Tiada Kelayakan Jadi Penjual Goreng Pisang

Entry kali ini masih pasal pisang. 🍌
Seperti entry ini dan ini.
Moga-moga anda semua tidak pishang. 😂


Ya, ada orang yang memang tak layak nak jadi penjual goreng pisang, sebab betapa tidak berkredibiliti nya dia, kerja semudah itu pun

dia tak boleh buat!

Apa punya teruk manusia tu??
Marah ni!

Siapa orang tu?
Nak tau ke?

Aku lah.

Aku lah orang yang tak layak nak berniaga goreng pisang.
Uhuhuhu...

Okey, cuba kalian bayangkan goreng pisang tu macam mana rupa paras dia.
Panas-panas.. kilat-kilat, ada lapisan garing krup krup..

Pergh..

Selayaknya goreng pisang untuk jual ni, kena secantik ini 👇

Gambar ni masa google, terjumpa. Rupanya dari blog Si Hati Merah Jambu, pinjam ya.
Eh korang lepas ni pergilah blog dia ya 😉

Berbalik pada kisah aku tidak layak untuk berniaga goreng pisang tadi.
Kalau kalian masih ingat entry yang aku buat pengat pisang guna pisang cavendish tu, aku guna beberapa biji pisang je.

Jadi, dari sesikat pisang tu, ada lebih lagi pisang.
Jadi, why not harini kita buat goreng pisang!
Kata hatiku, dan aku say it out loud kat seisi rumah.

Anak-anak pun bersorak sorai la kan, sebab masing-masing suka makan goreng pisang.

So let's.

Pisang yang berbaki 6 biji tu pun dah sedikit lembik.
Sebab dah masak kan.

Sebiji kita belah lah 4.
Gaullah dengan bancuhan tepung goreng pisang cap Nona.

Sekali masa goreng, aku dapat kenalpasti kelemahan dan kehampehan aku dalam arena goreng pisang ni.

1. Pisang tu melekat-lekat antara satu sama lain. 
Bukan sepatutnya dia solo solo ke?
2. Pisang tu terbogel dalam kuali. 
Aik boleh tercabut pulak tepung dia lepas dah garing.
3. Aku tak berani nak masukkan pisang guna jari, maka pakai sudu, 
takut jari tercelup dalam minyak hahah!

Maka inilah hasilnya:


Yang bogel aku dah ngap.
Geram kat dia apesal tercabut.

Betapa tidak indahnya kemenjadian korang..
Maafkan aku pisang.

Goreng pisang pun fail..haiya..

Post a Comment

38 Comments

  1. pisang kalau terlalu masak bila digoreng mmg mcm nie bentuknya.. ala.. boleh cuba lagi.. tgk org jual goreng pisang pun xde rupe bentuk pun laku je janji boleh buat minum petang dengan air teh o panas..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul la tu, agaknya sebab terlalu masak kan

      Delete
  2. Boleh cuba lagi. lama-lama pasti menjadi tu..

    ReplyDelete
  3. pishang betullah, hahaha.. agaknya pasal pisang tu dah masak sangat la Syaz

    ReplyDelete
  4. Usaha tangga kejayaan.
    Rasa macam mana? Asal sedap rupa buruk pun takpe.

    ReplyDelete
  5. Hihi..pisang makan mana sedap digoreng syaz, awat tak buat cekodok..kan ada entri cerita pasal cekodok tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah tu hahaah tak terfikir pulak masa tu kak :D

      Delete
  6. alahh takpe nanti boleh cuba lagi. mungkin sbb pisang tu dah terlebih masak ranum agaknya kan, itu yg jadi cenggitu.. mommy boleh cuba lagi kan hehehe

    ReplyDelete
  7. Ada pisang sesuai di makan masak semulajadi,ada pisang boleh dibuat kek,digoreng,dibuat pengat atau direbus.Ada juga yang sesuai untuk digoreng lebih sedap.Tak apalah.nanti boleh cuba-cuba lagi.InshaAllah.Aamiin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah PC, akan beli pisang2 yang dicadangkan dalam komen2 ni hehe

      Delete
  8. chaiyookk kak. huhu. lapar pula tgk pisang goreng. huhu.

    ReplyDelete
  9. tak kisahlah macam mana rupanya...janji bole ngap berkali2! ngeh3...
    nak shikit boleh? :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. segan nak bagi sebab horror sangat rupa dia ahahaha

      Delete
  10. dah masak + lembik awat xbuat cucok jer syaz..tp spesis shida la..mesti gagal buat kuih sebarang kuih pun ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul sangat tu shida, kite memang fail bab2 kuih sebenarnya hahahah

      Delete
  11. buat jemput2 pisang je lain kali. hehehehe...x ada siapa yg komen nanti...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, kenapalah tak terfikir nak buat cekodok je huhu

      Delete
  12. Bukan semua pisang boleh digoreng.
    Pisang cavendish kurang sesuai.
    Cuba cari pisang nipah, pasti jadi.

    ReplyDelete
  13. Kita cuba lagi dan lagi dan lagi.
    Ini biasa berlaku pada saya juga.. wakakaka..

    ReplyDelete
  14. bila terlalu masak die akan jadi lembik sanagt..aduh sis buat sapen je entry tadi..penggunaan tepung pon salah satu reason..biasanya orang cmpur tepung gandum dengan tepung lain..saya lupa la hehe..tapi boleh la tu sis..da hampir nak jadi da tuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan, banyak parameter kena diperhalusi ni, tepung, jenis pisang..yang palng penting bakat saya..huwaaa hahaha

      Delete
  15. sebenarnya pisang cavendish ni sejenis pisang yang tak boleh di goreng dengan tepung gitu...dia sesuai di buat cekodok, buat pengat dan kek pisang... tapi tak sesuai di goreng dengan tepung... macam sesetengah pisang yang tak boleh di goreng... dia akan jadi berminyak dan tertanggal dari tepungnya... sedikit perkongsian dari akak yang suka menggoreng pisang hehehe

    ReplyDelete
  16. kikiki.. maaflah saya gelak sebab saya juga pernah jadi begini..
    Takpe, practice make perfect.. dont give up.. you can do it..

    ReplyDelete
  17. goreng ja pisang awak r pisang nangka yg mengkal gerenti xlucut salutnya syaz

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kak PI, cuma kadang2 rasa dia kelat sikit

      Delete
  18. kalau pisang dah ranum boleh buat cucur kodok hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. baik! hahaha tu lah, ramai suruh buat cekodok ni, pasti saya akan buat cekodok lepas ni ;)

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.