Saturday, February 27, 2021

Top 10 Gambar Misteri WhatsApp Minggu ini #2

Rawak sungguh gambar yang aku pilih untuk download dari whatsapp group minggu ni.
Ada yang sampai tak sesuai untuk dimuatnaik sebagai content blog pun ada haha!
Jadi ini 10 yang aku nak kongsi + 1 yang aku rasa hampir semua orang yang ada anak yang masih bersekolah akan download.

Poster Sidang Media Menteri Kanan Pendidikan Tentang Pembukaan Sekolah Bawah KPM.

Memang jadi perdebatan juga isu ni.
Sejujurnya aku rasa memang semua yang dibising-bisingkan di media tu ada yang betulnya, ada yang salah.

Tak perlulah aku ulas semula di sini, cuma doaku semoga dipermudahkan urusan para ibubapa, dan semoga selamat anak-anak di sekolah.
Sebab anak-anak memang perlukan guru yang ada tauliah.
Cukup setakat itu ulasan aku.

#2.1

Dikongsi oleh exclassmate di group sekolah.
Doa pembuka pintu rezeki.
Semoga murah rezeki kita semua hendaknya, amiin!


#2.2

Loket bentuk hati emas 916.
Antara yang aku muat turun gambarnya.

Entahlah seminggu dua suka pulak aku tengok gambar barang kemas kecik-kecik ni, lepas tu telan air liur lepas tekan kalkulator ๐Ÿ˜‚


#2.3

Kisah di sebalik gambar ubat gigi aloe vera Forever Bright ni boleh kata lawak pun ada.
Ada kawan pm, bagi poster-poster Forever Bright ni semua.

Dah banyak kali aku ignore, tapi malam kejadian tu aku rasa nak reply.
Kesian ke apa, entahlah. Haha!

Jadi aku pun kata, takpalah meh aku beli ubat gigi.
Ubat gigi tu kalau beli loose RM35 je.

Tapi dia keep on promote yang set, jadi ahli la, voucher next purchase la.
Maka aku pun belilah 4 ubat gigi ni, dapat keahlian dan voucher tu.

Dia macam beli dalam keterpaksaan tapi beli jugak.
๐Ÿ˜‚


#2.4


Baju ni dijual oleh jiran.
Aku tertarik nak download salah satu gambar sebab dia tulis situ saiz 2y - 10y.
Sebab apa?
Sebab adam sekarang dah makin tinggi.
Habis baju siang dia semua dah senteng dan kecik.
Tapi rupanya baju singlet dan seluar pendek.

Adam sekarang memang taknak pakai singlet.
Malu katanya kalau nak keluar rumah pakai singlet.
Nampak ketiak katanya.

Baiklah, anak mak dah besar.. dah reti malu hihi


#2.5


Ini pun rasanya semua warga Negeri Sembilan ada kot dapat dan download.
Pada 24 Februari 2021, terkejut beruk sangat dibuatnya sebab tiba-tiba kes Covid19 di Negeri Sembil9n mendahului carta! Memang seram sangat-sangat! Kalah cerita seram Sembil9n yang Amerul Affendi berlakon tu haha!

Rupanya yang ramai-ramai tu dari pekerja kilang.
Tapi takut jugaklah sebab Sungai Gadut tu tidaklah jauh sangat dari rumah iolls.

Semoga sihat semuanya mereka.

#2.6


Zine Rubrik Invasi Suara Bharu.
Isu Swaterbit.

Rasanya edisi pertama.
Harganya RM10.

Gambar ni, penulis yang bernama Mitch yang pm sendiri iklan ni pada aku.
Bukan dari group Whatsapp.

Haritu aku ada beli satu novel dari saudara Mitch ni, bertajuk Memoir Kampung Boy.
Tebal novel tu, aku masih on going.
Ada separuh lagi.

Nanti dah siap baca aku review sikit hehe.


#2.7


Ini pula kisahnya nak melampiaskan rasa ingin tahu dalam kepala masa tengok jiran share dalam group taman.
Sebab dia tak ada apa-apa caption tau.
Mula-mula tu ignore juga, sampailah ada seorang lagi jiran yang tanya "ini kira macam mana"

Terus aku download!
Rupanya gambar pau ๐Ÿ˜‚


#2.8

Ini dari group kerja.
Poster berkenaan Makluman Kepada Staff Fakulti Sains Gunaan Berkaitan Pelaksanaan Kuliah dan Kemasukan Pelajar ke Kampus Pada Semester Mac 2021 nanti.

Taklimat dari Dekan.

Semoga dimudahkanlah urusan kami dan pelajar kami..aminn


#2.9


Masih dari group kejiranan.
Ada yang ambik order Mangga Harum Manis Komboja.

Tipulah kalau rasa tak geram kan, tapi coba ku tahan jebat!
Haha!


#2.10

Toffee Pudding.
Gambar terpaling tempting minggu ini.
Tengah berkira-kira nak order ke tak ni.
Gambar ni baker sendiri yang send, agaknya dia blast kat semua pelanggan yang pernah berurusan dengan dia.

Ada banyak lagi gambar yang sedap dan menggoda weh, tapi inilah yang paling buat aku tergoda haha!


Itulah saja, sekian!
Happy Sabtu gais! 

13 comments:

  1. Hey, tak jauh la tempat kerja kita! Hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe..jauh rasanya, dekan kat shah alam, saya kat cawangan :D

      Delete
  2. ramai org suka emas skrg ni, mmg rambang mata

    ReplyDelete
  3. Adam dah besorrrrrr.. hihi... beli kak pudding tuuuu. sedappp!

    ReplyDelete
  4. manga harum manis tu brape sekilo? tempat wak tuari ada jual rm9/kilo..

    jamni harga emas dh murah sikit.. rm220/gram kot

    ReplyDelete
  5. Yang ke 2 tu... Kak Amie pun semenjak dua menjak ni asyik intai-intai kedai mana nak masuk, tapi bila teringat 2 kali kecurian barang kemas dalam beg tangan, terus telan liur mencongak entah berapa kaliganda harganya yang hilang itu mengikut nilai sekarang!

    ReplyDelete
  6. banyak info dan jualan di whatsapp akak ye. cerita ubat gigi tu rasa macam betul betul terpaksa rela beli. peniaga pun janganlah paksa, pembeli nak beli 1 pun dah kira bersyukur dah patutnya. macam-macam hal, kan. Ohh semalam dah start kelas ye UiTM. semoga dipermudahkan segala urusan semua. Aaminn
    Sedapnya Toffee Pudding tu, tempting jugak tengok.

    ReplyDelete
  7. wow wow wow..semua hit hot belaka nih ^_^

    ReplyDelete
  8. Wah bestnya meriah whatsapp group aktif ada macam2.

    Hmmmm ubat gigi tu jadi terpaksa beli banyak pula ya? Ok tak ubat giginya tu?

    Gambar last tu Cik TK salah tengok ingat ayam dengan gravy. Haih... Lama benorrr tak makan luar nampaknya ni. Rindu chicken chop agaknya. Esok nak pergi cari..

    ReplyDelete
  9. terliur pulak tgk mangga ngan toffee puding tuh

    ReplyDelete
  10. Lamanyaa tak makan Mangga Harum Manissss

    ReplyDelete
  11. dlm peti ais aida now ada je stok mangga.
    ntah la knape, sekitar rumah byk jual mangga. sesedap plak tu.
    rezeki pkpp kot bagi penjual. mangga menjadik.

    ReplyDelete

Ada apa-apa nak tulis? ;)

Premium Flexible Related Post Widget for Blogger – Blogspot