Ke Zoo Melaka Bersama Keluarga | Throwback Thursday

Assalamualaikum...

Nak throwback apa ya hari ni? SR bawa kawan-kawan throwback masa SR pergi Zoo Melaka bulan Januari 2022 hari tu la, nak?

Kalau ada yang ingat entry SR pergi naik Melaka River Cruise dan Menginap di Metrasquare Ayer Keroh, Melaka, haa.. sebenarnya masa tu SR ada juga pergi ke Zoo Melaka sekali.

Saja bawa adam, amir dan ayu jalan-jalan tengok haiwan-haiwan kan. Sejak PKP, memang lama tak ke Zoo Melaka ni.

Macam biasalah, masuk aje pintu zoo, ada staf arahkan kami beratur untuk ambil gambar. Katanya untuk record. Haa tak apa... Sebab mood masih baik, marilah beratur.

Lepas tu, dekat exhibit burung, ada booth gambar juga. Kali ni, memang tak ada staf yang kata nak ambil gambar untuk record ke apa kan. Memang SR yang nak tangkap dan beli gambar sambil anak-anak pegang burung hidup tu.



Tapi kan, bila terlalu banyak sangat staf yang asyik nak tangkap gambar, lepas tu dia letak dekat rak jual, jadi annoying tau. SR mula rasa macam dah diperbodohkan. Tak beli gambar tu karang, risau pulak. Nak buat apalah diorang dengan gambar kita 1 keluarga tu kan? 

Haih..

Dekat depan gajah ni, SR ingat dengan jelas lagi, staf datang nak ambil gambar. SR dengan zaimi dah tak nak, sebab dah habis dah duit asyik beli gambar. Staf tu tarik muka uolllssssss.... Geram je SR. 

SR harap, mereka yang terlibat dengan ambil-ambil gambar ni jangan ambil hati apa SR cerita ni. SR support tau, banyak juga gambar SR beli. Tapi! Bila ada ketika kami dah cakap taknak, maksudnya memang taknak lah. Taknak ambil gambar langsung + taknak beli. Janganlah didesak, janganlah dijeling. Tau, penat, panas... Tapi itukan hak peribadi kami.

Maaflah, termulakan entry dengan cerita buruk dulu hahaha!

Tapi, of course lah best bila bawa anak-anak pergi zoo. Tengok animal show, tengok binatang itu ini kan. Cuma bila asyik dia tahan kita suruh beratur bergambar tu, jadi tak best sikit.

SR rasa, entry kalau pergi zoo ni, sama aje jalan ceritanya. Jadi, kawan-kawan boleh tengoklah sendiri perjalanan SR ke Zoo Melaka. Gambar sedikit tak tersusun. Kikiki...


Sang Gajah yang menyaksikan keluarga kami dan beberapa keluarga lagi dijeling sebab tak nak bergambar walau untuk record. (Entah ye untuk record.)


Ini rasanya depan exhibit Pak Belang.




Sementara menunggu Animal Show. Banyak Bird Show.

 


Depan petting zoo. Kami tak masuk pun. Malas pula.



 


Depan pintu masuk, lepas bergambar 1 keluarga seperti yang atas sekali tadi.


Eh ini gambar masa sebelum beli tiket. Dekat foyer Zoo Melaka. 


Ini pula masa masing-masing sibuk mengepau zaimi topi dan teropong. Zaimi pun macam biasa, layan permintaan buah hati tiga ketul ni.


Pak Belang yang debab sedang berehat. Cantik sangat dia. Terpesona SR.


Boleh bagi makan. Anak-anak pun mencuba juga untuk bagi makan.





Ini masa Animal Show tadi, dia bagi peluang anak-anak pegang dan usap haiwan tu. SR geli. Hahaha!



SR dan zaimi yang gajah di hadapan gajah-gajah.





Sewa buggy sebab panas dan tak larat nak menapak + ada explanation. Terbaik adik yang bawak buggy ni. Hakak suka cara adik buat kerja, sangat profesional!


Muka berpeluh jerut!



Sekian coretan SR ke Zoo Melaka untuk awal 2022 😊

 

Post a Comment

12 Comments

  1. Dah lamanya tak gi Zoo.. Zoo Melaka pun last pergi masa sekolah remdah tak silap.. Besor gilaaa.. Puas jalan tengok haiwannn. hahahaha

    ReplyDelete
  2. Sabo jela part kena jeling ek.. Hak. peribadai memasing.. terpulang kita sebagai customer..

    ReplyDelete
  3. Seronok pergi zoo, banyak pelajaran dan pengalaman.

    Emm..memang annoying la kalau staf asyik nak ambik gambar kita. Pernah juga camtu masa akak nak naik cable car Langkawi. Cepat-cepat suami kata tak payah ambik gambar, sebab memang tak membeli.

    ReplyDelete
  4. Seronok dapat pergi zoo. Zoo Melaka ni PC baru pergi sekali.

    ReplyDelete
  5. Akk suka tempat yg staff dia tanya dulu nak bergambar ke tidak...Dulu2 nerd, ingatkan org tu ikhlas nak ambil gambar utk rekod, rupanya depa display kat pintu keluar. Of course kita beli kan....tp now dari awal kami tolak. Cukuplah 1 kpg je sbg kenangan.

    Zoo tempat paling best utk anak2 kan ..

    ReplyDelete
  6. Pasal gambar tu wak sekeluarga pun pernah kena kat ZM ni
    Beli aje juga

    ReplyDelete
  7. siap kena jeling tu, eh dah kenapa. suka hati kita lah kan..klu dah setiap tempat, staff asyik suh amik gambar..jenuh..yea lah tu untuk rekod konon...

    ReplyDelete
  8. anak2 umur ni memang seronok & sesuai bawak jenjalan ke tempat2 mcm ni... Ian & Iris dulu memang puas jalan ke zoo, safari, tgk org utan...sampai ke bkk....tgk gajah plak

    ReplyDelete
  9. Nice post thank you Charmaine

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.