Sepetang di The Habitat Penang Hill Family Trip Ke Pulau-Pinang 2022 | Throwback

Pada yang masih ingat, SR pernah cerita yang kami sekeluarga ada pergi ke Pulau Pinang, dan menaiki funikular di Bukit Bendera. Sebenarnya, ada satu tarikan di Bukit Bendera itu yang SR dan zaimi teringin sangat pergi ke sana.

The Habitat Penang Hill!

|Entry ini banyak gambar|


Over millions of years, Malaysia’s rainforests have nurtured a tremendous diversity of flora and fauna and has served as home to countless unique mammal and bird species. Scientists estimate that they host around 20% of the world’s animal species. Recognized as one of the world’s biodiversity hotspots, Conservation International listed Malaysia as one of 17 countries described as “mega diverse”. Closer to us, the Penang Hill virgin jungle reserve area, on the fringe of which The Habitat sits, is believed to be part of Malaysia’s treasure trove of prehistoric rainforests dating back 130-million years old. Besides its rich biodiversity, it plays an important role as primary water catchment area for Penang island. Our rainforests also provide essential ecosystem services for sustenance of life including climate regulation, water & nutrient recycling, air purification, carbon storage and soil stability.


Untuk membaca lebih lanjut tentang The Habitat Penang Hill ni, boleh klik Kredit di atas. 

Dan yang paling jadi sebab untuk SR nak ke sana adalah ini, Curtis Crest Tree Top Walk.


Sudahlah dia memang terletak di puncak Bukit Bendera yang tinggi tu, kena naik tangga lagi 5 tingkat untuk jalan dekat bulatan tu. Boleh nampak keliling Pulau Pinang!

Jadi, let's!





Sebelum beli tiket, ajak budak-budak ni bergambar dekat luar booth tiket dulu. 

Ya, tiket untuk ke The Habitat ni boleh saja beli secara atas talian, tapi, kalau nak beli secara walk in pun boleh. Tiket dia tak sekali dengan tiket funikular ya, tiket dia kena bayar asing. Terpulang pada pengunjung nak sampai ke atas ni macam mana, nak naik funikular ke, nak nak 4x4 ke, ataui nak hiking pun boleh. Tapi, nak masuk The Habitat, kena beli tiket dulu.


Dekat belakang kerusi yang anak-anak SR duduk tu adalah peta keseluruhan The Habitat. Masa nampak peta tu kan, SR dengan zaimi macam dah rasa nak cancel.




Staff situ cakap, kalau masuk, pusing dalam tu paling cepat 45 minit. Kalau menghayati alam, dalam dua jam. Dan, Curtis Crest Tree Top Walk itu pula terletak jauh di tengah.


Tapi kami fikir balik, bukan senang nak dapat datang Pulau Pinang. Bukan senang nak naik Bukit Bendera ni! Dan pastinya entah bila tahunlah kami akan datang sini lagi. Tambahan pula, umur makin bertambah. Sekarang mungkin masih larat berjalan dan nak panjat Curtis Crest Tree Top Walk tu, lepas ni mana tahu tiba-tiba dah tak larat sebab makin tua kan?

Jadi, terus beli tiket!

Dia ada macam-macam pakej tau, pakej untuk orang Honeymoon pun ada. Kot pasangan jenis adventurous kan. Kami pilih pakej yang biasa aje, ambil pakej keluarga.


Dah ada tiket, apa lagi, terus masuk.
Marilah memulakan perjalanan sambil melihat pemandangan cantik dan udara yang segar.

Sangat damai!
Dan of course ada bergambar kenangan. 
Banyak.
Hahaha!


 





 


Ini ketika kami di Langur Way Canopy Walk. Laluan ini dibina di sebelah dan atas kanopi pokok-pokok tinggi. Bila pandang ke bawah memang sayup gais!


Dan nak dijadikan cerita, masa kami tengah lalu di sana, ada seekor tupai rare ni datang berlari-lari dekat palang laluan ni. Rezeki sungguh sebab boleh tengok dia secara dekat. Ada pengunjung lain yang jauh sikit dari kami masa tu turut datang berlari-lari nak ambil gambar, tapi tupai ni terus melompat dan hilangkan diri. 

Frust brader tu. Nak buat macam mana brader, tak ada rezeki.
Ada rezeki di lain masa mungkin.

Sebaiknya, jangan diganggu, disergah atau dikejar haiwan-haiwan dekat sini. Tengok saja dari jauh, supaya mereka tak rasa terganggu dan stress 😊


Pemandangan yang SR sempat rakamkan dari atas Langur Canopy Walk tu.


 

 

 





Ada juga beberapa Giant Swing. Siap ada yang menghadap gaung. Syok!








Setelah beberapa minit menapak, dan dah berbaldi peluh, akhirnya kami sampai ke kaki Curtis Crest Canopy Walk!

Teruja, tapi terus ada second thought lagi. Hahaha! Tinggi woi!
Larat ke nak naik! Anak-anak boleh behave tak kat atas tu!



Nampak tak ada mat salleh nampak halussss je kat atas tu.


Dah penat berjalan dari tadi, rasa macam tak nak naik dah. Tapi! Sekali lagi fikir, rugi kalau tak naik kan! Lepas ni mesti menyesal kalau tak naik, sebab entah bila nak repeat!


Anak-anak memang ready aje sokmo. Naik tangga ke, naik bukit ke, tenaga banyak!


Jadi, setelah melepaskan penat sekejap dekat bangku tu, kami pun perlahan-lahan naik tangga. Ada staf siap pesan agar anak-anak tak berlari-lari bila dekat atas nanti. Untuk elakkan sebarang perkara yang tak diingini dari berlaku.

Mengah gila SR memanjat. Dengan sakit lutut, memang pengalaman yang tak dapat SR lupakan. Perasaan bercampur-campur!

Sesampai aje dekat atas, perasaan pertama yang SR rasakan adalah gayat! Hahaha!
SR gayat dan SR bimbang untuk lepaskan anak-anak jalan sendirian. Jalan dia sempit aje, ngam-ngam seorang untuk selesa jalan. Kalau berselisih, kena himpit ke tepi sikit, seram! Sebab, dia guna pagar yang ada lubang-lubang. Memang nampak lantai dataran tingkat bawah dengan jelas. Ketar lutut weh!


Bukan itu sahaja, SR juga takut sangat kalau telefon bimbit SR atau zaimi terlepas dari tangan. Tergelongsor ke bawah, bersepailah weh! Jadi, memang nak tangkap gambar pun, genggam telefon kuat gila! Haha! Memang tak ada gambar kami full lima beranak dekat atas ni. Sebab tak berani nak pass telefon pada orang. Atas kerisauan yang sama, takut orang tu terlepas atau terjatuhkan telefon kitorang. 


Yang ada pun gambar secara wefie sahaja. Bolehlah, dari tak ada. Ketar tangan! Dahlah hari berangin. 


Jadi marilah mengelilinginya. Walau takut, risau dan macam-macam perasaan lain, tapi seronok! Anak-anak pun steady aje. SR suruh diorang jalan dulu ke depan sebab SR nak tangkap gambar dari sudut ni.








Pemandangan memang cantik sangat. Siapa berani, bolehlah buat video. SR tak berani. Sebab gayat. Tapi memang nampak 360 darjah pemandangan Pulau Pinang!



Dan nasib baik juga hari tak hujan.
Kalau tak, mesti lagi tak berani nak naik atas tu. Haha! 



Dari gambar mungkin tak begitu terasa, tapi sangat indah pemandangan dan pengalaman kami sekeluarga dapat naik Curtis Crest Canopy Walk di The Habitat Penang Hill ni!

Bucket list checked!!






Adalah dekat 20 minit juga kami di atas tu. Cukuplah. Impian dah tercapai. Lepas tu kami pun turun. Sedih dan gembira. Sedih sebab entah bila dapat naik lagi. Gembira sebab apa yang dihajati telah tertunai.

Kami meneruskan perjalanan untuk ke pintu keluar. Dari pintu keluar, akan ada buggy yang akan bawa pengunjung ke dataran tengah Bukit Bendera semula. Jadi tak perlulah jalan jauh untuk berpatah balik ke Stesyen Funikular, untuk turun ke bawah.

Sementara tu, singgah untuk melihat-lihat spesis pokok dan serangga yang ada. Memang cantik-cantik, ada orkid juga. Anak-anak sibuk tunggu colugo (Arboreal gliding mammals that are native to Southeast Asia.) terbang. Mata masing-masing memang memandang ke arah batang-batang poko besar yang ada di kawasan yang dikatakan selalu ada penampakan colugo.

Nak tengok rupa colugo, klik.




Tiba-tiba!
Memang ada colugo yang terbang dari 1 pokok ke pokok yang lain!

Bersorak kami lima beranak!
Tak sangka dapat tengok colugo terbang!

Sampai ada 3 orang mat saleh yang dah jauh sikit ke depan, berlari semula ke belakang, ke arah kami.

"Did you guys saw any colugo flying?"

"Yes!"

"Oh my god, we've been waiting here for hours but nothing. Guess we missed it." Kata salah seorang dari diorang sambil meraup muka dia yang berpeluh sakan. Colugo tu segan dengan diorang agaknya, sebab nampak obvious sangat nak tengok colugo, siap bawa teropong sorang satu.

Kami pun joinlah sekaki dengan diorang, tunggu dekat tepi tu berlapan, dengan harapan colugo tu terbang lagi. Tapi tak ada. Kami gerak dulu, tinggalkan diorang dekat situ. Moga adalah rezeki diorang nak tengok colugo tu terbang.


Jadi berposinglah beberapa keping gambar lagi. Anak-anak memang dah marah, asyik ambik gambar aje. Diorang taknak dah bergambar. Keh keh.. Ye lah ye lah! Karang tak ambil gambar, dah besar nanti complaint pulak kan!



Itulah sahaja pengalaman SR dan keluarga ke The Habitat Penang Hill pada Jun 2022 yang lepas.

Boleh Baca Juga:






Keyword; The Habitat Penang Hill, Pemandangan indah di Bukit Bendera, Aktiviti di The Habitat Penang, Tempat menarik di Penang Hill, Pengalaman alam semula jadi di Bukit Bendera, Hutan hujan tropika di Penang, ambatan pohon di The Habitat, Keunikan flora dan fauna di The Habitat, Pelancongan di Bukit Bendera

Post a Comment

14 Comments

  1. wah..cantiks... view yg menariks but ayu pun gayat, sure jalan slow je kalu naik tinggi tu.. he he he

    ReplyDelete
  2. saya yg orang penang pun x pernah sampai lagi kat the habitat ni.. kalau stakat bukit bndera, pernah la naik..

    ReplyDelete
  3. Uncle tak pernah sampai sini... tengok gambar2 macam nak pegi je...

    ReplyDelete
  4. cantik betul semuanya, pemandangan dekat tepi tu cantik betul

    ReplyDelete
  5. Uish..kalau saya tak tau ada keupayaan nak panjat 5 tingkat tu...manakan pula yang berjalan dari pintu masuk keliling the habitat ni.....rasa-rasa ada tak scooter utk orang sakit lutut dan obes ni..hehehehehe

    ReplyDelete
  6. nasib baik lah tak hujan walaupun awan dah gelap. Berbaloi lah naik sampai atas sebab dapat tengok pemandangan cantik!

    ReplyDelete
  7. Cantiknya permandangan atas tu.

    ReplyDelete
  8. One of my wish list ni SR.
    Harap ada rezeki sampai atas ni.
    Cantik2 gambarnya 👍

    ReplyDelete
  9. Mak oiii tinginya...kalau SA ni memang patah balik ni..tapi betul jugak kata SR,alang- alang dah datang kan..x kan x nak teruskan...nak repeat blom tentu lagi bila...ntah- ntah xde dah nak repeat..SA harap SA pun sampai kat sini suatu hari nanti

    ReplyDelete
  10. terigin nak naik bukit bendera tapi tu la selalunya ramai org kan esp weeken.. cantiknya tupai rare tu

    ReplyDelete
  11. Seronok kan The Habitat. Akak naik Bkt Bendera memang sebab nak ke sinilah. 4 jam jugak meronda dan menikmati keindahan The Habitat.

    ReplyDelete
  12. Kalau Aini memang gayat la.. ketak lutut ni..jaln mau slow motion..haha
    Lama Aini tak pi jalan-jalan Penang..rindu rasanya

    ReplyDelete
  13. Bestnya. Tak sampai lagi ke sini. Harap adalah peluang nanti. Nak jugak gayat kat atas nun

    ReplyDelete
  14. Naik bukit bendera ni nest banyak tempat menarik kt atas sana ..haritu ccl pegi tak sempat nk singgah sini ..kekangan masa . Next time nak terjah laa

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.