Kek Hari Jadi Emak ke 62

Assalamualaikum wbt


Mesti tengah rilek-rilek kan, sebab tu sempat buka blog SR ni, kan kan kan... Hehe... Selamat beristirehat bersama yang tersayang ya semua. SR pun entah sudah berapa kali tertidur hari ni. Cuaca pun redup saja. Emak dan abah SR pun baru aje berangkat balik ke Kuantan semula pagi tadi. Selepas hampir enam hari di rumah SR. 
Alhamdulillah seronok sangat bila mereka ada di rumah. Semoga ada rezeki mereka datang lagi, dan rezeki SR sekeluarga balik Kuantan pula. Semalam, adik lelaki SR, Boi, datang ke rumah bersama keluarga kecil dia. Kami buat makan-makan sempena hari jadi emak SR yang 62. Dan sempena anak-anak SR dah habis berpantang dari berkhatan. Boi datang bawa kek, SR dan emak masak-masak sikit. Beli sate sikit. Nantilah SR buat satu lagi entry khas pasal tu. Hari ni mandom lah. Memang kekenyangan gilaa la semua semalam. Terdampar sebab food coma. Haha!

Hari ni SR tayang kek yang Boi bawa tu dulu. Cantik kan? SR suka sangat rupa dia, estetik pula di mata SR. Dalamnya perisa coklat, icing dia padu. Tak manis, just nice. Kek pula jenis kek butter. Memang tak kering dan terlalu dry macam kek span.

Ayu dan anak perempuan Boi, berebut bola-bola atas kek tu! Haha! Turn out rupanya tak edible. Jadi diorang main sahajalah benda tu. Itu pun dah happy dah gegirl berdua tu.

Okey kalian, rehat-rehat lah ya!

Post a Comment

8 Comments

  1. Cantek lah SR kek nya. Ibu sedang berguling2 SR penat blk dari kenduri tadi. ;)

    ReplyDelete
  2. Happy Birthday utk mak SR, moga sihat selalu 🤲
    Cantik keknya. Kita kena request ye nak macamana? Akk ni setakat minta tulis HB je selalunya...

    ReplyDelete
  3. Cantik keknya...Sis suka...happy birthday mak SR...moga sentiasa sihat...dipanjangkan usia...

    ReplyDelete
  4. Semoga mak panjang umur dan diberkati hidupnya di dunia& akhirat

    ReplyDelete
  5. moga makcik kekal sihat dan ceria ye :)

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.