Kopi-kopi di Jelatok Retreat Farm Lenggeng, Negeri Sembilan

#throwback

Cerita September 2022. Ada SR pernah share gambar secawan kopi bercorak daun. Kisahnya masa tu, zaimi saja nak bawa kami minum-minum kopi di Jelatok Retreat Farm Lenggeng. Dia kata ada lalu di timeline TikTok dia. Tempat tu tiba-tiba diserbu oleh orang ramai, sebab ada yang viralkan di media sosial. 

So, let's.

Lagipun tak jauh dari rumah SR. Dalam 30 minit lebih-lebih aje perjalanan naik kereta. Dan macam yang SR pernah bagitahu, kalau guna Waze, Insyaallah tak sesat. Ikut sahaja arahan Waze tu betul-betul. Lokasi dia memang terkedalam sikit, iyalah, untuk retreat kan. Boleh menginap untuk healing bak kata anak-anak muda sekarang.

Kawasan parking dia di sebelah atas bukit tak berapa nak luas. Park kereta betul-betul depan chalet untuk menginap. Memang banyak akses yang penginap dapat. Boleh guna kolam renang, boleh turun ke bahagian bawah untuk capaian yang lebih luas di Jelatok Retreat Farm ni. Tapi memandangkan kami hanya datang untuk ke kafe, tak dapatlah round lebih-lebih.

Bila park kereta, terus ada staf yang tunjukkan di mana kafe. Kami pun follow sahaja sampailah dia bawa kami ke dalam kawasan kafe. Tidaklah besar, comel-comel sahaja kafenya.



Dah harungi jalan berliku-liku untuk ke sini, kami memang niat nak duduk di meja yang tepi pemandangan ni lah. 

TAPI!

STaf dia tak bagi. Dengan alasan, khuatir ada pelanggan lain yang kot-kot nak datang, dengan bilangan yang lebih ramai.

Oh macam tu ya... Baiklah. Kami akur. Ditunjukkan meja yang ada 5 kerusi, ngam-ngamlah dengan bilangan kami sekeluarga.


Haa duduklah kami betul-betul depan kaunter orang buat kopi. Akur punya pasal. Dah sampai jauh-jauh tak kan nak balik begitu saja kan, hanya sebab tak dapat duduk di meja yang betul-betul sebelah view.

Ada adik waiter datang, hulur buku menu. 

Kami pun orderlah lebih kurang, sebab sebelum ke sini, kami dah singgah makan di House of TMS Cafe Sajian Selero Nogori, di Ulu Bendul, Kuala Pilah. SR lupalah, kami order kopi apa. Kah kah kah...

Rasanya cappuccino.


Zaimi order hot, itu yang ada daun tu. SR order yang ais. Anak-anak kami orderkan air epal. Dan order juga dua Wrap untuk makan-makan sambil-sambil.



Tapi SR sebenarnya tak berapa nak suka meja ni. Sebab, antara SR dan amir, ada tiang besar gedabak macam tu.

Kalau ikutkan, SR tak puas hatilah. Tiang tu amat mengganggu.

Grrr.


Apa benda tu ek?



Jadi, duduklah kami berborak-borak di kafe ni.
Meja yang SR nak duduk tu, tak ada juga sesiapa yang datang duduk.
Frust sikitlah.


Wrap ni SR ambil ayam 1, daging 1.

Rasanya memang awesome. Sedap gilaa. Kalau nak makan kek pun ada dekat sini. Nasi-nasi tak ada. Masa SR pergi ni lah. Kot dah ada, tak pasti pula.


Sadis betul tengok amir macam terasing di balik tiang tu.
Hahaha!





Hari pun dah makin tengahari. 
Habiskan makanan cepat-cepat, bergambarlah mana yang patut.

Zaimi kata tak pasti pula bila nak repeat datang sini lagi. 



Pemandangan dia okeylah, cantik dan suasana yang tenang.
Jauh dari hiruk-pikuk bandar.





Pada yang nak kelainan, nak minum kopi dalam suasana hutan, bolehlah ke sini. SR doakan korang dapat duduk di meja yang SR tak dibenarkan duduk tu. 

Harga?

Depends pada kalian, mungkin akan ada yang rasa harga tu memang standard kedai kopi ala hipster macam ni (memandai aje SR ni menghispterkan kafe ni), atau mungkin kaliana akan rasa sedikit pricey jika tak selalu ke kafe suasana begini.

Ha gittew...

Senang cerita, kenalah sediakan wang lebih sikit dari RM20 (seorang) kalau berhajat nak minum dan makan.

Hmm... Okey macam ni, dekat atas ni tak ada ATM, sebab memang kecil saja tempatnya. Bawalah cash. Atau pastikan bawa telefon bimbit yang ada data internet, sebab boleh bayar dengan QR. Atau boleh juga bayar guna kad debit aje macam SR haritu.

Itulah sahaja kisah throwback kali ini.

😉

Post a Comment

12 Comments

  1. pulakkk dahhh... mcm2 laa staf gini... sabo je laa...

    view lawa, kopi sedap.... kombinasi mantap👍👍👍

    ReplyDelete
  2. tak suka betul bila kita nak duduk tapi staf lak tak bagi, lainkali tulis lah dulu untuk pelanggan dengan bilangan berapa2 kan. Potong mood betul kan

    ReplyDelete
  3. nak tak nak terpaksa la kan kacau mood betul,kalau saya cukup la sekali pergi takmo dah pergi situ haha

    ReplyDelete
  4. Memang menarik tempatnya. Santai2 gitu.
    Tapi bab kat meja ada tiang tu…aduhai, kacau mood sungguh. Sudahlah tadi tak kasi duduk meja kita nak.

    ReplyDelete
  5. cantiknya view sisi cafe tu

    ReplyDelete
  6. Alamak, tak bestnya macam tu. Kalau ikutkan hati boleh merajuk terus nak balik. Tambah lagi dapat meja yang tak selesa tu. Aduhaiii...sabar je lah kan. Masa saya pergi hanya kami je. Dan pagar pun masih pagar lama. sekarang dah macam banyak yang baru je nampak. Kopi harga standard. Makanan dia limited dan agak costly jugak kot. Masa saya pergi ada menu nasi. Itupun tak banyak pilihan dan biasa je. Permandangan tu dia punya tarikan utama :) Ada rezeki bolehlah menginap kat Re-Barn tu..nampak macam ada kuda juga bawah turun bukit tu.

    ReplyDelete
  7. Tahun ni memang tahun kopi la nampaknya....

    ReplyDelete
  8. Ala tak bestnya dapat seat macam tu. Patut bagi jelah,first come first serve. Barulah orang tertarik nak datang lagi or promote pada orang lain

    ReplyDelete
  9. Alahai kenapa lah customer nak duduk di tahan pula..

    ReplyDelete
  10. Kalau kita dah merajuk.. pernah tauuuu macam tu, dah duduk lepas tu disuruh bangun, kami terus balik.

    ReplyDelete
  11. Nasib SA xde di hari kejadian...hahahaha..kalau tak memang muncung la sepanjang masa...patutnya owner kedai tu buat la solution lain...orang dah duduk x bagus betul disuruh bangun...

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.