Dah lama rasanya tak bercerita tentang dua mini novel aku ni.
Kedua-duanya sangat memberi erti yang besar dalam hidup aku.
Dengan terbitnya kedua-dua nashkah ini, impian bucket list aku tercapai.
Dari kecil aku memasang hajat untuk menjadi penulis.
Namun hajat tu terpaksa aku ketepikan sementara untuk menghabiskan pelajaran.
Masa terus bersilih ganti, akhirnya industri buku pada masa kini pun sudah berubah.
Tapi, minat aku masih sama, masih menebal.
Jika yang aku angankan dulu, andai menjadi penulis, buku aku akan diletak di rak jualan di kedai-kedai buku. Segala urusan pemasaran dilakukan oleh syarikat penerbitan. Cukup masa, aku akan kutip bayaran royalti.
Namun keadaan kini dah tak sama seperti zaman angan-angan aku mekar tu.
Jangan kata nak ada orang uruskan jualan, pembaca buku tegar seperti dahulu pun dah berkurang.
Maklumlah, zaman gadget. Hiburan untuk isi masa lapang lebih banyak pilihan dari berteleku membaca.
Jadi, penulis zaman kini harus proaktif memasarkan sendiri buku penulisan mereka.
Itulah yang aku lemah perlu lakukan, seperti sekarang inilah!
Jadi, setelah lama tidak memasarkan Terkaitnya Kita dan Life Baggage ini, hari ini aku nak bagitahu yang kedua-dua nashkah ini masih boleh dibeli.
Betul!
Masih boleh dicetak untuk jualan!
Terkaitnya Kita - RM20
Life Baggage - RM30
Dan aku juga nak buat promosi, jika beli kedua-dua sekali, harganya cuma RM53 TERMASUK POS SEMENANJUNG MALAYSIA, (SABAH SARAWAK TAMBAH RM7 SAHAJA!)!
Hubungi aku sendiri di 019-2984616
Dan, pembeli mini novel ini yang direct dari aku sendiri melalui blog ini, akan disenaraikan untuk cabutan bertuah.
Aku akan umumkan pada hujung tahun nanti insyaallah!
Syaratnya mudah sangat, hanya purchase kedua-dua atau salah satu nashkah.
Itu sahaja!
Dan pada sesiapa yang sudah pun membacanya, bolehlah buat review ya!
Melalui Goodreads pun boleh, aku sangat-sangat hargai tau!
17 Comments
Alhamdulliah, tercapai impian kak syaz..
ReplyDeletebest novel kak syaz. sila lah beli dan baca ya..hehe
Tahniah Syaz.
ReplyDeleteMoga adamasa untuk menulis lagi.
Ammi br ada 1..itupun dpt hadiah dr awak.
ReplyDeleteYg 1 lagi insyaallah..
Uncle tompang bangga!
ReplyDeletewah...nak beli direct ngan penulis la..leh minta autograph & amik gambar sekali. aci tak? kat senawang je kan? pernha gak try2 nak menulis, tapi x pandai la..tulis blog je la.
ReplyDeleteboleh! hehe..insyaallah boleh set time ;)
DeleteTahniah... semuga istiqamah menulis walaupun banyak penerbitan buku dah tutup kedai apa pun semuga berjaya
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah impian tercapai. Semoga akan ada menyusul karya seterusnya. Aaminn...
ReplyDeleteKakkk, saya baru habis bacaaaaa...haha..nanti reviewww..Baru je habis baca masa kuarantin haritu...
ReplyDeletetahniah syaz , tumpang bangga sekali
ReplyDeletetahniah Syaz..akak nak juga..nanti akak DM
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tumpang gembira.. Impian tercapai :)
ReplyDeleteSemoga berjaya.
ReplyDeleteAlhamdulillah impian tercapai, semoga dapat terus menulis dan tambah koleksi buku yang ditulis.. good luck
ReplyDeleteAlhamdulillah tahniah syaz! terima kasih sbb beri shida sebuah hasil karya yg membanggakan itu..lepas baca simpan baik2 sayang~
ReplyDeleteAllahu penulis ke, beli direct boleh dapat kata - kata hikmah tak
ReplyDeleteAlhamdulillah.. Tahniah Syaz.. Semoga terus semangat menulis ye..
ReplyDeleteSetiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)
Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)
Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.
What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.