Johorror - Kamarul Ariffin | Review Buku


Sepertimana entry aku yang lepas, aku berjaya jugak beli Johorror ni.
Dulu nak beli asyik habis je.

Jadi, bila dah sampai, sepertimana horrornya buku ni punya genre, seperti itulah dia punya tahap 'menyeru' nama aku hari-har suruh baca dia.

Mula-mula baca 1 bab, terus ke bab seterusnya dan seterusnya.
Terpaksalah letak dulu buku tengah on going tu haha

Walaupun sebenarnya Johorror ni patut beratur tau, banyak lagi buku sebelum dia nak kena dibaca.
Ahaha..

Jadi, as expected, gaya penulisan yang bersahaja tapi penuh variasi, dan memang bakat penulis untuk terus buat kita flip ke muka surat sebelah memang terserlah.

Mungkin kena dengan tekak aku.
Aku taknak oversell, tapi kalau kalian nak beli, aku rasa tak rugi.

Boleh beli kat SINI!
Kalau nak senang lah kan.
Boleh beli Ghospital sekali!
Terus pos ke rumah je.

Ok, personally, Johorror yang berkisahkan cerita seram yang berlaku di Johor ni, 
aku bagi 5 bintang!

🌟🌟🌟🌟🌟

👏👏
 

Post a Comment

16 Comments

  1. mcm best ja 5 kisah seram ni...
    review la satu2 kisah plssss

    ReplyDelete
  2. not really a fan of horror books or movies hehe
    orang kata bila kita baca seram2 or tengok yg seram2 ni "benda" tu join sekali huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aiseyman seramnya hahaha.. tapi memang lepas baca buku2 camni, mulalah takut2 sikit, nak gi bilik air malam2 pun takut ahaha

      Delete
  3. Kali terakhir akak bli buku seram adalah buku Fobia..anak bwk p asrama...last2 ghaib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Koleksi buku kalau hilang jugak boleh dikategorikan sebagai seram hahaha

      Delete
  4. Macam nipis je. tapi ok la dengan harga dia..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dia just nice, tak nipis sangat, tak tebal sangat..gittew..hehe

      Delete
  5. Halemak! Sylo la judul dia!

    Nanti tunjuk la gambar perpustakaan syaz. mesti banyak kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah cadangan yang baik untuk buat 1 entry blog! ;)

      Delete
  6. rajinnyer baca buku ., hehehe
    skrg org dh x minat baca buku sejak ade internet nih, ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah yang membimbangkan dunia tu wak ahahaha

      Delete
  7. tak minat sgt nak baca buku seram tapi kadang tu ada terbaca juga..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe saya memang minat, pastu sendiri yang takut hahaha

      Delete
  8. ceerita seram adalah cerita evergreen..mesti ada pembaca. walaupun cerita lebih kurang sama turun temurun,bila dicerita balik tetap terasa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh aah la, betul tu aku setuju, evergreen. akulah peminatnya, walau macam dah pernah dengar, tetap suka haha!

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.