

    ReplyDelete
  14. Cantiknya pantai. Belum pernah ke pantai di Penang.

    ReplyDelete
  15. Penang samalah macam Melaka...nak gi tak buleh pergi during long holidays ataupun weekend. memang melekat2

    ReplyDelete
  16. penang mmg jem, nak melawan arus KL hahaaa..Masa shida pi haritu xmandi pun sebab masa tu air kotor huhuu..

    ReplyDelete
  17. Lamanya tak santai dan mandi laut.. rindu udara tepi pantai.. pasirnya..

    ReplyDelete
  18. Pantai batu feringghi memang best . Waktu ccl pergi orang pun tak ramai . So boleh enjoy sikit la nak main tepi pantai ..nak bergambar

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.