1 Keluarga Berubah Muka Jadi Cartoon

Pagi semalam masa main filter Snapchat dengan ayu, terjumpa satu
filter yang menarik 😂



Namanya cartoon eyes. Bila guna filter ni, mata akan jadi mata cartoon.
Memang selalu aku main snapchat ni dengan anak-anak, budak-budak memang suka sangat kalau tangkap gambar diorang tu, muka diorang berubah jadi macam-macam. For fun kan.

Tapi, filter cartoon eyes ni paling menarik perhatian diorang, terutamanya adik ayu la.
Feeling feeling jadi watak dalam cartoon agaknya haha


Amir kata, muka dia dah macam Ejen Ali.
Eh perasan pulak anak mak sorang ni hehe

Pagi semalam jugak bertolak balik ke rumah kami balik selepas bercuti rentas negeri dari Khamis lepas, lama juga berjauhan dari rumah. Kena bertolak awal sebab Kelantan ke Negeri Sembilan, boleh tahan jauhnya, dengan kami yang masih tak berani nak singgah berhenti kerap-kerap ni, jadi seawal pagi mak dah kerah anak-anak bangun bersiap.

Lepas bersalam dan say goodbye dengan keluarga mertua, kami pun slow-slow bergerak balik ke rumah.

Masuk kereta, ayu cakap 'nak tatap abar', pandai dia sekarang, suruh kita ambil gambar dia bagai 😂

Terus aku teringat balik dekat filter mata kartun snapchat tadi, apa lagi, jom transfer muka semua orang jadi cartoon! Pagi tadi mak try je, tak berani save sebab tak pakai tudung, ni alang-alang dah bertudung, why not kan? kikiki



Bila ambil je gambar dia guna filter tu, terus excited. Nganga mulut la, macam-macam la gaya si ayu ni. Video tak payah cakap lah, macam-macam versi, babai tokma la, hai nenek la, semua mak hantarkan kat group whatsapp famili je lah 😀


Abang amir pun tak habis-habis kata muka dia macam Ejen Ali. Dia masih tak boleh move on dengan filem Ejen Ali tu, asyik tengok ulang-ulang.


Abang adam pulak kata muka dia dah macam cartoon disney.
Dia tak bagi tangkap gambar dia dengan filter ni banyak-banyak, macam girl katanya.
Anak mak sorang ni sejak dah besar ni, makin ada je akalnya.


Comel tak mak? Hahaha.. walaupun mata terkeluar dari daerah tudung, ada aku kisah?
Asalkan boleh bajet comel seketika 😂😂

Zaimi? Oh pastinya takkan aku lepaskan dia dari kecomelan ini.
Jadi bila kereta berhenti kat traffic light, apa lagi, terus suruh dia senyum la!

Tadaa!

Lagi dasyat uolls, hilang terus cermin mata hahah!
Sabar je lah laki aku cakap kih kih




 Jadilah kami famili cartoon 😝

Sekali sekala layan anak-anak mengartoonkan diri, seronok jugak 😉

Pada yang try filter ni, bolehlah buka snapchat masing-masing:




Search cartoon face.
Cari kat situ, ada macam-macam lagi jenis cartoon yang ada hahaha




Post a Comment

28 Comments

  1. hepi famili semua suka suki jeeew.
    :p

    ReplyDelete
  2. COMEL JE WAJAH KATUN KELUARGA KAN

    ReplyDelete
  3. Laaa... macam2 apps ada! Canggih sungguh!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apps budak2 muda uncle, kita guna untuk layan anak2 je dah la kan hehe

      Delete
  4. nampak real laa.. boleh try apps nie

    ReplyDelete
  5. Ayu tu dah macam Dora The Explorer.
    Semua nampak comel je mata besar.

    ReplyDelete
  6. Replies
    1. sementara kecik, takut dah besar taknak layan kite dah huhu

      Delete
  7. Dah jadi keluarga kartun
    Nasib baik ubah mata aje

    ReplyDelete
  8. Selalu jugak buat kat anak sedara hehehe..dia pun pelik muka boleh berubah haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. budak2 suka kan benda2 ni hehe.. mak budak join sekaki ;)

      Delete
  9. heheee muka satu family..geli hati tgk..mcm tgk kartun pulak ^_^

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.