Kuarters Askar | Throwback Thursday

Masa aku kecik dulu, aku sempat membesar di kuarters askar.
Katanya emak dan abah, lokasi kuarters tu dekat dengan Ulu Kelang.

Aku duduk situ tak lama, sampai tahun 1990 je rasanya.
Sebab lepas tu, abah mohon bersara awal dari tentera dan kami pun pindah keluar dari kuarters tu.

Walaupun memori aku sekadar sampai umur aku 4 tahun lebih je dekat kuarters tu, ada juga yang aku masih ingat dengan jelas.

Aku ingat sangat yang aku dapat adik, tapi aku tak ingat langsung macam mana rupanya emak mengandung masa tu.

Aku ingatlah masa adik aku dah dibawa balik ke kuarters tu, arwah tok yam (emak kepada abah) ada datang tengok-tengokkan emak sekejap. Salah satu kenangan yang dirakam tu adalah gambar ni.

Kebetulan masa tu bulan puasa, nenek (emak kepada emak) tak dapat stay lama untuk jaga emak, tapi dia datang tiap hari. Petang dia balik.

Kadang arwah atok je datang. Tengok-tengokkan aku (yang seluar hitam dalam gambar) dan semestinya tengokkan emaklah.

Ada sekali tu kan, aku tengah main lego block yang besar-besar tu.
Aku susun-susun sampai jadi robot.
Kebetulan masa tu, arwah atok pun sampai.
Aku ingat lagi dia terus duduk sebelah aku, tengok robot yang aku buat tu.
Melambung-lambung dia puji aku, dia kata dia seronok tengok aku pandai.
Dia pesan suruh aku jadi baik dan tak nakal, kena selalu tolong emak.

Lepas dengar atok cakap, baru aku teringat yang masa aku main lego tu, aku baru bangun tidur.
Kenapa aku tidur?

Sebenarnya aku tertidur sambil menangis.
Sebab, emak marah aku yang tersangat-sangat marah.

Slowly ingatan kepada punca aku kena marah tu datang.

Asalnya aku tengah main. Emak kata tolong hayun buaian adik (yang baby dalam gambar) kalau buaian dia terhenti, sebab emak nak masak. Kot. Entah aku tak ingat emak pergi buat apa.

Tapi agaknya aku leka dan lupa, aku tak hayun buaian tu.
Tapi sipi-sipi, aku nampak buaian tu bergerak-gerak.

Aku pun terus lari dan jenguk adik aku dalam tu.
Nampaklah mata dia dah membulat.
Dia dah bangun.

Betapa naifnya aku, bila nampak adik dah bangun, aku pun terus agah-agah dia.
Dalam fikiran aku fikir, mesti emak happy sebab adik dah bangun.
Boleh keluarkan dia, boleh aku main dengan dia.

Tapi!
Tiba-tiba je aku rasa berdesup belakang badan aku kena tampar.

Lepas tu bertubi-tubi emak marah aku sebab aku buat adik aku terjaga.

Aku sebagai budak yang pertama kali ada adik selepas empat tahun jadi anak tunggal yang manja namatey, aku rasa sedih yang teramat sangat. Aku terus menangis. Lagi aku menangis, lagi kuat emak marah.

Looking back, memang salah aku lah sebab tak sambung hayun buai tu, dan mungkin masa aku main, aku ada bercakap sorang-sorang sampai adik aku terjaga.
Dan mungkin emak marah sebab dia letih.
Dia masih dalam pantang masa tu, semestinya malam ke siang ke dia tak cukup rehat.
Ditambah pula abah tak ada kat rumah.

Dan aku tertidur dengan hati yang sangat terluka masa tu.
Hati yang suci sebab tak mengerti apa yang disebalik kemarahan emak.
Yang aku tahu, aku cuma sedih.

Jadi lepas atok pesan-pesan dekat aku tu, dia suruh aku duduk atas riba dia.
Dia peluk dan cium kepala aku.
Sampai hari ni aku boleh rasa perlakuan atok masa tu.

Aku sebak sangat.

Aku terus cakap dekat dia, aku nak ikut dia balik Bangsar.
Tapi dia tak bagi, katanya nanti siapa nak tolong emak.

Jadi dia bawak aku jalan-jalan naik teksi dia.
Pergi kedai, beli Tora.

Lupalah sekejap hati yang sedih kena marah tadi.

++++

Itu sebahagian dari kisah yang aku ingat tentang kuarters askar ni.
Kisah lain, nantilah aku ceritakan.

Al-Fatihah untuk arwah atok dan tok yam 🌹🌹

Post a Comment

11 Comments

  1. wehh, saperlar tak sayang anak tapi ada kannns.., kenangan tu mendewasakan kita kanns ;p

    ReplyDelete
  2. al fatihah..ada juga gambar lama pengubat rindu..
    dugaan sikit bila ada adek..rasa mcm kasih sayang tu kne ambik alih oleh adik..padahal sama rata je kan

    ReplyDelete
  3. Sedih pulak membacanya. Bila ada adik ni kena jadi kakak yang baik jaga adik. Begitulah lumrahnya. Dah besar barulah faham kenapa, kan. Kenangan lama ada yang seronok dikenang, ada yang sedih sampai termenangis kadang.

    ReplyDelete
  4. Sabarlah wahai kakak...mak bkn marah sbb benci tp mak tertekan tu..letih jaga adik,nak masak lg..

    ReplyDelete
  5. kenangan kita dizaman itu. zaman la ni..takyah mintak kakak/abang buaikan, ada je buaian letrik

    ReplyDelete
  6. sayu giler baca luahan syaz huhuuu..takpe syaz now tgk awak jadi ape..
    pujian arwah atok yg melambung2 tu pemacu semnagat awak smpai berjaya hehe
    biasalah org tua dulu2 heheeee

    ReplyDelete
  7. pun pernah duk quarters..masa ayah keja kat PPK dulu..banyak pengalaman pahit manis, adat lah..semua tu yg mendewasakan kita semua...

    ReplyDelete
  8. hehehe... kenangan tuh... kene marah ngan mak

    ReplyDelete
  9. Pengalaman dan kenangan memang mendewasakan kita semua...

    ReplyDelete
  10. hahaha zaman tu dapat tora dah happy kemain

    ReplyDelete
  11. hanya gambar mampu mengingatkan memori masa silam

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.