Pengalaman Menginap di Bell Suites Sunsuria City Sepang

Assalamualaikum wbt...

Baru-baru ini SR dan keluarga kecil SR sempat mencuri masa dalam kesibukan kami. Zaimilah yang punya cadangan, memang last minit betul percutian kali ini.

Nak kata bercuti tu, macam tak berapa nak kena sebab lokasinya dekat sangat dengan rumah kami, dalam 1 jam perjalanan sahaja. Mungkin lebih sesuai SR katakan kami pergi retreat untuk healing-healing dengan berstaycation? 

Agitchew...

Maafkan penggunaan bahasa SR yang horror tu.

Memang semata-mata nak tidur di tempat lain selain rumah, dan anak-anak boleh seronok-seronok mandi kolam. Jadi setelah zaimi cari-cari tempat, akhirnya kami setuju untuk bawa anak-anak bermalam di Bell Suites Sunsuria City di Kota Warisan, Sepang.

SR pun terus kemas beg laju-laju. Sebabnya, zaimi booked penginapan di Bell Suites ni pukul 9.30 pagi macam tu, pukul 12 kami nak bertolak dah. Check in kami minta pukul 3 petang.

Trafik pun lancar, kami sampai dalam 2.15 pm macam tu. Bertolak dalam 1.00 ++. Untuk menginap di Bell Suites ni, bukanlah sistem seperti di kebanyakan hotel. Sistemnya sama dengan cara kita booked untuk menginap di mana-mana apartment lain rasanya. 

Apabila sampai, hubungi tuan rumah. Kemudian, dia akan bagi nombor peti surat dia, dan segala info yang kita perlukan melalui Whatsapp. Peti surat dia ada pin number, juga dia akan bagi apabila unit yang kita sewa dah ready. 


Ini SR rujuk pada unit yang kami sewa. Unit lain, mungkin lain sikit caranya kot?

Lepas dia dah ready dan bagi nombor pin, kami pun diarah untuk ambil key card dalam peti surat dia. Di Bell Suites Sunsuria City ni,  pergerakan agak ketat. Semua laluan memerlukan akses menggunakan key card. 

Tet sana, tet sini.
Haha!

Kalau tak, tak dapatlah nak masuk ke, naik lif ke, naik tangga ke, semua kena flash card dulu.


Serba sedikit tentang Bell Suites Sunsuria City:

A home surrounded by inspiration offers life full of creativity and invention. Bell Suites features SOHO homes for avant-garde lifestyles designed to be connected to the world, where there is convenience at your doorstep, accessible transit and excitement at every corner. Experience urban living redefined within a networked sanctuary at the heart of it all.
Bell Suites






Kami punya unit adalah yang SOHO Type A.

Oh by the way, SR baru tahu kewujudan Xiamen University Malaysia ni. Punyalah besar dan cantik sekali kawasan serta building dia tau!


Okey berbalik pada cerita, lepas dah dapat key card, kami pun terus turun ke level 3, iaitu parking untuk kereta kami. Ya, parking memang dapat sekali dengan penginapan. Cumanya, parking tu memang betul-betul kena ikut aras dan nombor kotak parking yang diberikan.

Bila dah park, kami pun tolak beg dan naik ke unit kami. Dalam pada tu SR dah cakap pada zaimi, malam nanti lepas makan, SR cadang parking di kawasan free parking sahajalah, iaitu di tepi bangunan Bell Avenue. Jauh benar nak turun ke level parking yang diberi. Sudahlah tidak banyak kereta lain. Anjing pun berkeliaran! Takut SR!

Setelah selamat menaiki lif, akhirnya kami tiba di unit kami.


Unit kami tiada bilik, konsep studio. Ada dua katil King, ada dapur, almari, TV siap Netflix, peti ais serta mesin basuh. Unit kami juga tiada balkoni.

Sejuk sebab kipas ada 2, aircond pun ada 2!


View dari unit kami. Nampak rumah pangsa Smart Selangor. Tapi serius SR cakap, walaupun menghadap rumah pangsa ni, tak rasa serabut. Rasa sangat tenang SR tengok pemandangan ni. Mungkin sebab kawasan perumahan ni bersih dan permai. Teringat pula SR zaman SR kecil dulu waktu duduk bersama atok dan nenek di Flat Sri Pahang.


Okeylah unit ni, bersih sangat. Ada island, dan ada dapur elektrik yang function. Paling best ada penyapu. Haha! Anak sepah-sepah boleh terus sapu kan.

Peraturan Unit SR



Suis dalam unit ni pula semua jenis touch touch. Anak-anak dengan SR sendiri memang teruja, maklumlah, rumah kami mana ada semua kecanggihan ini! Ahaha!




Bila dah siap solat zuhur, kami pun turun ke level UG, di mana dekat situ ada kolam renang dan gym bak kata tuan unit ni. Bungkus baju apa yang patut, bawa key card, haaa jomlah turun.


Lif dia biasa-biasa aje, tak adalah cantik sangat. Tapi okeylah, dari kena naik tangga kan. 


Sampailah kami di kawasan kolam renang. Kolam dia memanjang dan sangat menenangkan. Ada jakuzi, tapi kami tak cuba pula masa ni.

Tapi bertuah jugalah kami, petang tu tak ada orang lain yang nak mandi di kolam kanak-kanak selain anak-anak SR sahaja. Rezeki nak rasa macam private pool. Hihi.


Kolam ni menghadap ke Xiamen University Malaysia tu.



Kolam kanak-kanak terletak di hujung sekali, berdepan dengan playground. Cuaca pun sejuk aje masa ni. Anak-anak SR tu sebenarnya, sambil mandi kolam, sambil mandi hujan. Kami biarkan aje, sebab hujan pun hanya tahap gerimis.





SR dan zaimi memang jadi pemerhati aje dekat tepi kolam. Santai-santai ditiup angin sejuk. Layannss juga cuaca hari tu. Syahdu aje.



Dah kata tak ada orang lain kan, memang keluar masuk sesama mereka tiga beradik aje lah dalam swimming pool kids ni.



Bila dah kesejukan, rehat-rehat sekejap dekat tepi kolam bagi baju kering. Lepas tu adam amir dan ayu pergi main dekat playground pula.







Cuma kan, kalau kalian ke sini, di bahagian playground ni memang tak boleh biar aje anak-anak. Sebab dia betul-betul sebelah tembok yang menghala ke bawah. Risau kalau anak panjat tembok tu. Sebab, memang tak ada apa-apa terrace, direct sahaja ke bawah.



Lepas dah dekat 1 jam di kawasan pool dan playground, kami pun berjalan-jalanlah dekat kawasan garden pula. Melihat pokok-pokok kayangan yang cantik-cantik.


 



Lepas dah puas mandi kolam, kami tukarkan siap-siap baju anak-anak dekat bawah. Ya lah, tak kan nak naik lif basah-basah kan. Adam pula request nak tengok gym. Jadi kami pun pergilah tinjau. Kebetulan tak ada sesiapa dekat dalam, kami pun masuklah. Bawa anak-anak tengok-tengok sebab teringin.





Sebelah gym, ada reading room pula. Dah namanya 'tidur hotel', anak-anak ni jadi terlebih teruja. Nampak reading room tu, beria-ia nak masuk juga!

Haa marilah masuk.


Ruang yang selesa dan cozy Ada meja dan ada papan putih juga. Sesuai kalau nak meeting atau study dalam ni.


Di tingkat bawah Bell Suites ni juga ada Thai Cuisine Restaurant.  SOI 55. Itu nanti SR cerita di post SR yang lain ya.


Keesokan harinya kami bangun tidur, disajikan dengan kabus ini.


Sangat menenangkan pada SR. Kawasan dia pun sunyi sahaja, sesuai sangat untuk merehatkan diri dari hiruk-pikuk kota.

Kesimpulannya, SR suka sangat dengan pengalaman menginap di sini minus kawasan parking ada anjing banyak! Dengan harga sewa di bawah RM300 untuk 1 malam, memang nice sebab dapat luang masa + privacy dengan anak-anak dan suami.

😁


Mungkin pada yang berminat untuk riki-riki atau booked terus, boleh tengok SINI.

Toodles!

Post a Comment

10 Comments

  1. wahh..bestnya. peningkan kalau takde penyapu disediakan. anak anak makan biskut berterabur jenuh mak kutip habuk

    ReplyDelete
  2. uncle pun pernah pegi Xiamen University tu... takajuik den!

    ReplyDelete
  3. walaupun kata dkt je ngan umh tp tkpe...bdk2 yg happy sbb dpt mandi pool tu

    ReplyDelete
  4. Sonoknya ayu n abang2 staycation studio mewah n selesa

    ReplyDelete
  5. seronoknya dpt cuti2 biar pun dekat je. tukar mood sekali-sekala kan?

    ReplyDelete
  6. Woww.. Syoknya kalau tak ramai kat swimming pool.. rasa bebas betol lah 🤩 Walaupun perjalanan cuma sejam, tetap kira percutian la.. hahaa.. Short escape gitu 😄👍

    ReplyDelete
  7. Selamat beriadah dan beristeri rehat

    ReplyDelete
  8. Bestnya dapat conquer swimming pool

    ReplyDelete
  9. hi . nk tanya , awak booked bilik ni kat Agoda ke ? saya pun book bilik yang sama tempat dgn awak... tapi takde contact number dekat apps Agoda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi awak. Kami booked ikut booking.com

      Lepas payment, booking.com akan bagi emel. Dalam emel tu yang ada no fon owner. Tapi owner2 dia lain2, mungkin ikut siapa owner juga 😊

      Delete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.