Persiapan Sambutan Ulangtahun Hari Lahir Amir

 Hari ni, 16 Oktober 2021 adalah ulangtahun kelahiran amir yang ke enam tahun.

Dari pagi lagi aku dengan zaimi dah menjalankan rancangan kami untuk buat sambutan kecil-kecilan dalam rumah ni. Ala, buat anak-beranak kami lima orang aje. Tapi nak buat yang meriah sikit.

Untuk tahun ni, semua anak-anak tak ada kek custome made. Kalau tahun-tahun sebelum ni, aku tempah kek dari satu bakeri favourite kami dekat Paroi tu. Tapi disebabkan daripada birthday adam hari tu kami hanya beli saja kek yang ready made dekat kedai, lepas tu birthday ayu pun sama macam tu juga, maka untuk adil, giliran amir pun kita beli aje kek dari Harolds Bread.

Untuk amir, kali ni kami belikan dia Rainbow Cake Harolds Bread. Kek Harolds Bread sedap tak? Bagi kami sedap je. Dia banyak cream, dan kek dia sangatlah lembut tau. Cuma yang terkilan, kek tu lari sikit dari kedudukan asal dia di atas tray tu. Almaklumlah kami guna perkhidmatan Food Panda untuk pembelian kek ni. Redha je lah labu haha!

Ok berbalik pada persiapan, zaimi ada beli set birthday dari shopee. Set yang ada 39 biji belon, pengikat belon-belon tu, dan ada Happy Birthday hanging letters beserta reben untuk gantung. Plan asal, zaimi nak guna pump untuk tiup belon-belon tu semua. Sekali rupanya tak tertiup dek pam tu haha!

Apa lagi, terpaksalah omak dan ayah mengerah tenaga meniup semua belon yang ada. Anak-anak masa ni memang kami suruh diorang mandi pool dekat belakang rumah. Nak surprise punya pasal! Berpeluh-peluh memasing meniup belon!


Dah siap tiup semua belon, aku ikat kesemua belon guna tali plastik pengikat khas yang memang dah ada lubang-lubang untuk masukkan ikatan belon tu. 




Nama dia apa aku pun tak pasti weh. Aku pun first time jumpa benda alah tu. Agak payah dan mencabar jugaklah nak masukkan kesemua 39 biji belon tu. Dengan perasaan suspense takut anak tiba-tiba masuk ke ruang tamu pun iya jugak hahah!

Lepas dah siap, zaimi pulak uruskan hal ehwal menggantung ke dinding. Pakai selotep besar dengan double sided tape asalnya, tapi tak jadi sebab asyik jatuh balik. Last last siap drill dinding sikit sebab nak letak tali bagi kuat tergantungnya belon-belon tu semua.


Berpeluh jerut encik ayah nak meraikan anaknya haa..
Semoga mengalir pahala ayah sebab gigih nak membahagiakan anak-anak.


Dekat sejam jugaklah kami ambil masa nak perabis semua decoration untuk sambutan birthday amir. Lepas dah siap pasang semua, baru panggil anak-anak masuk. Kecut dah masing-masing main air haha! Terujalah masing-masing tengok ada belon dan banner tergantung di dinding.


Duduk sekejap lepas tu makanan pulak sampai. Memang aku tak merancang nak masak pun hari ni. Makan special sikitlah kan sempena birthday.  Kikiki..

Suasana sambutan birthday amir tu nanti kita cerita di entry yang lain. Dah mengantuk jugak ni.
😴


Good night everyone!

+++

Post a Comment

11 Comments

  1. happy birthdayyyy
    sama la tarihk birthday siste in law

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, happy birthday untuk SIL Cik Nor juga ya!

      Delete
  2. Happy birthday Amir...penat jg nk tiup belon2 tu..semoga Allah balas penat lelah ibu bapa..

    ReplyDelete
  3. Mcm2 sekarang pilihan yg ada kan...sediakan duit ja ..pasti Amir teruja dgn sambutan oleh mama abahnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. alhamdulillah, semua seronok semalam, amr sampai malam masih nak makan kek dia hehe

      Delete
  4. salam ziarah..wow..cukup rapi dan ready

    ReplyDelete
  5. Cantik warna belon-belon tu.

    ReplyDelete
  6. nak tanya gak, cam mana gantung belon tu? nampak cantik..beli kat mana? story ek nanti..tapi yg ada lubang2 tu...

    ReplyDelete
  7. cantik deco cdeco nufday t . bukan senang nak gantung belon tu kan

    ReplyDelete
  8. Mahu tak seronok, lepas mandi pool ada surprise pulak kan. Gigih tu siap drill dinding. Semoga pahala buat keduanya menggembirakan anak-anak. Aaminnn...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.