Top Post 2022 dan Top Commentor

 

Assalamualaikum wbt


Terjaga tengah malam, tengoktelefon, tarikh dah bukan berakhir dengan 2022. 2022 dah pergi meninggalkan kita rupanya. Terima kasih 2022...

Banyak juga kenangan SR untuk 2022. Terutama kenangan bersama keluarga kecil SR. Kenangan dengan emak abah SR. Dalam banyak yang manis, terselit juga yang pahit dan kelat, tapi semua yang menyinggah, mesti ada hikmahnya kan. 

2022 ni juga, SR masih berblog. Masih rajin bercerita di sini, walau kadang entry kontot ataupun wordless. Sudah tidak begitu rajin membalas komen (maafkan SR tau), dan kadang tidak sempat berbalas kunjung. Tapi SR akan cari juga masa untuk blogwalking dan reply komen. 2022 SR agak sibuk dengan tugas hakiki. Malam pula, dah tak larat nak buat apa-apa pun kadang. Harap kesihatan SR juga okey untuk 2023 ni.

SR looking forward dengan perubahan yang bakal kami lalui 2023 ni. Semoga urusan kami dipermudah. Insyaallah. Begitu juga dengan reader SR semua ni!

Jadi sebagai permulaan entry blog bagi 2023, SR nak senaraikan 10 post blog SR yang dapat banyak hit sepanjang 2022. 


Bila SR buat post yang bertemakan lagu, muzik video yang SR embed dari Youtube, selalunya post sebegitu dapat hit biasa-biasa saja, Tapi, SR tak tahulah kenapa post yang SR post berkaitan lagu kumpulan Oh Wonder, dia punya hit bukan main tinggi. Paling tinggi lagu Ultralife. Sedaplah kot lagunya ya? Cuba kalian komen sikit tentang lagu tu? Haha.

Selain tu, post SR tentang buat telur regus guna air fryer pun selalu dapat hit. Alhamdulillah, moga adalah manfaat dari post SR tentang telur rebus air fryer tu. Selain tu, post yang dah dua tahun selalu dapa hit adalah post SR yang bercerita tentang zaimi belikan ayu sepasang kasut, dan SR ada selitkan tentang romanticism. Tak tahulah apa yang menarik tentang entry tu korang 😂

Entry SR tentang Cara Orderkan Makanan untuk Orang Lain guna Food Panda juga antara post yang selalu memberikan sumbangan trafik buat blog marhaen seperti SR ni. SR harap, entry tu juga memberi manfaat pada yang search di Google, dan termasuk ke situ. 

Entry tentang Kek Birthday Baskin Robin Emak SR yang ke 60 pun masih membawa pengunjung ke blog SR sejak 2020. Entry tu banyak gambar, mungkin masuk dari pencarian image kot? SR pun tak pasti, tapi masih evergreenlah entry tu.

Dan yang terakhir adalah post SR tentang Kodai Hijau di Sendayan. Itu pun, tidaklah kencang sangat trafiknya berbanding post Ultralife tadi. Tidak sampai 1000 views pun. Adeh, apatah lagi entry-entry lain kan. Tidaklah dapat banyak views pun, ratus-ratus view sahaja.

Adakah SR perlu berhenti sahaja berblog? Hahah! Nantilah SR fikirkan.


Oh ya, SR juga nak ucapkan terima kasih kepada semua pengunjung blog SR yang tak jemu meninggalkan jejak. Tq, tq, tq! Pertengahan 2022 hari tu, SR ada buat cabutan bertuah pada pengunjung yang selalu tinggalkan komen di blog SR. Kiranya pengomen tegar untuk separuh pertama 2022. Ketika itu, yang terpilih dan betuah adalah SA!

Jadi, untuk penggal kedua 2022, SR berhasrat nak beri tanda ingatan pada 4 Top Commentator teratas. Mereka adalah....






Rasanya, SR ada sudah contact detail untuk mereka berempat, nantilah SR semak semula. Jika ada perubahan alamat atau sebagainya, nanti contact SR ya! Semoga tak serik singgah tinggalkan komen di blog SR. Hehe...

Itulah sahaja entry pertama tahun 2023 dari SR. Semoga 2023 lebih berganda baiknya dari 2022! Selamat maju jaya gais!

Post a Comment

19 Comments

  1. Assalamualaikum SR..
    Saya datang berkunjung seawal 4.30 pagi dihari pertama 2023🤭
    Selamat tahun baru 2023 semoga diberkati dan dirahmati Ilahi selalu .

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah!
    Tahniah atas pencapaian SR sepanjang 2022..
    Jika nak dibandingkan dgn blog picisan ibu tu jauh sgt mcm langit dengan bumi..
    Apapun ibu harap SR jgn lah berhenti dari menulis blog..
    Sunyilah ibu nanti yg baru mula nak aktif blk ni..
    Tahniah juga kepada Top 4 Commentator.. ;)

    ReplyDelete
  3. Mcm report utk progres blog utk tahun 2022 je.. hehe.. terbaik syaz.. teruskan blogging... lama xde novel terbaru bila dh mula bz dgn tugas hakiki kan? Anyway happy new year 2023!! Tahniah kpd 4 yg bertuah tu 👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah.. Terima kasih SR..

    ReplyDelete
  5. Tahniah juga pada yang tersenarai..

    ReplyDelete
  6. Selamat tahun baru SR. Tahniah kepada top commentator.

    ReplyDelete
  7. alhamdulillah., semoga kita semua tatap jadi rakan2 blogger yg baik2., wak pun nk minta maaf naa kalo ada tersalah silap tutur kata dan komen2 wak yg tak elok ye., aminn

    ReplyDelete
  8. Pernah baca pasal romanticism. Tidak sangka pos itu tinggi trafik.
    Tahniah kepada mereka yang berjaya.

    ReplyDelete
  9. samalah kita... tak sempat nak balas kunjungan dan reply komen satu persatu. Tapi percayalah, kita semua sangat menghargai setiap komen kecuali komen scammer.

    ReplyDelete
  10. Selamat Tahun Baru 2023! Tahniah kepada top komentator

    ReplyDelete
  11. Nasiblah
    Sapa suruh dapat no 5 tc

    ReplyDelete
  12. Tahniah SA! Alamak, kumpulan Oh Wondern saya baru ni kali pertama dengar.

    ReplyDelete
  13. wah....terselit nama disitu..alhamdulillah, rezeki tahun baru.. tq tq! hari tu surprise kan org, hari ni dpt surprise plak... wah.. tq tq..moga murah rezeki SR ... aamiin
    congrats jugak pd yg lain. moga sama2 keep on aktif berblogging key!

    ReplyDelete
  14. Moga SR akan terus menulis di blog ini jangan berhenti ya di tahun ini, terima kasih terpilh jadi top commentator di sini

    ReplyDelete
  15. Tahniah SR diatas pencapaian tu...teruskan menulis, share apa aje yang patut di share..we support each other...

    ReplyDelete
  16. Sy ada try.. masak telur guna air fryer tu.. hehe.. Tahniah kak SR 🤩 Tahniah yg dpt hadiah tuu.. Happy New Year 🥳

    ReplyDelete

Setiap ulasan yang ditulis adalah dibawah tanggungjawab yang memberi komen. Sekiranya mahu berhubung dengan saya, hubungi saya di syaznirahim@gmail.com :)

Every comment written is under the responsibility of the commenter. If you want to contact me, reach me at syaznirahim@gmail.com :)

Apa yang saya tulis di blog ini dahulu, saya sendiri mungkin sudah tidak bersetuju dengan content itu pada hari ini. Semestinya segala penulisan dalam blog ini tidak sesuai untuk dijadikan rujukan (citation/reference) dalam penulisan artikel / jurnal saintifik. Pemilik blog tidak bertanggungjawab sekiranya isi kandungan blog ini diambil sebagai rujukan akademik.

What I wrote on this blog before, I may not agree with the content today. Certainly all writing in this blog is not suitable to be used as a reference (citation/reference) in the writing of scientific articles/journals. The owner of the blog is not responsible if the content of this blog is taken as an academic reference.