Makan-Makan Hari Lahir Abah ke 62 di Kenny Rogers Roasters Aeon Seremban 2 | Throwback

Assalamualaikum wbt

#throwback


Hai semua! Cuti ke kerja hari ni? Semoga baik-baik sahajalah walau di mana berada ya. SR masih lagi nak bercerita tentang sambutan hari lahir. Ahaha! Ala, sebenarnya SR baru perasan yang entry ni masih draft. SR ingat nak published. Rupanya belum. Marilah revised, dan published. SR abadikan di blog buat bacaan SR pada masa akan datang juga sebenarnya. Hee..

Kisahnya, hari jadi abah SR yang ke 62 adalah pada hujung bulan Oktober. 30 Oktober. SR ada cerita tentang adam buatkan kek kukus untuk Tok Wan dia masa tu.

Keesokan harinya, SR bawa abah dan emak untuk makan-makan di Aeon Seremban 2. Plan asal, nak makan tengahari di Johnny's. Tapi queue dia mak ooooiiii! Punyalah panjang! Tak kuasa pula nak menunggu. Jadi kami intai dalam Manhattan Fish Market dan The Chicken Rice Shop. Pun full house. Jadi, kami ke Kenny Rogers Roaster aje. Okey jugak, sebab lama dah tak pekena Kenny! Hihi!

Kenny Rogers Aeon S2 ini pun menggunakan sistem order guna QR code. Bagus! Senang, scroll dan order without human interaction. Hihi.


Anak-anak semua kami orderkan sama aje, Chicken Chop. SR dan zaimi makan set ayam quarter dengan tambahan 3 side dishes. Abah pula kami orderkan special sikit, tak ingatlah nama dia apa, tapi ada nasi yang ala-ala nasi dagang. 

Abah dan Amir

Adam, Abah, Amir. Zaimi dan SR ada cameo dekat cermin belakang. Hehe



Emak SR pula, dia kata nak makan Fish & Chip. Masa dah sampai, punyalah sikit hahaha! Lawaklah. Nak orderkan lain, dia kata tak nak. Sebab nak kongsi Chicken Chop Ayu aje.


Tapi kan, makan Kenny Rogers ni, memang mengenyangkan. Lepas makan semua kekembungan perut.  Memang tak laratlah nak pusing Aeon ke apa. Lagipun mak dan abah SR nak ke rumah Boi pula di Semenyih. Jadi, decide untuk terus balik aje.


Nampak pula ada belon model jantung dekat ruang legar utama Aeon Mall ni. Anak-anak memang nak masuklah, sebab nampak ada budak-budak lain keluar masuk dari jantung tu. Mula-mula zaimi temankan, yang beberapa kali lepas tu, diorang masuk sendiri. Dalam tu ada info-info berkaitan kesihatan jantung. Kalau tak silap SR, yang mengendalikan pameran kesihatan jantung di situ adalah Columbia Asia Hospital. Kalau salah, betulkan SR ya!


Abah dan zaimi tak nak bergambar. SR memang dah tak tau nak posing macam mana, macam dah hanyut kekenyangan! Hentam sahajalah! Asalkan ada gambar dengan jantung besar tu haa!

Itu ajelah cerita sepetang menyambut hari lahir abah SR yang ke 62. Semoga abah SR sihat walafiat dan sentosa sentiasa. 😁

pS: Ada lagi cerita birthday hahaha! Nanti SR up!

Post a Comment

6 Comments

  1. Seronoknya...lama dah x makan makan kat Kenny Rogers...nanti nak ajak Dania, Mak Pah dan Pak Zain la..nak makan sempena birthday Mak Pah

    ReplyDelete
  2. Menariklah model belon jantung besar tu.. tgk ayam KR teringin pulak

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah..meriah. sama la ngan kakak SA, lama x makan kenny..emmm dappp

    ReplyDelete
  4. Hepi belated birthday Uncle! Sedapnya Kenny Rogers, lama tak makan. Tapi memang betul la.. Kenyang

    ReplyDelete
  5. Selamat hari lahir ABAH.. ;)
    Uimakkkkk! Besau jantungnya.. ,;)

    ReplyDelete
  6. Alamak.. kenapa sikit sangat fish and chips tu..
    Happy birthday untuk abah SR..

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.