Set Baju Melayu Baby Dengan Samping | Throwback Thursday

Pakcik aku send gambar ni dekat whatsapp last week.
Gambar adam masa pertama kali sambut raya dulu.

Anak sulung kan, pertama kali ada anak, excited betul nak belikan adam 1 set baju raya penuh dari kopiah sampai ke samping siap berkasut bagai!


Padahal masa ni adam jangan kata nak berjalan, duduk pun baru belajar-belajar haha!

Gigih aku dengan zaimi cari set baju melayu baby tu.
Siap dengan samping sekali kami cari.
Kopiah tu pun sebab dah ternampak masa tu, beli jugak!

Oh baju tu kami beli di Warta Bangi rasanya.
Eh ke aku beli apa dekat Warta Bangi tu ek?

Best tau zaman pre covid dulu, memang selalu kalau nak raya mesti akan pergi ke area Warta Bangi atau PKNS Bangi tu untuk carik keperluan raya.

Baju lah, kuih raya lah..

Best sangat berhimpit ramai-ramai macam tu masa shopping.
Dulu of course la rasa rimas gilerr kan, sekarang itulah yang dirindui.

Adam pun dah besar dah, dah 8 tahun berlalu dari hari gambar di atas ni diambil.

 

Remake gambar la kononnya ni.
Haha!

Korang pernah sampai ke Warta Bangi?
Ada sesiapa pergi ke sana tak dalam masa terdekat ni?
Ada lagi ke Warta tu?

Post a Comment

10 Comments

  1. Dah besau anaknya.. Mesti dia suka tengok rupa dia masa kecil..

    ReplyDelete
  2. Tak sure la ad lagi ke tak Warta Bangi tu...dah lama x masuk..memang kalau kita beranak sulung memang excited nak beli baju anak kan...

    ReplyDelete
  3. Hahaha comel je kan baby2 pakai baju melayu...

    Warta bangi tu Kipmall bangi kan?!

    ReplyDelete
  4. alolo omeynya adam pakai kopiah lebai hehe :)

    ReplyDelete
  5. Dulu masa keja part time kat bangi rajin gak ke Warta tu. ramai umat manusia selalunya. Sekarang ni tak tahu lah. Pergi Bangi tak singgah situ dah. Bangi pun dah makin meriah. Comel remake gambar dulu tu.

    ReplyDelete
  6. Tengok gambar first tu comelnya.. scroll kat bawah, wah dah besar lah.. hensem dah...

    ReplyDelete
  7. alahai comelnya masa amir baby..tgk mcm ikut si ayahnyee hehee..dah besar lain pula hehee

    ReplyDelete
  8. Nampak segak bergaya laa pakai set baju melayu tu . Comel . CCL belum pernah sampai kat warta bangi

    ReplyDelete
  9. Aduh.. Handsome Adam lengkap berbaju melayu gitu..
    Rindu zaman tak ada covid ini..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.