Port Bergambar OOTD di Taman Gelora Kuantan | Throwback

Assalamualaikum semua...

Harini SR nak throwback dan kongsikan gambar-gambar raya keluarga sebelah SR. 


Raya 2022 ni lah. Masa ni SR baru dapat balik ke belah SR. Raya pertama sehingga raya keempat di belah zaimi. SR pernah kongsi juga gambar-gambarnya di Baju Raya Tema Merah Jambu + Coklat dulu.

Masa ni, adik lelaki SR sekeluarga tak ada. Jadi, SR sekeluarga lima beranak, mak dan abah, serta adik bongsu SR dan suaminya sahaja yang ada. Memang dah plan nak bergambar raya dekat Taman Gelora ni. Bosan bergambar dalam rumah aje kan. Haha...

Sesiapa yang datang ke Kuantan, atau cari tempat untuk OOTD di Kuantan, Taman Gelora adalah salah satu tempat yang menarik dan cantik. Kiranya kamera gigitlah Taman Gelora ni. Mungkin gambar-gambar dari post SR ni tahap biasa dan amatur, tapi kalian bolehlah search gambar-gambar di Taman Gelora Kuantan ni. Kalau kena dengan kamera dan terelnya seseorang kameraman, memang mengancam gambar-gambarnya.


Adik bongsu SR ni dulu pun, masa dia kahwin, dia buat outdoor photoshoot untuk wedding dia dekat Taman Gelora ni juga. Kalau tak silap SR lah! Hehe!

Nak ke sini, tak retilah SR nak cerita satu persatu simpang mana nak dibelok. Waze atau guna Google Map aje. Nanti dia terus hantar ke sini. Sini selalu orang datang untuk beriadah juga. Masa kami datang bergambar pun, ada beberapa orang aunty dan uncle tengah berjogging juga.




Ini pun kami tak berjalan jauh, rasa malas pula. Kami bergambar dekat-dekat dengan medan selera dia aje. Ke tepi ke tengah dekat-dekat situ aje. Kalau jalan ke tengah lagi taman gelora ni, ada jambatan gantung bagai tau. 




Tengoklah abah SR ni, ada-ada aje ideanya nak bergambar pelik-pelik. Dia suruh kepakkan ketiak pulak masa ni! Haha!





Mak dengan abah SR memang tak nak pakai dah baju raya masa ni. Itu yang pakai rugged aje tu. Adik SR dengan suami dia aje yang gigih pakai baju raya. Hihi.






Tengah bergambar ni pun, tiba-tiba ada dua pasang pengantin yang datang dengan cameraman masing-masing, mungkin tengah cari port untuk outdoor photoshoot diorang jugak. Jadi kami pun mengelak-elak sikit, kasi chance dekat pengantin mengecapi kebahagiaan kan. Kahwin kan sekali aje seumur hidup...agitchew...












Nanti kalau ke Kuantan, bolehlah beroot dekat Taman Gelora ni ya gais!

Siapa pernah pergi sini, angkat tangan!

Post a Comment

5 Comments

  1. cantiknya. Memang best la untuk bergambar...

    ReplyDelete
  2. Wah wah... Baju cantik... Nampak rasmi gayanya...

    ReplyDelete
  3. Wah! kebetulan nak ke Kuantan ni.. boleh cari Taman Gelora nanti. Gambar-gambar SR amik ni pun cantik amat dah.

    ReplyDelete
  4. BElum pernah sampai ..tapi tempat ni cantik juga kalau bergambar

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.