Pakcik aku send gambar ni dekat whatsapp last week.
Gambar adam masa pertama kali sambut raya dulu.
Anak sulung kan, pertama kali ada anak, excited betul nak belikan adam 1 set baju raya penuh dari kopiah sampai ke samping siap berkasut bagai!
Padahal masa ni adam jangan kata nak berjalan, duduk pun baru belajar-belajar haha!
Gigih aku dengan zaimi cari set baju melayu baby tu.
Siap dengan samping sekali kami cari.
Kopiah tu pun sebab dah ternampak masa tu, beli jugak!
Oh baju tu kami beli di Warta Bangi rasanya.
Eh ke aku beli apa dekat Warta Bangi tu ek?
Best tau zaman pre covid dulu, memang selalu kalau nak raya mesti akan pergi ke area Warta Bangi atau PKNS Bangi tu untuk carik keperluan raya.
Baju lah, kuih raya lah..
Best sangat berhimpit ramai-ramai macam tu masa shopping.
Dulu of course la rasa rimas gilerr kan, sekarang itulah yang dirindui.
Adam pun dah besar dah, dah 8 tahun berlalu dari hari gambar di atas ni diambil.
Remake gambar la kononnya ni.
Haha!
Korang pernah sampai ke Warta Bangi?
Ada sesiapa pergi ke sana tak dalam masa terdekat ni?
Ada lagi ke Warta tu?
10 Comments
Dah besau anaknya.. Mesti dia suka tengok rupa dia masa kecil..
ReplyDeleteTak sure la ad lagi ke tak Warta Bangi tu...dah lama x masuk..memang kalau kita beranak sulung memang excited nak beli baju anak kan...
ReplyDeleteHahaha comel je kan baby2 pakai baju melayu...
ReplyDeleteWarta bangi tu Kipmall bangi kan?!
alolo omeynya adam pakai kopiah lebai hehe :)
ReplyDeleteDulu masa keja part time kat bangi rajin gak ke Warta tu. ramai umat manusia selalunya. Sekarang ni tak tahu lah. Pergi Bangi tak singgah situ dah. Bangi pun dah makin meriah. Comel remake gambar dulu tu.
ReplyDeleteada lagi ke warta tu?
ReplyDeleteTengok gambar first tu comelnya.. scroll kat bawah, wah dah besar lah.. hensem dah...
ReplyDeletealahai comelnya masa amir baby..tgk mcm ikut si ayahnyee hehee..dah besar lain pula hehee
ReplyDeleteNampak segak bergaya laa pakai set baju melayu tu . Comel . CCL belum pernah sampai kat warta bangi
ReplyDeleteAduh.. Handsome Adam lengkap berbaju melayu gitu..
ReplyDeleteRindu zaman tak ada covid ini..
Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)