Ke Rumah Terbalik Port Dickson | Throwback Thursday | 21 Januari 2017

Salam Public Holiday semua!
Apa khabar, sihat?
Tak ke mana-mana ke harini?

Kalau tak ada idea nak ke mana, boleh lah try pergi ke 
Rumah Terbalik Port Dickson.
Tiba-tiba teringat pulak kenangan masa pergi ke sana lebih kurang 
3 tahun yang lepas.



Asalnya menginap kat Port Dickson masa tu, sempena ulangtahun perkahwinan ke 5.
Anak pun baru dua masa tu 😂

ENtahlah, sebab rumah dekat dengan Port Dickson kot, sebab tu lah selalunya Port Dickson ni jadi pilihan nak jalan-jalan. 

Masa tahun 2017 ni, harga tiket dia taklah mahal sangat, sebab kalau mahal, mesti aku taknak pergi, aku kan kedekut keh keh keh.. cumanya aku tak ingat exact harga dia berapa.

Dan masa ni, adam dan amir kecik lagi, sorang baru nak masuk 4 tahun, sorang setahun lebih.
Jadi memang tak boleh nak expect budak kecik yang tak ada darah modelling ni, akan bagi kerjasama yang bisa mendapatkan gambar dengan effect terbalik yang baik lah.

Tak kisahlah, janji semua happy masa ni.
Aku dengan zaimi la yang paling happy, tanya amir haram langsung dia tak ingat dia pernah ke sini hahaha

|Entry ini banyak gambar|








Oh ya kalau nak bergambar semua geng kita sekaligus dalam satu gambar, budak staff sana memang baik hati, diorang akan ambilkan gambar.

Dah namanya Rumah Terbalik Port Dickson kan, makanya banyaklah spot bergambar secara terbalik.
Gambar ada yang ok, pandai staff tu ambilkan gambar, ada yang tak berapa jadi, nak buat macam mana, kami berempat memang kayu bergambar haha


Disebabkan ramai kawan-kawan cakap takut tengok gambar ni, makanya kita letak dia saiz kecik je sudah hahah!



Ya masa ni aku sempatlah bergambar dengan hantu-hantu tu semua.
Dan siapa cakap aku demok, aku suruh hantu-hantu tu menghantui korang ahahaha

Entahlah weh masa ni terlalu happy ternak lemak kot.
Hmm..




Selain effect tergantung dari syiling, ada jugak spot yang buat kita melekat kat dinding.

Cuma satulah antara silap yang aku perasan, aku tak buang time stamp kat gambar, jadi dia sedikit mengganggu ilusi terbalik atau melekat tu.



Eh macam mana amir boleh tergantung atas pintu tu? 
Haha!


Yang ini pulak effect dia macam gambar yang diambil dari atas.
Rasanya posisi yang sesuai adalah semua sandar rapat ke dinding, baru nampak macam baring.
Aku tu entah pesen apa, sejenis terapung pulak, macamlah ringan sangat nak terapung 😂





Ada spot yang buat kita nampak macam gergasi.



Ada spot yang buat kita nampak macam kenit.
Bukan kenit Hasbirabbi 7HMK2 tau 😜








Ada spot lukisan-lukisan kat dinding yang nampak 3D.
Kalau pandai gayakan, memang menarik sebenarnya.






Ada beberapa monumen kecik kecik.


Spot untuk ilusi ni ada banyak tau, cumanya tak jadi sangat gambar-gambarnya.
1. Segan.
2. Kejar anak-anak tak sudah.



Dan, yang terpaling favorite dekat sini adalah jamban ini.
Ahahaha
😂😂😂😂

Tapi ini semua 2017, sekarang mesti dah lain sikit, mesti dah ada ubah-ubah sikit kan.
Yang penting kalau nak pergi, patuh SOP la ya musim-musim pandemik ni.

Sekian entry throwback minggu ni, terima kasih sudi tengok gambar gambar 😆


PS: Kalau diberi kuasa untuk set up 1 room untuk rumah terbalik, korang nak buat bilik apa jadi terbalik? Kalau aku, aku teringin nak terbalikkan area sidai kain hehe







Catat Ulasan

41 Ulasan
* Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.
  1. teringin nak gi rumah terbalik bawak anak-anak ni.bilalah gaknya berkesempatan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergilah sis, banyak tempat dah ada rumah terbalik ni kan sekarang ;)

      Padam
  2. gambar yang dlm toilet tu kelakar...
    ehehehee... creative gila sapa yg starts buat rumah terbalik ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ahaha kan, macam manalah boleh tercetusnya idea tu

      Padam
  3. Ini betul2 "campak belakang lalu terbalik".

    Ammi pun pernah singgah sini masa gi rumah SIL kat area politeknik tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihihi.. rasa macam nak repeat gak ni bila2.. tapi tu lah, bila entah..haha

      Padam
  4. besar juga rumah terbalik ni.. yg best bila nak bergambar, macam2 idea dan style ada..haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pergi ramai2 baru best ni sebenarnya, nak2 semua gila2 hehe

      Padam
  5. Mmg enjoy posing2 kt rmh terbalik...yg kt jamban yg paling win..

    pernah gi yg kt Penang..

    BalasPadam
  6. Unik.Kawan-kawan PC dah ada yang berkunjung.

    BalasPadam
  7. seronoknya syaz..shida xpernah lg pergi ke tempat2 mcm ni ^_^
    mcm mana kdudukan tandas tu? pelik pulak rasa hahaha

    BalasPadam
  8. ahahah sekali sekala feeling2 kelawar :)

    BalasPadam
  9. wak pown dh pegi rumah terbalik n9 nih., hehehe

    ps. abeslah rumah terbalik tamparuli negeri sabah tu bah sbb xleh amek gambar khannns., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. tapi jauh di sudut hati, teringin nak pergi yang tamparuli tu hehe

      Padam
  10. Tak pernah lagi pergi rumah terbalik..mcm seronok pulak bergambar dalam rumah terbalik..

    BalasPadam
  11. Serius la kat PD ada rumah terbalik. k.fiezz baru tahu baca entry Syaz ni.haha. #ketinggalan sungguh lah..haha

    BalasPadam
  12. gambar amir tergantung atas pintu tu best! hehehe

    BalasPadam
  13. Cantikla semua gambar2 tu, akk paling suka gambar dlm toilet bowl dgn gambar anak syaz tergantung atas pintu tu..nanti akk nak ajak somi ngn anak2 pegi sini juga, akk tak tau pun ada rumah twrbalik kt PD ni, jangan2 somi akk pun tak tau sbb dia bukan kaki jalan. Tq shaz share somethin benefit mcm ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehe..nanti boleh ajak suami pergi ye kak, best jugak sekali sekala terbalik hehe

      Padam
  14. Wak tak pernah sampai lagi tempat ni

    BalasPadam
  15. Macam lagi best je yang PD ni. Masa pergi kat Sabah, dalam kepala asyik pk janganlah barang2 tu jatuh atas kepala. pastu nak cepat2 keluar.

    BalasPadam
  16. wahhh bestnya pergi ke rumah terbalik di port dickson

    BalasPadam
  17. seronok tengok gambarnya^^
    sy satu hari duduk rumah layan movie sahaja hehe

    BalasPadam
  18. best gak ye ambil2 photoshoot kat sini

    BalasPadam
  19. Hahaha.. comel-comel semuanya.. pandai bergaya.. hehehe..

    BalasPadam
  20. Menarik juga rumah terbalik ni. Tak pernah masuk lagi mana2 rumah terbalik

    BalasPadam
  21. Wahh menarikkk. Selalu g PD g picnic. Tak tahu pulak pasal rumah terbalik ni syaz. Tq share. Nanti boleh bawak anak ke sini jugak.

    Comel semua gambar. Ruby suka tgk hat nampak kenit kat buku tu.

    Kat toilet pun ada 😂😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. hihi, nanti rubiah boleh try pergi pulak dengan family :D

      Padam

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di blogsyaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at blogsyaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.

Disclaimer: Unauthorized Use of Photos

All personal and family photos on this blog are the exclusive property of syaznirahim.com. These images may not be downloaded, copied, reproduced, or used in any form without prior written permission from the owner. Unauthorized use of these photos is strictly prohibited and may result in legal action. If you wish to use any of the photos, please contact me for permission and licensing terms. Thank you for respecting our rights and the privacy of the individuals depicted.

Penafian: Penggunaan Foto Tanpa Kebenaran

Semua foto peribadi dan keluarga di blog ini adalah hak milik eksklusif syaznirahim.com. Imej-imej ini tidak boleh dimuat turun, disalin, dihasilkan semula, atau digunakan dalam apa-apa bentuk tanpa kebenaran bertulis daripada pemilik. Penggunaan foto-foto ini tanpa kebenaran adalah dilarang keras dan boleh mengakibatkan tindakan undang-undang. Jika anda ingin menggunakan mana-mana foto, sila hubungi saya untuk mendapatkan kebenaran dan syarat pelesenan. Terima kasih kerana menghormati hak kami dan privasi individu yang digambarkan.

Top Post Ad