Mendaki Bukit Bendera Dengan Pantas! | Family Trip Ke Pulau-Pinang 2022 | Throwback

Assalamualaikum wbt...

Hai! Hari ni SR nak sambung cerita tentang cuti-cuti kami sekeluarga ke Pulau Pinang. Entry ni adalah sambungan dari entry Sepagi di Pantai Batu Feringgi | Family Trip Ke Pulau-Pinang 2022 | Throwback hari tu 😀.

Ada yang teka dengan tepat! Tahniah! Tapi tak ada hadiah haha! Ya, selepas berpagian di Batu Feringgi, sesudah sahaja mandi laut, kami balik hotel dulu untuk bilas anak-anak. Lepas dah ready, kami terus berangkat ke Bukit Bendera atau turut dikenali sebagai Penang Hill!

SR memang tak pernah ke Bukit Bendera ni. Zaimi aje yang pernah, itu pun zaman dia belajar di Kolej Matrikulasi Pulau Pinang pada tahun 2004. Punyalah lama kan haha. Jadi, kali ni kami nak bawa anak-anak naik ke atas Bukit Bendera. Kami semestinyalah nak naik funikular kan. Atau dipanggil jga keretapi / tren.

Setelah menempuh jalan jem, kami pun sampai dekat kaki Bukit Bendera ni dalam pukul 1.30 petang. Kami parking di kawasan parkir bertingkat di bangunan sebelah pintu masuk ke stesyen funikular ni.

 Masa nak turun lif tu, ada 1 keluarga lagi turut turun bersama. Dia tanya zaimi, "Dah booked tiket? Ramai sangat. Saya punya tiket pun trip pukul 3.30."

Kami tak reti nak jawab apa, sebab memang tak beli tiket pun lagi.
Hahaha!

Bila dah jalan ke kawasan kaunter tiket, memang ramai gilaaa!



SR kata dekat zaimi, kita cancel aje lah. Entah pukul berapa dapat naik. SR macam tak kuasa nak beratur selama itu. Berdiri di celah-celah orang ramai. Kalau beratur masa nak naik, masa nak turun nanti mesti kena beratur juga.

TAK SANGGUP!

Tapi zaimi kata, dia nak beli juga tiket. Sebab dah sampai jauh-jauh dari Negeri Sembilan. Anak-anak mesti kecewa kalau tak dapat naik, sebab dah janji. Jadi kami pun tunggu dia beratur. SR dah redha. Kalau kena beratur lama pun, nak buat macam mana. Betul juga apa zaimi kata. Bukan selalu boleh ke Pulau Pinang.


Rupanya, memang rezeki anak-anak.

Ada pilihan tiket Fast Lane. Tiket Fast Lane, boleh naik funikular tu lebih awal dari tiket biasa. Kiranya macam bayar untuk 'potong barisan' pembeli tiket biasa.



Tiket Funikular Fast Lane ni memang sedikit mahal berbanding tiket biasa, tapi zaimi kata, sekali sekala. Dan mungkin Once in a lifetime sahaja peluang ini. Kami pun semakin berusia, lepas ni entah larat ke nak ke sini lagi? 

Jadi, belilah sahaja!


Pembeli tiket Fast Lane ni hanya istimewa dalam dapat potong barisan sahaja. Dari tunggu 2 jam, kami hanya tunggu 10 minit.



Masih kena beratur, cuma tak lama. 


Yang di sebalik besi tu adalah pembeli tiket biasa. SR tabik dengan diorang yang sabar amat.



Anak-anak menunggu funikular sampai. SOP masih kena jaga.


Funikular sampai sahaja dari atas, pembeli tiket Fast Lane akan diberi masuk dahulu. Harus diingat, pembeli tiket Fast Lane bukan VIP. Hanya dapat masuk dulu sahaja. Bila dalam gerabak, tetap kena duduk (adakala berhimpit) juga dengan penumpang tiket biasa. Jangan ingat diri tu VIP pula! Haha!



Anak-anak sahaja yang duduk. SR dan zaimi berdiri. Nak tangkap-tangkap gambar pun tak berani, takut fon jatuh. Jenuh nak cari di celah kaki orang. Funikular ni laju tau!



Tak sampai 10 minit, kami dah sampai ke Stesyen Atas. Boleh nampak barisan orang yang turun sangat panjang. Kalau tiket Fast Lane, nanti masa nak turun, akan dibawa jalan iku lorong yang kosong. Terus aje ke depan. Tak perlu harungi barisan panjang tu.


Bila dah sampai atas, terasa sejuk! Terus ayu ajak pergi toilet. Toilet ada di medan selera. Punyalah bersih! Terbaik toilet dia! Kami pun bergambar lah dekat atas medan selera tu. Nampak pemandangan yang indah, tapi macam tak berapa nak puas sebab ada pokok-pokok kan.







Tak boleh jadi ni! Tak puas!
Jom sewa buggy! Kita pergi dekat tempat yang jauh sikit! Sebenarnya tak larat nak menapak. Kih kih...


Pak cik buggy yang sangat ramah tu bawa kami ke check point ini. Pergh best! Cantik sangat! Nampak Tanjung, sekali dengan Bagan! Nampak KOMTAR! Anak-anak teruja tengok pemandangan yang memang tak pernah lah diorang tengok ni.





Ramai tunggu giliran nak bergambar di bucu ni. 



Pakcik buggy kata boleh spend masa 10 minit dekat sini. Kami pun menikmatilah angin sepoi-sepoi yang bertiup. Best sangat rasa.





Okey wefie 1 family sekali! Sebelum kami sambung ronda dengan buggy dekat atas ni lagi.



Cliff Cafe tu lah medan selera yang SR kata pergi toilet tadi. Macam-macam makanan ada. Cuma tak sempat nak try je masa tu hehe.


Depan cliff cafe tu ada dataran. Adalah replika funikular zaman dulu-dulu ni. Ada replika periuk kera juga. Bergambarlah sekeping dua sebelum kami pergi ke 'tempat' yang kami sangat-sangat nak pergi!




Tempat apa yang kami sangat-sangat nak pergi di atas Bukit Bendera ni?

Haa... Till next post! 😁

Sekian dulu throwback kali ni!

+++

Boleh Baca Juga:

Post a Comment

9 Comments

  1. Yeay, betul akk teka hehe :D
    Dah macam-macam atas Penang Hill tu skrg ye . Akk pergi dulu takde apa sangat...

    ReplyDelete
  2. Betul la tu, alang-alang dah datang dari jauh, rugi pulak tak masuk kan.
    Kalau boleh datang pagi, memang sebaiknya datang awal pagi ke sini.

    Comel je Ayu dengan rambut tocang.

    ReplyDelete
  3. Kalau ke Penang mesti naik bukit bendera baru best kan
    ramaiinya org ,

    ReplyDelete
  4. Klau tmpt beratur sesak Aini akan beli yg fast lane..
    Sekali sekala takpe.. masa muda2 leh la beratur lama mana pun..hehe

    Lama betul Aini tak merayap sana..
    Bila nak pi xtau la..hehe

    ReplyDelete
  5. alhamdulillah, rezeki tu tiket fast lane masih available..masa kitorang gi tu, fast lane da habis..huhuhuhuh

    ReplyDelete
  6. Shida dah merasa syaz, berdiri punya lenguh hahaaa..ade je kaunter ekspress tapi mahal bebenor hahaaa..betul la kata zaimi..udah dtg dr jauh tgu jela berbaloi juga penat mnggu dapat naik atas tu..kan :)

    ReplyDelete
  7. Wargh!! Cantiknya..
    sha dah sampai tapi sebab ramai orang, cancel.. Kalau tau ada tiket fastline nie, memang belilah.. Macam nak kena singgah lagi je.. tq share syaz..

    ReplyDelete
  8. Psst...SA pun x pernah lagi naik menda alah ni..penang pun x habis explore .ntah bila nak explore pun x tau ..

    ReplyDelete
  9. Rindunya nak pergi bukit bendera . Pernah sekali pergi sini . Orang memang terlalu ramai . Mungkin cuti sekolah sama . So decide amek fastlane . Sebab dah tak sanggup nak tunggu berjam² disitu

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.